Monday, March 29, 2010

Kebanyakan Pemimpin Politik Di Malaysia Banyak Yang Pentingkan Diri.

Sejak akhir-akhir ini banyak pemimpin politik di negara kita yang menjadi katak. Kalau pun tidak melompat ke parti pemerintah, mereka menggelarkan diri mereka wakil bebas. Apa pun alasan mereka untuk meninggalkan parti yang menjadikan mereka yb hari ini, mereka tetap dianggap sebagai pengkhianat. Mereka ini bukan pejuang sebenar. Lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau bukan sahaja dimalukan, ditekan difitnah, diperlakukan begitu rupa hanya kerana beliau menggugat pengaruh dan kekuasaan BN dan UMNO, tetapi beliau tidak mudah mengalah. Beginilah pemimpin yang sebenar-benarnya kita cari. Tidak hairanlah jika rakyat terus menyokong beliau walaupun pemimpin-pemimpin pemerintah dan mereka yang belot kepadanya, terus memburuk-burukkan beliau. Beliau berjiwa besar. Tidak tunduk kepada tekanan. Tidak mudah mengalah terhadap dasar yang bertentangan dengannya.

Selain Anwar, Nik Aziz, menteri besar Kelantan adalah antara pemimpin yang saya lihat amat konsisten. Walaupun pemimpin-pemimpin UMNO menggelar beliau tidak konsisten, Sudah tua dan nyanyuk, namun bagi saya beliau adalah pemimpin yang ada nilainya tersendiri. Semasa majlis untuk melantik Mursyidul Am Pas berjalan, saya begitu risau kalau-kalau Nik Aziz tidak dilantik semula. Namun mereka yang terlibat dengan perlantikan itu mengekalkan beliau semula. Mereka memang bijak. Ini pastinya menjadi khabar buruk kepada BN yang berhasrat memperalatkan Pas untuk kesinambungan kekuasaan mereka. Gandingan Nik Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti memeritkan BN dan UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO tahu hal ini, dan oleh kerana itu media-media UMNO dan pemimpin-pemimpin Melayu cuba menyerang kedua-dua pemimpin ini habis-habisan.

Segala tindak-tanduk pemimpin UMNO dan BN hari ini dah diketahui umum, meskipun mereka sering kali berselindung dengan pelbagai alasan dan akta. Nik Aziz pernah diheboh-hebohkan akan disiasat SPRM hanya kerana kenyataan-kenyataannya yang keras berhubung pemimpin UMNO. Kalau siasatan diteruskan pun rakyat tidak akan mudah percaya seperti pelbagai tuduhan kepada DSAI hari ini. Rakyat biasa hanya mendengar tetapi mereka tetap tidak akan percaya.

Oleh kerana itu, pemimpin-pemimpin politik jika mahu mereka dilihat sebagai pemimpin, mereka perlu konsisten. Mempunyai harga diri. Kalau tidak sehaluan dengan pemimpin atasan parti mereka, letaklah jawatan. Buat pilihan raya semula. Apakah mereka masih mendapat sokongan di kawasan mereka? Jika ini dilakukan mereka tidak perlu mengeluarkan air liur yang banyak untuk mempertahankan tindakan mereka. Mereka tidak perlu menanggung dosa yang banyak untuk berbohong. Malahan rakyat akan hormati mereka. Bahkan mereka tidak perlu memberikan pelbagai penjelasan kenapa bertindak demikian kerana rakyat akan lebih percaya dan menghormati tindakan yang jujur dan amanah.

Saya cuba bandingkan pemimpin-pemimpin politik di Malaysia dengan negara-negara lain ternyata pemimpin-pemimpin politik di negara kita tidak konsisten terhadap perjuangan mereka, hari ini cakap lain besok lain. Begitulah pemimpin Malaysia hari ini. Kalau ikutkan hati dan kalau dibenarkan oleh undang-undang sudah ramai pemimpin yang ditembak oleh rakyat kerana lidah bercabang tiga.

Wallahualam bisawab.

Thursday, March 25, 2010

Pemimpin-pemimpin UMNO perlu cool.

Assalamualaikum semua.

Sebagai ahli UMNO, saya ingin berkongsi perasaan dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Itupun jika mereka mahu mendengar pandangan rakyat biasa. Perlakuan pemimpin UMNO yang kerap disajikan kepada rakyat melalui media memperlihatkan mereka bertindak "ganas" dan agresif terhadap seteru mereka. Walaupun mereka cuba lempar batu sembunyi tangan, tapi rakyat dah tahu semuanya. Bila agensi kerajaan seperti SPRM, PDRM, badan kehakiman dan pelbagai agensi lain bertindak melulu, semuanya itu mencerminkan diri pemimpin-pemimpin UMNO. Persepsi kami ialah semua agensi kerajaan itu mengikut telunjuk kerajaan. Mereka tidak berkecuali. Agensi lain mungkin tidak nampak, tetapi SPRM, PDRM, dan badan kehakiman amat jelas terlalu bias dan berat sebelah. Terbaru, daripada kenyataan Zulkifli Nordin sahaja, KPN Musa Hassan cepat sangat mengeluarkan kenyataan akan membuat siasatan. Bagaimana dengan laporan yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang? Hingga hari ini tidak kedengaran.

Saya ambil lagi satu contoh, betapa agensi dan jabatan-jabatan kerajaan diperalatkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Pada tahun 2008 atau 2009 kalau tidak silap saya, ketika rakyat secara agresif menentang pelaksanaan PPSMI, tiba-tiba keputusan SPM dalam subjek Sains dan Matematik meningkat secara mendadak. Keputusan Bahasa Inggeris juga meningkat. Kerajaan Barisan Nasional yang memperkenalkan dasar itu cuba memperlihatkan bahawa PPSMI itu kononnya telah berjaya. Subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris meningkat. Beberapa orang guru yang sempat saya temui juga terkejut bagaimana pelajar yang tidak menguasai 3M boleh lulus dalam subjek-subjek tersebut. Ini memperlihatkan betapa agensi-agensi kerajaan hari ini menjadi alat UMNO dan BN.

Peristiwa terbaru yang mungkin pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional fikir mampu menjatuhkan pembangkang ialah kenyatan Zulkifli Nordin tentang fitnah dan habuan yang ditawarkan kepadanya. Maka berbondong-bondonglah pengampu UMNO membuat laporan polis. Rakyat macam kami hanya mendengar, mengikut tapi kami tidak percaya. Benar kata Mohd Sayuti Omar.Semuanya lakonan yang sudah diatur. Pengarahnya tentulah Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Ingat kami akan menyokongkah perbuatan-perbuatan macam itu? Sebenarnya kami bertambah takut. Takut bersengkongkol dan berkongsi fitnah dengan pemimpin-pemimpin macam itu. Justeru, kalau ini berterusan, saya, keluarga dan sanak saudara insyallah tidak akan lagi mengundi BN dalam pilihan raya akan datang. Takut dapat share dosa fitnah yang ditaburkan secara berleluasa oleh BN.

Satu perkara lagi, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlakukan sedemikian rupa, ditekan, difitnah, didakwa maka perbuatan-perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO itu sebenarnya membantu mempopularkan DSAI. Tanyalah kakitangan kerajaan, tanyalah penoreh getah, tanyalah siapa sahaja, yang tidak terikat dengan anutan politik sempit. Adakah benar dakwaan kerajaan kepada DSAI? Mereka kata "Skrip itu sudah disediakan lebih awal". Semua kenyataan sama ada bekas pemimpin PKRkah, kenyataan pemimpin BNkah, semuanya mengikut skrip yang disediakan oleh direktornya.

Oleh itu, kalau UMNO hendak mengambil hati rakyat, pertama jangan menekan sesiapa sahaja yang mereka fikir menentang kerajaan. Kedua, pemimpin-pemimpin UMNO perlu lebih profesional, relaks, dan jangan mudah melenting. Sebagai pemimpin kenalah berjiwa besar. Lihat DSAI, pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepadanya, tetapi dia "cool" ja. Orang lain yang sibuk menjawab bagi pihaknya. Rakyat pula mengaguminya. Rakyat menganggap beliau pemimpin yang berkarisma, berjwa besar. Bukan macam Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Najib dan isterinya kena tuduh membunuh Altantuya, bukan main gelabah lagi beliau. Polis bertindak ganas. Rosmah dilabelkan sebagai wanita Puaka. Pelajar kena tangkap. Apa punya pemimpoin jenis macam ni. Betullah agaknya dakwaan-dakwaan iytu. Kalau tak, takkan Najib dan Rosmah melenting. Mengerahkan polis bertindak agresif.

Mengapa zaman Pak Lah BN menang besar pada tahun 2003. Kerana beliau cool. Tidak bertindak agresif terhadap seteru-seteru politiknya. Zaman ganas dan membunuh kerjaya seteru kita sudah berakhir, kena cari strategi lain. Mungkin dalam zaman Mahathir, cara begitu berjayalah kerana rakyat hanya menerima bulat-bulat apa yang disajikan dalam media arus perdana. Hari ini tidak lagi. Jika sesuatu berita sensai disiarkan dalam media, maka rakyat akan mencari kebenaran berita itu melalui media lain. Dan akhirnya nanti rakyat akan buat kesimpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber. Rakyat hari ini sudah bijak dan kritis. Zaman hendak membuat laporan yang tidak tepat dan ada unsur manipulasi itu sudah berakhir. Ini bermakna pemimpin-pemimpin UMNO kena ingatkan juga media-media mereka. Biar laporan sahaja yang benar, supaya rakyat lebih percaya. Supaya rakyat tidak muak membaca atau mendengar. Supaya rakyat tidak menganggap media alternatif itu lebih menarik dan tepat.


Sekian wassalam.

Wednesday, March 24, 2010

Tiada Yang Menarik Dalam Pemilihan MCA


Assalamualaiku semua.

Pemilihan MCA pada 28 Mac ini, tidaklah begitu menarik seperti mana menariknya pemilihan UMNO setiap kali ada pemilihan. Memang setiap kali pemilihan MCA memang tidak ada sesuatu yang menarik. Demikian juga pemilihan MIC. Adakah kerana parti-parti ini bukan parti Melayu maka pemilihan itu tidak menarik? Tidak menariknya pemilihan MCA ini kerana tidak ada yang luar biasa dirasakan oleh pennulis-penulis media, blog dan pemerhati-pemerhati politik.
Saya setuju dengan pandangan Musli Oli bahawa orang Cina atau orang India tidak macam orang “Melayu”. Orang Melayu dalam UMNO, jika ada pemilihan maka seteru-seteru mereka akan dilenyak habis-habisan. Segala yang busuk-busuk itu akan didedahkan, manakala perwakilan-perwakilan pula akan lebih ghiarah untuk mengetahui keburukan-keburukan pemimpin-pemimpin yang akan bertanding itu. Sepanjang saya menjadi ahli UMNO, jika saya himpunankan pelbagai tohmahan pemimpin-pemimpin UMNO melalui surat-surat layang, cermah dan sebagainya terhadap lawan mereka, maka saya pasti boleh menghasilkan buku. Tapi saya tidak mahu berbuat begitu. Saya tidak mahu berkongsi dosa dengan mereka. Apalah bezanya tohmahan itu dengan dosa fitnah. Dosa mengumpat. Sesetengah tohmahan itu ada yang tidak berasas. Tapi amalan memburuk-burukkan lawan dan seteru dalam UMNO sudah menjadi budaya. Budaya yang sudah mendarah daging dalam kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Adakah budaya ini ada kaitan dengan budaya orang Melayu? Saya cuba mencari jawapan.
Yalah, sebagai ahli UMNO saya perlu juga tahu sebabnya. Saya cuba lihat dari sudut makanan. Orang Melayu suka makan jeruk. Suka makan yang berbau. Budu, belacan, tempoyak, cencaluk, petai dan sebagainya. Semua makanan itu berbau. Bau itu dikatakan dapat menimbulkan selera. Berbalik kepada politik UMNO tadi. Ahli-ahli UMNO amat teruja untuk mengetahui perkara-perkara buruk, busuk dan aib seseorang pemimpin ketika pemilihan diadakan. Bukankah ini sama dengan sikap Melayu yang suka makan benda-benda yang berbau dan busuk itu tadi. Tapi bila melihat amalan politik Melayu Pas, tidak pula demikian. Adakah agama yang membataskan buadaya buruk ini menular dalam kalangan ahli Pas? Mungkin ya. Mungkin tidak.
Saya cuba lihat pula apa yang berlaku dalam kerajaan hari ini. Kebanyakan pemimpin yang beria-ia mensabitkan Datuk Seri Anwar dengan kes liwat ialah pemimpin-pemimpin UMNO. Pemimpin-pemimpin MCA, MIC, PBS atau pemimpin-pemimpin parti komponen lain tidak pula ambil kisah. Adakah budaya busuk UMNO itu juga sudah menular kepada pemimpin-pemimpin kerajaan. Pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini suka melakukan sesuatu yang buruk dan busuk untuk menumpaskan lawan mereka. Dalam media perdana pula saban kali kita disogokkan dengan berita keburukan pemimpin-pemimpin pembangkang sehingga muak kita melihatnya. Rasa takut menonton media perdana, takut terpalit dosa fitnah penulis-penulis media yang ada kepentingan politik. Pemimpin-pemimpin kerajaan yang kebanyakan daripada UMNO kerap kali menyelitkan keburukan-keburukan pemimpin atau kerajaan Pakatan dalam ucapan mereka. Tidak pula kedengaran kebaikan pemimpin-pemimpin Pakatan. Begitulah sebaliknya. Semua pemimpin pembangkang itu buruk belaka. Manakala semua pemimpin kerajaan dan UMNO itu baik-baik belaka. Muaklah macam ni. Mana ada manusia dalam dunia ini selain nabi yang maksum. Tidak buat silap.
Ketua-ketua jabatan pun sama juga. Yang paling menonjol ialah PDRM, SPRM, SPR,
badan kehamkiman dan beberapa jabatan kerajaan yang adak kaitan dengan kekuasaan politik. Semua jabatan yang saya sebutkan di atas menjadi belaci kepada UMNO selain media perdana. Kalau kajian dibuat, mereka inilah yang dibenci oleh rakyat. Rakyat yang rindukan keharmonian. Buat masa ini saya menganggap Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghapur Salleh adalah hero UMNO. Saya tabik mereka. Berani melawan arus. Zahrain yang mendakwa diri dan rakan-rakannya yang lain sebagai bersih. Amat menjelekkan. Puji diri sendiri. Kalau berani letak jawatanlah...Kita tengok mereka masih ada sokongankah tak? Saya fikir budaya busuk amalan Melayu UMNO perlu dihentikan sebelum kami akar umbi meninggalkan UMNO. Justeru saya menganggap dalam pemilihan MCA kali ini tiada yang menarik. Penyokong-penyokong UMNO khususnya orang-orang kuat perdana menteri cuma berminat dengan satu perkara sahaja. Datuk Liow Tiong Lai menang. Kalau Datuk Liow Tiong Lai menang maka amanlah MCA. Kalau Ong Tee Keat kalah, maka tenteramlah MCA. Tidak kira siap yang akan jadi presiden, Chua Soi Lek atau Ong Ka Ting. Itu tidak penting. Hakikatnya, tiada yang begitu menarik dalam pemilihan MCA ini kerana tiada budaya buruk-memburuk. Tiada budaya fitnah-memfitnah.

Sekian wassalam.

Tuesday, March 23, 2010

Sejarah Politik Tenom


Datuk Rubin Balang










Datuk Harris Salleh
Daerah Tenom meliputi dua kawasan DUN iaitu Melalap dan Kemabong. Dua kawasan DUN ini membentuk kawasan Parlimen P181 Tenom pada hari ini. Sejak merdeka hingga hari ini pemimpin pergi dan datang. Silih berganti. Untuk kawasan Dun Kemabong, pemimpin politik Murut yang terawal kalau tidak silap saya ialah mendiang Datuk Tingkalor. Beliau dikatakan mewakili parti bebas dan kemudiannya menyertai parti USNO. Dun Melalap diwakili oleh Datuk Sanggau, kalau tidak silap. Kedua-dua pemimpin itu berpengaruh dalam era USNO. Era USNO berakhir bila mana pucuk pimpinan parti itu berura-ura hendak membawa Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia.
Era kerajaan USNO dan rakan-rakannya berakhir apabila Parti Berjaya mendapat sokongan yang kuat dari Persekutuan untuk membentuk kerajaan negeri. Kemenangan Parti Berjaya yang dipimpin oleh Tun Donald Stephen @ Tun Fuad Stephen itu membawa aspirasi baru kepada rakyat Sabah khususnya dari segi pembangunan. Malangnya, hasrat itu tidak tercapai kerana beliau terlibat dengan kemalangan helikopter yang bukan sahaja mengorbankan nyawanya bahkan juga anak Sulung beliau pada bulan Jun 1976. Teraju kepimpinan Parti Berjaya diambil alih oleh Datuk Harris Salleh. (1976-1985) Berbalik kepada sejarah Dun Kemabong, pada era kerajaan Berjaya, saya kurang pasti siapa yang menjadi wakil rakyat Kemabong dalam tempoh itu. Dun Melalap diwakili oleh Datuk Harris Salleh, yang juga Ketua Menteri Sabah pada waktu itu.
Kerajaan Berjaya tumpas dalam pilihan raya 1985 di tangan Parti Bersaatu Sabah (PBS). Dengan kejatuhan kerajaan Berjaya itu Dun Kemabong juga dipimpin oleh muka baru iaitu Datuk Laimon Laikim (1985-89), manakala Datuk Harris Salleh berjaya mempertahankan Dun Melalap. Walau bagaimanapun, Parti beliau tidak dapat membentuk kerajaan negeri kerana Parti itu hanya memenangi 6 kerusi sahaja, selebihnya dimenangi oleh Parti Bersatu Sabah yang telah berganding bahu dengan USNO untuk menumbangkan kerajaan Berjaya. Pelbagai insiden berlaku ketika itu, menyebabkan kerajaan Parti Bersatu Sabah membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya semula. Pilihan raya kali kedua menutup mulut pemimpin-pemimpin Parti Berjaya kerana keputusan pilihan raya itu menunjukkan mereka telah ditolak oleh rakyat.
Walau bagaimanapun, dalam zaman kekuasaannya, Datuk Harris Salleh telah berjaya membangunkan negeri Sabah. Negeri Sabah menjadi pengusaha pertanian yang produktif pada masa itu. Tanaman getah secara meluas melalui Lembaga Tabung Getah Sabah atau Lembaga Industri Getah Sabah hari ini, telah memberikan dimensi baru kepada rakyat Tenom. Skim LTG Lagud Seberang dan Kuala Tomani adalah usaha keras Datuk Harris Salleh. Sesungguhnya genarsi muda peneroka LTG Tenom hari ini dan rakyatr Tenom serta Sabah amnya sangat terhutang budi kepada Datuk Harris Salleh. Datuk Harris Salleh adalah seorang pemimpin yang ikhlas membangunkan negeri Sabah. Dearah Tenom dibangunkan dengan pesat walaupun beliau bukan dari suku kaum Murut.
Seiring dengan kemunculan Parti Bersatu Sabah itu (1985-1994), muncullah juga pemimpin-pemimpin muda Murut. Datuk Kadoh Agundong menjadi “giant killer” apabila menumapskan Datuk Harris Salleh, ketua menteri Sabah pada ketika itu. Datuk Laimon Laikim pula mewakili Dun Kemabong yang rata-ratanya berbangsa Murut Tagol. Maka timbullah isu Murut Timugon cuba menguasai Murut Tagol. Justeru, lahirlah muka baru dalam era politik Tenom. Esar Andamas (1989-1993) yang merupakan seorang guru menjadi wakil rakyat bagi kawasan Kemabong. Bagaimana beliau menjadi calon walhal beliau bukanlah penggiat politik yang aktif, ada cerita disebaliknya. Beliau terpaksa menjadi calon bidan terjun kerana Rubin Balang yang juga merupakan guru sandaran di SK Batu Tiningkang pada ketika itu tidak dibenarkan bertanding oleh pemimpin tertinggi PBS kerana krisis agama beliau yang saya fikir belum selesai secara total hingga ke hari ini. Beliau mendakwa tidak pernah memeluk Islam, manakala status isteri beliau yang beragama Islam masih menjadi tanda tanya hingga ke hari ini. Adakah isteri beliau yang merupakan anak seorang imam itu sudah murtad? Persoalan itu masih belum terjawab hingga hari ini. Namun, memandangkan beliau begitu licik dan bijak berpolitik, maka beliau akhirnya menjadi calon dalam pilihan raya pada tahun 1994. Sekalipun Bobby Suan yang dikatakan lulusan luar negeri menjadi seteru beliau, Bobby Suan dapat ditumpaskan meskipun Datuk Rubin hanya lulusan SRP. Pada tahun 1994 itu juga, beliau sekali lagi mengejutkan politik Sabah apabila menyertai UMNO bersama Datuk Lajim Ukin, maka tumpaslah kerajaan Parti Bersatu Sabah pada ketika itu. Kemenangan UMNO itu membolehkan persempadanan semula dilakukan, maka dalam pilihan raya berikutnya, kerusi PBS merosot dan UMNO menjadi parti dominan sekalipun sistem penggiliran ketua menteri sabah dilaksanakan. Sistem penggiliran itu memperlihatkan betapa pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional begitu ghairah menjadi ketua menteri.
Dalam era UMNO itu, Dun Kemabong dapat dipertahankan oleh Datuk Rubin Balang hingga ke hari ini. Sekalipun agama beliau menjadi kritikan hebat dalam kalangan rakyat namun pemimpin tertinggi UMNO tetap memekakkan telinga. Datuk Raden yang mewakili Murut Timugon mengekalkan kerusi PBS. Hal ini memang dijangka kerana sikap Murut Timugon yang secara keseluruhannya masih tertutup. Semangat kesukuan masih tinggi. Manakala isu agama pula menjadi isu sensitif yang membantu PBS memenangi beberapa kerusi. Sejarah hitam penganut Kristian dalam era kerajaan USNO dan Berjaya menyebabkan merek fobia terhadap pemimpin Islam. Datuk Raden mengekalkan kerusi Dun tetapi kerusi Parlimen terlepas ke tangan Datuk Rizalman Abdullah. Datuk Rizalman Abdullah menjadi MP UMNO yang paling singkat perkhidmatannya kerana hanya satu penggal sahaja beliau menjadi ahli parlimen. Dalam pilihan raya berikutnya beliau tidak dicalonkan kerana Datuk Rubin Balang menentang pencalonannya. Beliau digantikan oleh Raimi Unggi.
Namun, semasa menjadi MP banyak pembangunan yang telah dilaksanakan oleh beliau. Pasar tamu telah dinaik taraf. Beliau juga bertanggungjawab membawa Giat Mara ke Tenom kerana semasa menjadi MP beliau adalah setiausaha Kementerian Pembangunan dan Keusahawanan sebelum ditukar ke Kementerian Penerangan. Parti UMNO pada masa itu dicemburui oleh parti-parti komponen lain. Justeru, dalam pemilihan UMNO berikutnya Datuk Rizalman dapat mempertahankan jawatan ketua Bahgian UMNO Tenom kerana beliau memang seorang pemimpin politik yang berpengalaman. Berlakulah konflik yang berpanjangan antara pemimpin-pemimpin UMNO dan wakil-wakil rakyat UMNO, Datuk Rubin Balang dan Yb Raimi Unggi jarang menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian. Pilihan raya berikutnya, Datuk Rubin terus menjadi sandaran UMNO di Kemabong walaupun terdapat pelbagai keluhan daripada raklyat bawahan menghendaki beliau digantikan dengan orang lain. Tetapi oleh kerana UMNO terhutang budi kepadanya kerana menjadi katak, maka beliau terus dikekalkan. Raimi Unggi pula terus diberi peluang untuk penggal yang berikutnya walaupun pelbagai janji beliau kepada rakyat tidak ditunaikan. Bahkan beliau dikaitkan dengan ungkapan YB Lango yang bermaksud YB ipar. Hal ini timbul kerana segala projek kerajaan khususnya peruntukan parlimen diserahkan kepada ipar-iparnya. Kita tunggu pilihanraya ke-13, apakah akan ada perubahan? Jika dibandingkan Ahli Parlimen hari ini dengan pemimpin yang lepas-lepas maka sperti Datuk Rizalman Abdullh, nampak sangat perbezaannya. Ahli Parlimen hari ini tiada apa-apa yang membanggakan. Bahkan kebanyakan orang kanan dan yang menjadi penyokong kuatnya dahulu telah meninggalkannya. Hal ini kerana beliau merupakan seorang yb pemungkir janji. Semua yang dikatakannya 60 peratus yang tidak benar. Mengapa beliau menang dalam PRU ke-12 yang lalu? Kerana rakyat Tenom masih setia kepada Barisan Nasional. Namun tiada jaminan bahawa rakyat Tenom akan terus setia kepada Barisan Nasional jika pemimpin jenis ini terus dikekalkan.
Adun Melalap pula, Datuk Raden Maleh dikatakan bagai surat khabar lama. Dalam pilihan raya ke-13, bermakna sudah 23 tahun Datuk Raden menjadi wakil rakyat Tenom. Setiap kali lahirnya pemimpin di daerah ini, pasti ada sesuatu yang dtinggalkan mereka yang menjadi sebutan dan kebanggaan masyarakat setempat. Tetapi Datuk Raden Maleh sehingga hari belum ada nampak apa-apa sumbangan di mata rakyat. Jika berakhir kerjaya politiknya dalam PRU ke-13 kelak, maka Datuk Datuk Raden Maleh bakal dilupakan selamanya. Datuk Harris Salleh, banyak tinggalannya kepada rakyat Tenom. LIGS, Kompleks Sukan Tenom, KPD Kampung Manining, Jambatan Binai, dan sebagainya yang tidak mungkin saya akan sebut semuanya. Melihat Rumah Kebudayaan Murut di Pulong, maka orang akan teringat Datuk Kadoh Agundong. Datuk Kadoh Agundong adalah seorang pemimpin yang penyayang dan pemurah. Ini berlawanan dengan sikap Datuk Raden yang kedekut dan lokek. Manakala Pasar tamu yang cantik dan Giat Mara jika menjadi perbualan, akan mengingatkan rakyat Tenom kepada Datuk Rizalman Abdullah.Beliau juga merupakan pemimpin yang pemurah dan mudah menghulurkan bantuan kepada orang-orang bawahannya. Rakyat Tenom begitu rindu terhadap kepimpinan mereka. Taman Pertanian Sabah pula merupakan cadangan Datuk Kadoh Agundong tetapi Datuk Rubinlah yang berusaha merealisasikannya, meskipun beliau adalah Adun yang amat kontroversi. Datuk Laimon Laikim, Datuk Raden Maleh dan Datuk Raimi Unggi pasti akan dilupakan oleh rakyat Tenom selamanya kerana tiada yang membanggakan dari mereka. Oleh kerana itu, kita berharap agar Datuk Raden dan Raimi menggunakakan peluang yang diberikan oleh rakyat kepada mereka sebaik-baiknya. Bukan mengambil peluang memperkayakan diri dan keluarga sebaliknya memberikan khidmat bakti yang diperukan oleh rakyat Tenom secara keseluruhannya. Bukan setakat pembangunan yang rutin seperti membina pondok bas, rumah kebudayaan, jalan raya dan sebagainya tetapi fikirkanlah sesuatu program yang akan dikenang oleh reakyat selamanya. Masalah bantuan rumah miskin hingga ke hari belum selesai. Bahkan mereka dikatakan tiada kajian dan catatan berapa keluarga yang tergolong sebagai miskin tegar daerah Tenom. Mereka terlalu bergantung kepada laporan pejabat daerah Tenom yang ada kalanya tidak tepat dan meleset. Maklumlah, mereka juga bergantug kepada laporang JKKK kampung. Kita tunggu dan lihat, hanya masa dan waktu yang akan mementukannya.




Sekian wassalam. Wallahualam bisawab. Hanya Allah yang lebih mengetahui










Monday, March 22, 2010

Apakah Janji Pilihan Raya Datuk Raden Maleh Mampu Ditunaikan?



Inilah gambar Jambatan Binai yang menimbulkan kesulitan kepada rakyat Tenom. Jambatan ini seringkali menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ekoran kesesakan itu menyebabkan ramai murid dan guru yang lewat ke sekolah. Jambatan ini adalah jambatan kilat yang dibina pada era kebangkitan Parti Berjaya.

Jambatan yang sempit dan satu lorong ini dibina secara tergesa-gesa dalam era pemerintahan Parti Berjaya ekoran insiden kereta yang jatuh daripada feri yang telah meragut nyawa seorang ibu yang berbadan dua bersama anaknya yang berumur 2 tahun. Atas Keprihatinan Datuk Harris Salleh, Ketua Menteri Sabah pada waktu itu, yang juga merupakan Adun Tenom, akhirnya siaplah Jambatan Binai dalam tempoh tidak sampai setahun. Dan pembinaan itu tidak pernah dijanjikan oleh kerajaan pada masa itu khususnya semasa pilihan raya.

Berbeza dengan wakil rakyat hari ini, Datuk Raden Maleh yang sudah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah lebih 20 tahun, tiada apa-apa pembangunan yang diperjuangkannya. Parti Keadilan dalam pilihan raya ke-12, mengungkitkan perkara ini bahawa tiada pembangunan selama 18 tahun semasa Datuk Raden Maleh menjadi Adun. Ramai berpendapat bahawa Datuk Raden Maleh bukan seorang pemimpin yang bijak merancang. Beliau hanya bijak meraih undi menggunakan isu sensitif agar rakyat di Kawasan Melalap yang kebanyakannya berbangsa Murut Timugon mengundinya. Beliau sering kali menghadiri upacara-upacara perkahwinan, keramaian dan pelbagai upacara lain sambil mendendangkan lagu-lagu Murut dan Lagu Dusun. Mungkin generasi tua berasa seronok melihatnya di atas pentas, tapi generasi muda muak melihat jenis pemimpin yang macam itu, Kehadirannya ke dalam sesuatu majlis tidak memberikan apa-apa makna lagi kepada generasi muda. Pernah dalam suatu majlis perkahwinan Datuk Raden Maleh tidak dijemput untuk berkaraoke. Maka frustlah agaknya beliau.

Apa yang disampaikan oleh pengacara muda dalam majlis tersebut bahawa menyanyi dan berkaraoke tidak lagi diperlukan untuk menghadapi alaf baru ini. Dalam pilihan raya akan datang kami rakyat Tenom berharap Datuk Raden Maleh tidak lagi dicalonkan. Ekoran dakwaan pembangkang dalam pilihan raya ke-12 bahawa tiada pembangunan sepanjang Datuk Raden Maleh menjadi Adun, maka beliau pun menaburkan pelbagai janji termasuk membina semula Jambatan Binai, mengusahakan agar penduduk-penduduk Kampung Paguokon, Kampung Manining, Kampung Pansailon, Kampung Paguokon Laut dan Paguokon Tengah dibekalkan dengan bekalan air pili. Kampung-kampung tersebut masih bergantung kepada bekalan air graviti sejak tahun 1980-an. Beliau juga berjanji kepada penduduk kampung Paguokon Ulu untuk membina jalan raya ke kawasan-kawasan perkebunan. Tetapi sehingga ke hari ini semua janji pilihan raya beliau belum ada satupun yang ditunaikan. Beliau juga berjanji dalam pilihan raya tersebut bahawa sekiranya Jambatan Binai tidak dibina maka beliau tidak mahu lagi melobi menjadi calaon dalam pilihan raya akan datang. Apakah beliau akan menunaikan janjinya?

Musa Aman pula memberikan keyakinan kepada rakyat Kawasan Melalap bahawa pembinaan jambatan Binai akan dipercepatkan. Lihatlah petikan ini


SABAH & SARAWAK
ARKIB : 02/08/2008

Isu status pekan kecil Melalap akan diselesaikan

TENOM 1 Ogos - Isu status pekan kecil Melalap yang berlarutan sejak sekian lama dijangka selesai selepas perbincangan dilakukan dengan sebuah syarikat yang memiliki ladang di kawasan ini, tidak lama lagi. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri akan berusaha menyelesaikan isu tersebut yang turut membantutkan usaha membawa lebih banyak pembangunan di kawasan itu. ''Kita faham rakyat menanti penyelesaian kepada masalah ini dan kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan termasuk menemui pihak pemilik ladang tersebut," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis mengenang jasa perjuangan mendiang Datuk OKK Sanggau Jalang di sini kelmarin. Pada majlis itu, beliau turut merasmikan Dewan Serbaguna Melalap yang dinamakan bersempena pejuang rakyat itu. Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang; Ahli Parlimen Tenom, Raimie Unggi dan lebih 1,000 penduduk. Difahamkan masalah pembangunan di pekan tersebut berlaku berikutan status hak milik tanah yang masih belum dapat diselesaikan kerana dimiliki oleh ladang berkenaan.
Musa berkata, kerajaan negeri mengakui kawasan Melalap berpotensi untuk dimajukan kerana mempunyai sumber alam semula jadi sama ada untuk bidang pelancongan atau pertanian. ''Di sini terdapat pusat riadah seperti air terjun, Taman Pertanian Lagud Seberang dan juga Pusat Kebudayaan Murut yang tersergam indah," katanya.
Beliau berkata, projek pembinaan jambatan baru di Kampung Binai bagi menggantikan jambatan lama bernilai RM7 juta juga akan dipercepatkan selepas mendapat peruntukan daripada kerajaan Pusat.
Menyentuh mengenai Sanggau Jalang, beliau berkata, mendiang adalah antara pemimpin awal pada zaman penjajahan Inggeris yang banyak menyedarkan rakyat mengenai kepentingan pendidikan
.

Nampak sangat Musa Aman dan Datuk Raden Maleh sudah menyediakan jawapan sekiranya jambatan Binai yang baru tidak dapat dibina seperti yang mereka janjikan. Pasti akan kedengaran alasan bahawa kerajaan Persekutuan tidak memberikan peruntukan untuk membolehkan mereka menunaikan janji, sedangkan dalam pakaj rangsangan yang diumumkan tahun lalu kerajaan Sabah mendapat limpihan peruntukan yang besar berbanding negeri-negeri lain. Ke manakah peruntukan yang besar itu? Oleh kerana itu rakyat Sabah perlu menilai semula kedudukan pemimpin dan kerajaan yang ada pada hari ini.

Sunday, March 21, 2010

Tahniah Kerajaan Pakatan



Selangor akan ‘merakyatkan’ khidmat bekalan air
Harakahdaily
KLANG, 21 Mac: Langkah Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih konsesi air daripada tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga dialu-alukan oleh rakyat dan sudah tentu akan ‘merakyatkan’ perkhidmatan bekalan air, bukan mementingkan keuntungan sahaja.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) menekankan akses kepada air adalah hak assisi manusia dan hak itu tidak boleh dikompromikan.
Beliau turut merakamkan kekesalan terhadap perbalahan pemotongan air di Pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah pada malam 19 Mac lalu di mana pihak Syabas bersama polis ingin memotong bekalan air kali ke-11 tetapi dihalang oleh penduduk dan mencetuskan kekecohan.
Beliau berkata, Syabas sepatutnya boleh mengelakkan tindakan keterlampauan itu dengan memberi kelonggoran beberapa minggu bagi Kerajaan Negeri Selangor membuat bayaran dan berunding masalah itu seterusnya.
Sebelum ini, katanya kerajaan negeri telah bersetuju membayar tunggakan air sebanyak RM40,000 sebagai langkah pertama sambil membincang dengan semua pihak berkenaan untuk mencapai penyelesaian keseluruhan.
“Akan tetapi kerajaan negeri tidak dapat membuat bayaran dalam masa satu minggu kerana terikat kepada prosedur kewangan kerajaan negeri,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi telah meminta agar Syabas memberi kelonggaran tarikh bagi membuat bayaran itu.
Bagaimanapun, tambahnya permintaan itu ditolak oleh Syabas dan telah mengarahkan pemotongan bekalan air serta-merta selepas tarikh tamat iaitu 19 Mac lalu.“Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Syabas hanya mementingkan keuntungan dan tidak menguruskan bekalan air dari aspek sosial dan perikemanusiaan. Ini merupakan suatu masalah yang mesti timbul selepas kerajaan menswastakan kemudahan awam seperti bekalan air,” ujarnya lagi.Di samping itu, katanya pihak Syabas juga perlu memikul sebahagian tanggungjawab mengenai jumlah tunggakan bil air di Armada Putra.
Ini, ujarnya adalah kerana syarikat itu tidak mengesan masalah kebocoran air dan membaiki secepat mungkin.
Menurutnya, kebocoran paip telah menyebabkan tunggakan melambung sehingga RM800,000 yang tidak mampu ditanggung oleh penduduk.

Alangkah Bertuahnya Rakyat Selangor

Membaca berita seperti di atas, yang pastinya tidak disiarkan dalam media arus perdana, saya cuba membandingkannya dengan negeri Sabah yang kononnya penyokong kuat Barisan Nasional. Ternyata mereka yang masih bernaung di bawah kerajaan Barisan Nasional amat malang sekali. Selain pemimpin-pemimpin dan YB-YB mereka tidak prihatin, mereka lebih sibuk mengejar projek dan bekerja untuk memenuhkan kocek sendiri. Masalah rakyat Sabah khususnya di Pedalaman yang ketiadaan air dibiarkan terus hidup merana. Apakah mereka mahu air sungai menjadi kontang dan kering barulah mereka datang melawat. Apakah mereka mahu ada yang minum air berbau dan berkuman barulah mereka akan nbergegas membuat lawatan. Untuk menunjukkan mereka prihatin kononnya. Sejak awal kami mengharapkan kerajaan melaksanakan pembenihan awan agar bekalan air penduduk kampung yang rata-ratanya bergantung kepada bekalan air graviti tidak terputus. Tetapi dalam soal ini kebanyakan pemimpin-pemimpin Sabah terus membisu. Kononnya masalah belum serius. Pada masa akan datang saya akan cuba berkongsi dengan pengunjung blog ini betapa peritnya hidup rakyat Sabah yang telah lama ketiadaan air.

Sekian Wassalam.

Thursday, March 18, 2010

Krisis Air Terus Melanda


Lihatlah betapa kasihannya mereka. Mandi di sungai yang sudah agak cetek. Kebersihan tidak lagi diutamakan. Yang penting mereka dapat mandi. Daripada tinjauan yang saya buat terdapat juga beberapa orang yang mengambil air di sini untuk masak dan minum. Air sungai ini meskipun kelihatan jernih tetapi sudah tidak mengalir lagi. Betapa mereka tidak mementingkan kebersihan lagi. Apa yang penting bagi mereka ialah dapat meneruskan kehidupan.
Persoalannya, di mana perginya pemimpin-pemimpin BN hari ini? Alangkah baiknya jika kerajaan melaksanakan pembenihan awan agar hujan akan turun. Bila hujan turun pasti sungai ini akan membekalkan air yang bersih kepada rakyat.
Menurut penduduk kampung yang sempat saya temui, paip air sudah siap namun sehingga ke hari ini paip tersebut tidak membekalkan air kepada mereka. Kena tunggu pilihan raya jugakah baru air pili berfungsi.? Terserahlah kepada rakyat Sabah untuk menilai pemimpin-pemimpin BN hari ini. Gunakan akal semasa mengundi. Jangan kerana disogok RM20 atau RM50 sahaja maka kita kena menanggung penderitaan selama lima tahun.

Inilah Nilai Pembangunan BN.

Keadaan jalan ini amat membahayakan pengguna jalanraya. Keadaan jalan rosak yang tidak diperbaiki ini juga menyebabkan kesesakan pada waktu pagi ketika guru-guru dan murid-murid ke sekolah awal pagi. Kemalangan pernah berlaku di sini tetapi sehingga hari ini kerosakan jalan ini masih belum di perbaiki.
Lihatlah keadaan ini. Kerosakan ini sudah berlaku 3 tahun yang lalu tetapi sehingga ke hari ini para pemimpin senyap saja. Mungkin pilihan raya masih terlalu jauh. Tiada pilihan raya bermakna tiada pembaikan akan dibuat. Mungkin tahun depan barulah kerajaan sibuk memperbaikinya. Pada waktu itu kontraktor-kontraktor kelas A hingga F, sibuk. Tidak cukup pekerja kerana kerja terlalu banyak. Pada waktu itu juga nanti, kualiti tidak lagi penting. Yang penting, projek mesti disiapkan sebelum pulihan raya. Inilah agaknya nilai pembangunan yang diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin BN. Apa yang penting bagi mereka rakyat dapat dipancing semasa mengundi nanti.Mereka tidak perlu lagi bertungkus lumus semasa berkempen. Rakyat akan lihat bahawa hanya kerajaan BN yang mampu melaksanakan pembangunan. Pembangunan semasa pilihan raya. Selepas pilihan raya, mereka pun hilang dan akan muncul semula 2 tahun sebelum pilihan raya. Ikhlaskah pemimpin-pemimpin BN hari ini,

Adakah Rakyat Didahulukan ?

Rumah yang sudah nak roboh ni juga rumah ahli UMNO kampung Paguokon. Beliau kini menumpang di rumah kakaknya di kawasan Sawah. Beliau sudah beberapa kali memohon bantuan rumah PPRT tetapi entah di mana silapnya, sehingga hari ini rumah PPRT tidak muncul. Sebaliknya beberapa orang yang memilik rumah yang lebih baik dari beliau mendapat bantuan rumah PPRT. Adakah kerana beliau ahli UMNO maka Datuk Raden tidak menghiraukan mereka. Persoalannnya, bukankah ahli Parlimen Tenom, YB Raime Unggi juga ahli UMNO Tenom. Apa yang telah YB Raime Unggi usahakan untuk membantu mereka ini. Bahkan dalam bahagian Tenom ini ada dua YB yang mewakili UMNO iaitu Datuk Rubin Balang, Adun Kemabong dan Ketua Bahagian Tenom. Mengapa mereka menyepikan diri.


Inipun rumah ahli UMNO Kampung Paguokon Tenom. Bila melihat rumah ini apakah kita percaya dengan slogan Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan. Benarkah pemimpin-pemimpin UMNO hari ini turun padang? Atau mereka memang turun ke padang golf? Kalau ke padang golf memanglah masalah yang macam ini tidak akan nampak. Najib yang duduk di atas dalam ucapannya yang separuh berteriak pula sering menyuatakan bahawa dalam mentadbir negara ini rakyat akan beliau dahulukan. Inilah realitinya, adakah benar rakyat didahulukan? Tepuk dada tanya selera. Sebagai ahli UMNO saya tak mahu komen banyak. Tapi para pemimpin UMNO saya harap mereka akan insaf. Jangan fikir rakyat Sabah ini penyokong kuat anda selamanya.







Satu Malaysia Popular?


Datuk Seri Najib membandingkan Slogan 1 Malaysia dengan Malaysian Malaysian yang kononnya dijenamakan semula oleh pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya Dap. Najib mendakwa bahawa 1 Malaysia lebih popular. Ya, memang 1 Malaysia lebih popular kerana jutaan ringgit telah digunakan untuk mempopularkan slogan itu. Hari ini kita ada klinik 1 Malaysia dan mungkin nanti akan ada restoran 1 Malaysia, sekolah 1 Malaysia, rumah 1 Malaysia, Lapangan Terbang 1 Malaysia dan sebagainya. Konsep itu pada kami tidak memberikan apa-apa makna. Saya fikir pelbagai program yang dibawa oleh Najib hanya menguntungkan kroni-kroninya. Kalau dalam zaman Pak Lah dahulu kita ada Islam hadahari. Dalam zaman Hadahari itu pelbagai program dilaksanakan tetapi program itu tenggelam dalam penggal yang kedua kerana kesilapan Pak Lah menaikkan minyak secara mendadak. Bukan sahaja rakyat biasa bahkan ahli-ahli Umno elit juga menyalahkan Pak Lah sehinggalah membawa kepada pengundurannya. Sebenarnya kesilapan itulah yang ditunggu-tunggu oleh Najib dan konco-konconya, maka berakhirlah zaman Pak Lah kerana desakan orang-orang kuat Najib.
Setelah Najib naik, seperti mana perdana menteri terdahulu, Najib cuba pula memperkenalkan pelbagai konsep dan slogan agar orang melihatnya lebih hebat berbanding Pak Lah dan lebih bijak berbanding pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.
Tetapi sayangnya apa yang dilaung-laungkan oleh Najib itu hanya untuk menyedapkan hatinya sendiri kerana sehingga hari ini Najib masih belum mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat. Kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak tetap menghantui rakyat. Gula pula sering kali tidak mencukupi. Subsidi beras yang kononnya memperuntukkkan berjuta-juta ringgit itu tidak pun sampai kepada rakyat. Rakyat yang digolongkan sebagai miskin tegar tetap tidak dapat diatasi. Kakitangan kerajaan juga mengeluh, maklumlah gaji tidak naik-naik sedangkan harga barang telah melambung tinggi. Kuasa beli mereka merosot. Malaysia yang kononnya, mempunyai fundemental ekonomi yang kukuh tidak tergugat teruk ekoran krisis ekonomi global namun realitinya, kerajaan sebenarnya mengalami krisis kewangan yang teruk. Amat jelas pelbagai peruntukan telah dipotong. Jabatan Kaji Cuaca misalnya telah dikurangkan peruntukannya tahun ini. Ekoran itu jabatan itu senyap sahaja walau pun kemarau memanjang, sepatutnya pembenihan awan dilakukan agar kepanasan ini berkurang kerana rakyat yang bekerja dibawah panas terik mentari amat terseksa. Dalam Kementerian Pelajaran pula, peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan telah ditarik. Pemerika-pemeriksa kertas dan pengawas-pengawas peperiksaan pula terus mengeluh kerana bayaran elaun mereka masih belum dilunaskan oleh kerajaan walaupun PMR, SPM dan STPM telah diumumkan.
Semua krisis ini akan mempopularkan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan. Slogan itu akan polpular bukan kerana kereajaan telah berjaya menangani masalah rakyat tetapi sebaliknya masalah yang dihadapi oleh rakyat makin meruncing. Slogan itu jika Najib tidak berusaha mengerahkan segala orang bawahannnya untuk meringankan beban rakyat, dan sibuk berpolitik semata-mata, khususnya menekan pemimpin pembangkang, akan menjadi senjata makan tuan. Kita tunggulah PRU ke-13, jika pilihan raya diadakan secara adil dan telus dan tiada persempadanan semula, saya pasti bahawa UMNO dan Barisan Nasional berhadapan dengan kesukaran untuk berkuasa semula. Manakala pemimpin-pemimpin pembangkang yang menjadi katak akan menerima padah.

Pemasangan cctv untuk meningkatkan kewibawaan SPRM?

Pemasangan cctv di bilik siasatan SPRM tidak akan dapat mengembalikan keyakinan orang awam terhadap kewibawaan SPRM. Jika bilik siasatan dipasang cctv sekalipun, ia tidak akan memberikan jaminan bahawa pegawai-pegawai SPRM tidak akan bertindak ganas. Hal ini kerana sesetengah pegawai SPRM sudah biasa bertindak ganas dan kejam untuk mencapai matlamat golongan tertentu. Banyak cara dan kaedah untuk mengelakkan perbuatan mereka dirakam melalui cctv. Saya fikir cadangan pemasangan itu hanya untuk mengabui matas masyarakat.

Kaedah lain yang perlu dilaksanakan ialah dengan menanamkan nilai-nilai murni kepada setiap individu dalam SPRM. Nilai–nilai agama dan nilai-nilai moral mampu mengelakkan perbuatan tidak berperikemanusiaan dalam anggota SPRM. Selain itu, siasatan yang menggunakan kekerasan bukanlah isu utama, sebaliknya isu yang telah menyebabkan SPRM hilang intergriti ialah pendakwaan dan penyiasatan yang berpilih. Misalnya, jika laporan melibatkan pemimpin pemerintah maka tindakan mereka agak lembap dan mengambil masa, namun sebaliknya jika laporan tersebut ada kaitan dengan pihak yang bertentangan dengan pemerintah seperti pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat maka SPRM akan bertindak dengan cepat dan cekap. Laporan akan diketahui lebih cepat, tidak seperti kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan. Dalam erti kata lain, kewibawaan SPRM tidak akan dipersoalkan jika mereka melaksanakan tanggungjawab mereka dengan adil dan saksama tanpa mengira anutan politik.

Namun, apa yang berlaku pada hari ini ialah SPRM diperalatkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan untuk tujuan politik. Mereka menggunakan SPRM untuk menjatuhkan lawan mereka. Bagaimana mungkin orang awam mempercayai agensi yang mendakwa mereka berkecuali tetapi dalam masa yang sama agak ketara serta amat jelas mereka dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan untuk menjatuhkan seteru mereka khususnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Nampak sangat SPRM bertindak mengikut arahan pemimpin-pemimpin politik. Bahkan bukan SPRM sahaja, PDRM, SPR, badan kehakiman dan pelbagai agensi kerajaan yang sepatutnya tidak tertakluk kepada ahli-ahli politik amat jelas begitu bias dalam segala tindak tanduk mereka. Selagi pemimpin BN dan UMNO berkuasa selagi itulah agensi-agensi ini bertindak berat sebelah. Almaklumlah, pegawai-pegawai tertinggi agensi tersebut terdiri daripada pengikut mereka.

Sekian wassalam.

Thursday, March 11, 2010

Mengapa Pencapaian Pelajar Luar Bandar Tidak Memberangsangkan?







March 11, 2010 16:25 PM

Jurang Pencapaian Pelajar Bandar-Luar Bandar Dalam SPM Masih Ketara: Muhyiddin Yassin

KINABATANGAN, 11 Mac (Bernama) -- Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini masih ketara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beberapa usaha dan langkah sedang diambil bagi mengurangkan seterusnya mengatasi jurang berkenaan secara berperingkat-peringkat."Kita akan mengambil perhatian supaya jurang tersebut tidak terus meluas," katanya kapada pemberita ketika mengulas mengenai keputusan peperiksaan SPM 2009 yang diumumkan hari ini selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di SK Bukit Garam di sini Khamis.Muhyiddin berkata selain jurang perbezaan pencapaian murid antara bandar dan luar bandar, turut diberi perhatian oleh kementerian ialah pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran tertentu serta bilangan pelajar wanita yang lazimnya lebih ramai cemerlang daripada lelaki.Katanya antara langkah-langkah yang sedang diambil bagi menangani masalah berkenaan ialah menempatkan guru-guru terbaik termasuk di luar bandar."Minggu lepas saya telah umumkan yang kita akan laksanakan satu sistem penempatan guru ini di mana setiap guru sepatutnya bersedia untuk berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.Muhyiddin berkata perbezaan infrastruktur dan kemudahan sekolah bandar dan luar bandar yang masih wujud sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran juga akan dimbail kira bagi mengatasi masalah itu.Mengenai pengurangan bajet untuk kementerian itu, Muhyiddin berkata ia berlaku kepada semua kementerian."Bagaimanapun, baru-baru ini bila kita bawa semula kepada pengetahuan Perdana Menteri dan beliau bersetuju untuk menambah peruntukan," katanya."Dalam situasi ekonomi kita begini dan belanjawan kita yang agak kurang berbanding dahulu, kita minta supaya pengurusan sekolah dapat berjimat cermat dalam soal penggunaan air dan elektrik."Kalau boleh kurangkan 10 hingga 20 peratus daripada biasa. Bukan bermakna kita potong bajet, cuma itu boleh menyelamatkan banyak kewangan kita," katanya.-- BERNAMA
Mengapa ini masih berlaku?

Setiap tahun peruntukan yang dilulusakn untuk Kementerian Pelajaran semakin meningkat namun pencapaian pelajar-pelajar luar bandar dalam peperiksaan awam tetap tidak berubah.

Apakah peruntukan ini hanya bermanafaat untuk pelajar bandar manakala pelajar luar bandar sebaliknya. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran perlu melaksanakan kajian yang meneyeluruh untuk mencari sebab dan punca perkara ini berlaku. Berdasarkan pengalaman dan maklumat daripada guru-guru, ternyata peruntukan yang disalurkan kepada Kementerian Pelajaran dalam jumlah yang banyak itu sebenarnya tidak pun dirasai oleh guru dan murid di luar bandar.

Peperiksaan PMR, SPM dan STPM memperlihatkan jurang antara bandar dan luar bandar masih ketara khususnya dari segi pencapaian. Setiap kali keputusan peperiksaan awam kita akan disogokkan dengan isu yang sama? Persoalannya mengapa ini masih berlaku?

Pada saya sudah tiba masanya kerajaan perlu mengkaji semula sistem pendidikan kita secara menyeluruh. Pemimpin kerajaan juga perlu menilai dan mencerminkan diri serta bertanya kepada diri di mana silapnya mereka. Setiap tahun peruntukan yang banyak diluluskan untuk pendidikan tetapi tanyalah guru atau murid apa yang mereka dapat.
Guru masih merasakan kebajikan dan keluhan mereka tidak dihiraukan. Kalau pandangan guru tidalk dihiraukan bermakna keperluan murid juga disisihkan, kerana gurulah yang bergaul dengan murid-murid mereka. Guru yang lebih tahu akan keperluan murid mereka.
Dalam kebanyakan perkara, pemimpin-pemimpin kerajaan sering mengenepikan pandangan guru. Guru hanya diminta melaksanakan apa yang sudah diputuskan oleh pemimpin-pemimpin politik. Pernahkah guru-guru di bandar dan di luar bandar ditanya kenapa pencapaian luar bandar dan bandar berbeza? Saya fikir guru-guru lebih tahu jawapannya berbanding dengan pegawai-pegawai di jabatan atau Kementerian Pelajaran, tetapi biasanya pemimpin-pemimpin politik lebih cenderung meminta pandangan mereka yang duduk di kerusi empuk di bilik yang berhawa dingin dan mendapatkan sedikit maklumat daripada pegawai bawahannya.
Misalnya ketika memutuskan untuk memansuhkan Peperiksaan SRP dahulu, adakah guru ditanya tentang perkara itu ketika Datuk Seri Najib menjadi Menteri Pendidikan. Natijahnya hari ini wujud pelbagai masalah disiplin kerana mereka yang tidak berminat belajar masih di simpan di sekolah walhal mereka ini boleh ditempatkan di sekolah-sekolah kemahiran. Kalau sekolah kemahiran atau vokesional tidak cukup maka tugas kerajaanlah untuk mencukupkannya, bukan memperkenalkan dasar berdasarkan idea kelas 3.

Hari ini pencapaian luar bandar masih rendah, patut pemimpin-pemimpin kerajaan perlu membuat kajian semula adakah dasar yang mereka perkenalkan itu masih relevan. PPSMI misalnya, terbukti merugikan pelajar luar bandar, tetapi kenapa pemimpin-pemimpin kerajaan cuba mempertahankannya? Jadi tapuk dada tanya selera.
Sekian wassalam.







Wednesday, March 10, 2010

Pemimpin-pemimpin UMNO tidak harus gusar dengan pendedahan pemimpin-pemimpin Pakatan.







Assalamualaikum semua.

Sebenarnya, sudah terlalu lama rakyat telah memberikan ruang kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk mentadbir negara. Generasi lama yang disempitkan pemikiran dan minda mereka, memang tidak kisah dengan pencapaian pemimpin-pemimpin ini. Sekalipun mereka hanya akan muncul ketika hampir-hampir pilihan raya. Tetapi generasi hari ini tidak demikian. Dengan adanya pelbagai kemudahan perhubungan yang canggih dan sofistikated, maklumat dapat mereka peroleh dengan cepat dan tepat. Akhbar media arus perdana yang pro UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi menjadi rujukan utama. Mereka akan berusaha mengesahkan pelbagai maklumat yang diterima dari media perdana dengan merujuk pelbagai media lain. Justeru, media perdana sewajarnya memaparkan maklumat-maklumat yang tepat dan tidak dimanipulasikan. Program-program yang baik dan positif yang dianjurkan oleh pihak pembangkang wajar juga disiarkan dalam media arus perdana ini. Namun apa yang berlaku pada hari ini, kebanyakan berita yang disiarkan yang membabitkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kebanhyakannya bersifat negatif atau menimbulkan pelbagai persepsi buruk. Dan dalam masa yang sama pula program-program yang melibatkan pemimnpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional diberikan liputan yang luas. Maka jadilah media arus perdana media yang hambar dan tidak menarik. Justeru, mereka yang terlibat secara langsung dalam media arus perdana wajar memperbetulkan sikap mereka agar tidak berat sebelah. Perubahan ini perlu untuk menarik minat rakyat membaca atau menonton media-media terbabit.


Dalam keadaan media perdana cuba menyembunyikan kebobrokan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, media Pakatan Rakyat pula cuba memaparkan pelbagai kebusukan dan ketempangan yang berlaku dalam kerajaan. Justeru, media Pakatan Rakyat mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO jangan pula marah dengan gelombang yang berlaku ini. Dengan menyekat penggunaan internet. Takkan marahkan nyamuk, bakar kelambu. Mereka sebenarnya perlu muhasabah diri. Menilai semula, mengapa rakyat mula bosan. Bukan menyalahkan orang lain. Generasi hari ini tidak lagu mudah diperbodohkan.

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO, cuba menyenangkan hati sendiri dengan menyatakan UMNO kini sudah berubah. Jangan tipulah. Aspirasi dan perubahan yang dikehendaki rakyat sebenarnya jauh panggang dari api untuk dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Kebanyakan pemimpin Barisan Nasional dan UMNO hari ini terlalu ego, tidak beramanah dan sanggup menggadaikan moral dan etika untuk kekal berkuasa. Ramalan rakyat macam kami, pemimpin-pemimpin UMNO melalui SPR pasti akan melaksanakan persempadanan semula. Kawasan-kawasan yang pengundinya menyokong Pakatan Rakyat pastinya akan dikurangkan, maka akan adalah YB-YB daripada Pakatan Rakyat yang tidak dapat bertanding dalam PRU akan datang. Sebaliknya kawasan-kawasan UMNO dan Barisan Nasional seperti Sabah, Sarawak, Johor dan beberapa negeri lain pasti akan diperbanyakkan kawasan adun atau parlimen untuk membolehkan mereka berkuasa semula. Inilah perubahan yang akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Tetapi dalam masa yang sama perubahan inilah yang amat menjijik dan memuakkan rakyat. Sikap PDRM, SPRM, SPR, sistem kehakiman dan pelbagai agensi kerajaan yang diperalatkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terus menadapt perhatian umum. Segala tindak tanduk mereka akan diperhatikan. Sikap dan tindakan mereka jika berhadapan dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional macam mana? Demikian juga ketika agemnsi-agensi ini berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Rakyat tidak dapat lari daripada fitrah yang Allah anugerahkan kepada mereka. Fitrah manusia yang inginkan keamanan, kejujuran, amanah dan beretika. Bukan seperti yang diamalkan oleh pemimpoin-pemimpin UMNO hari ini.

Sebenarnya, kelemahan dan ketidakadilan yang berlaku ini jika diakui oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional secara jujur dan dalam masa yang sama cuba berusaha memperbetulkannya dengan penuh iltizam dan kesungguhan, saya percaya generasi muda UMNO macam saya tidak akan lari menyokong parti lain. Bahkan generasi muda yang rata-ratanya menyokong Pakatan Rakyat akan mengubah sokongan mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Tetapi apa yang saya lihat dan perhatikan, pemimpin-pemimpin UMNO tidak berusaha m,engubah fenomena ini sebaliknya merelka cuba menyembunyikan pelbagai kebusukan dan kebobrokan mereka dengan menindas dan bertindak agresif terhadap mereka yang mendedahkan pekung mereka. Contoh terbaik ialah kes liwat DSAI. Kal;au ada yang percaya terhadap tuduhan liwat Saiful Bukahri ini, bermakna mereka adalah antara orang yang bergantung hidup kepada parti UMNO. Periuk nasi mereka dalam kawalan pemimpin-pemimpin UMNO. Tapi bagi kami yang tidak terikat dengan pelbagai jawatan, pangkat dan projek UMNO tidak akan bersikap demikian. Satu sen pun kami tak percaya. Pendakwaan liwat kali kedua terhadap DSAI, hanya mencipta ruang kebencian rakyat kepada UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. UMNO sengeja melepaskan peluang memperbaiki segala kebobrokan dan kebejatan hario ini. Gagal mempbaiki perkara ini bermakna UMNMO dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sengeja melepaskan sokongan rakyat kepada mereka. Mereka tidak harus gusar dengan pelbagai pendedahan pihak pembangkang, kerana pendedahan itu merupakanm ruang dan peluang untuk meraih sokongan rakyat.



Sekian wassalam. Wallahualam bisawab.

Tuesday, March 9, 2010

SEDARKAH WAHAI BANGSAKU ...... MELAYU atau MALAYU ????

Di sini bumi bertuah. Segala macam banga ada. Dari Melayu , Cina , India , Indon, Filipino , Bugis , Banjar , Bang La , Siam , Tator dan tidak ketingalan Om datang mencari rezeki .

Semua di atas belum masuk lagi Mat Saleh , Portugis , Sepanyol , Jepun , Jerman dan "Awang Hitam" atau Negro. Berduyun-duyun datang memenuhi KLIA. Untuk apa? Mencari rezeki sah atau tidak sah. Jual dadah , jual perempuan , rompak , bunuh . Itu antara punca rezeki di negaraku oh Malaysia.


Betapa mudahnya mencari rezeki di negaraku oh Malaysia. Punca rezeki begitu banyak tetapi masih ada yang makan nasi berulam air sehari sekali. Pembungkus kaki koyak-rabak ke sekolah. Gigi kuning tidak diberus berbulan atau mungkin bertahun. Masih ada lagi rakyat negaraku oh Malaysia kais pagi makan petang. Hidup untuk makan.

Kenapa jadi begini ? Salah siapa ? 50 tahun sudah merdeka beb !

Di mana pemimpin yang anda undi untuk membela nasib anda ? Nak undi datang beri itu-ini untuk mengumpan. Lepas undi tinggal rakyat terkapai-kapai. Bila rakyat bersuara sedikit , pemimpin cakap " Rakyat tidak berterima kasih pada pemimpin". Bodohlah , kita yang undi pemimpin kita pulak yang perlu berterima kasih kepada pemimpin. Minda rakyat telah berjaya dibengkokkan oleh pemimpin konon.

Pemimpin atau Yang Berhormat rasanya perlu dilurus kembali bengkokkan yang dihasilkan.
Yang Diundi atau Yang Dipilih itu yang lebih SESUAI.

Pemimpin telah membantu rakyat menyedia prasarana, menyedia peluang pekerjaan sektor awam dan swasta dan pelbagai lagi bantuan yang telah pemimpin sediakan. Nah apa lagi. Wahai rakyat , buat apa kamu mengundi pilihan kamu jika dia tidak menyedia semua itu. Iu sudah tanggungjawabnya. Jadi tak perlulah nak berterima kasih pada dia. Kita yang pilih dia supaya dia buat kerja. Betul tidak ? Jika dia tidak buat kerja buat apa kita pilih dia.

bersambung bhgn 2

Monday, March 8, 2010

Benarkah UMNO sudah berubah?

TPM mencanangkan dgn bangga UMNO sudah berubah. Benarkah UMNO sudah berubah? UMNO berubah dari sudut mana? Sebagai ahli UMNO akar umbi saya tidakpun merasakan perubahan UMNO yang dicanangkan oleh TPM itu. Yang saya lihat rakyat biasa semakin benci terhadap pemimpin UMNO? Pemimpin-pemimpin UMNO patut buat kajian kenapa wujud pelbagai persepsi serong terhadap mereka? Yang saya nampak pemimpin-pemimpin UMNO hari ini masih tidak sedar diri, mungkin kerana mereka sudah terlalu lama duduk di atas.

Sebagai ahli UMNO biasa yg tidak terikat dengan pangkat dan projek-projek, perubahan yang kami hendakkan ialah:

1. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak harus mencampuri agensi-agensi kerajaan seperti Polis, SPRM, kehakiman, Pendidikan dan seumpamanhya.

2. Pemimpin-pemimpin UMNO perlu lebih telus, bermoral dan beramanah. Melaksanaklan apa yang diperkatakan. Contohnya, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tetapi dalam masa yang sama harga barang naik, minyak naik, kos hidup naik, pelbagai subsidi diperkenalkan, tetapi rakyat tetap juga menderita.

3. Pemimpin-pemimpin turun padang bukan bermakna pemimpin-pemimpin sahaja turun dan lihat penderitaan rakyat tetapi tiada usaha yang dilakukan. Insyallah dalam post yang akan datang saya akan paparkan gambar-gambar rumah ahli-ahli UMNO akar umbi di kampung saya. Rumah mereka amat daif. Kalau pemimpin tak turun pun tak apa, yang penting kebajikan rakyat terjaga. Itu yang penting.

Sunday, March 7, 2010

Manisnya Senyuman MU


Adakah ini senyuman paling manis ? Mungkin juga bagi pemunya yang tidak perlu memikirkan hal-hal dunia. Yang penting apa nak makan ?

Krisis Air Berlaku lagi?


Asalamualaikum semua.

Krisis air muncul lagi. Pasti lepas ini akan ada catuan air. Di pihak rakyat dan penduduk yang terlibat dalam krisis ini akan berjimat cermat, mereka akan menggunakan air mengikut keperluan. Di pihak kerajaan dan ahli-ahli politik pula akan mencanangkan kepada umum pelbagai langkah untuk mengatasi masalah ini. Malah ada antara perancangan tersebut yang menakjubkan. Hati kita pun rasa senang dan seronok, betapa prihatinnya kerajaan. Betapa orang-orang politik mengambil berat kebajikan rakyat.Betapa rakyat didahulukan. Tetapi bila krisis tersebut berakhir maka segala cadangan, langkah dan pelbagai idea semasa krisis tersebut hanya tinggal sekadar perancangan di atas kertas. Tiada tindakan diambil untuk menjayakannya. Akhirnya apabila krisis air terjadi lagi, maka penduduk tersebut sendirilah yang menyelesaikannya dan sekali lagi kita mendengar pelbagai rancangan diutarakan oleh pelbagai pihak. Semamangnya melahirkan idea dan perancangan memang baik tetapi ia tidak akan bermakna kalau pelaksanaannya sekadar retorik semata-mata.

Oleh kerana itu, pihak kerajaan yang memegang segala kuasa dan sumber negara harus menangani masalah air ini secara serius kerana air ialah nadi kehidupan rakyat. Kerajaan atau mana-mana pihak tidak seharusnya menuding jari dengan menyatakan bahawa musim kemarau yang menjadi punca krisis air sedangkan Malaysia menerima purata taburan hujan sebanyak 3,000 milimeter setahun. Justeru, soal menanggung kekurangan air akibat kemarau tidak harus timbul jika sejak 50 tahun lalu kerajaan yang memegang kuasa dan segala sumber negara belajar daripada pengalaman masa lalu.

Kerajaan Malaysia hari ini perlu belajar daripada kerajaan Indonesia yang menggunakan dua sistem bekalan air iaitu sistem pam dan bekalan air bawah tanah. Kalau air sungai cetek maka bekalan air bawah tanah tanah digunakan. Oleh kerana itu tidak pernah kedengaran Indonesia mengalami masalah air sejak dahulu. Kerajaan yang menerajui negara itu bertukar ganti tetapi bekalan air tidak pernah menjadi masalah.

Hari ini dapat dilihat bahawa kerajaan hanya akan mengambil tindakan atau melaksanakan sesuatu perancangan dengan cepat jika sesuatu program atau perkara itu akan menguntungkan mereka. Menguntungkan parti. Jika tidak jangan harap. Justeru, slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan hanya wujud sebagai retorik semata-mata. Wallahualam bisawab.

Maybank2u-account.com email BODOH !!!!

Hati-hati kepada sesiapa yang dapat email palsu ini. Jika dapat terus delete ja.

Dear Valued Customer,

We conduct maintenance of our servers periodically to ensure the maximum efficiency of the portal. During our scheduled account maintenance, we discovered a serious problem with your account security.

For security reasons, access to your account has been restricted. To avoid permanent deactivation of account, your immediate response is required to restore access to your account by following the below secured location.

http://www.maybank2u-account.com/


Thank you,

Maybank Group

. Ni satu lagi email BODOH dari server Mat Indon

Saturday, March 6, 2010

Sedut mp3

Nah... bagi sesiapa yang suka cari lagu-lagu mp3 boleh pilih senarai di bawah ini.

1. http://www.musik.am/news.html
2. http://vmp3.eu/
3. http://themes.stumpnet.net/
4. http://www.unity303.com/mp3/
5. http://audiozen.us/mp3/
6. http://www.mp3fusion.net/ftp/
7. http://christopherrpelly.myknet.org/Music/
8. http://www.anal0g.org/_aa_/
9. http://www.hav.com/junk/
10. http://209.142.155.49:8080/music/
11. http://tateam.free.fr/
12. http://ab.refcoord.com/
13. http://joebien.com/muz/Muz/
14. http://media.soundfixrecords.com/music/
15. http://papag.co.cc/music/