Friday, July 30, 2010

Imam Muda .... satu ideal islamik pada asas yang bukan islamik




Tahniah kepada rancangan pertama seumpanya "IMAM MUDA" terbitan astro.

Rancangan yang menjadi perhatian seluruh umat islam seantero dunia ini sebenarnya membawa seribu satu erti kepada masyarakat islam.

Pertama , jika dilihat dari peserta Imam Muda , semuanya mahir berbahasa arab. Jika kita lihat dari suatu sudut betapa berkualitinya modal insan yang dilahirkan dari asas sekolah agama. Imam Muda mampu memberikan jawapan spontan yang jelas tanpa ragu-ragu dan bernas berdasarkan dalil naqli dan aqli.

Bagaimana sekolah agama kebanyakkan adalah sekolah agama rakyat yang serba kekurangan melahirkan modal insan yang benar-benar berkuali seperti Imam Muda ? Jawapannya mudah. Tiada program yang "MENGARUT" disekolah agama yang mengganggu gugatp roses pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah agama.

Guru atau ustaz / ustazah dapat memberikan pendidikan berkualiti di dalam kelas kerana mempunyai masa persediaan yang mencukupi sebelum memasuki kelas. Sesi P & P berlangsung dengan berkuali. Tiada pun jawatan guru cemerlang pada zaman Imam Muda sersekolah. Tiada guru yang hebat , semua guru sama gelaran memberikan pendidikan terbaik buat anak bangsa.

Hasilnya adalah Imam Muda yang merupakan segelintir golongan hebat sentuhan pendidik tanpa gelaran "GURU CEMERLANG" tetapi melahirkan "INSAN CEMERLANG". Tahniah buat guru / ustaz / ustazah dari sekolah agama.

Kedua , rancangan muda terbitan sebuah syarikat monopoli dimana taukehnya merupakan seorang bukan islam. Mari kita merenung , sebuah syarikat kepunyaan orang bukan islam mampu menghasilkan sesuatu yang hebat bercirikan islam dibandingkan dengan stesen tv milik kerajaan yang mengaku kerajaan islam tidak tercapai status mindanya untuk menghasilkan suatu rancangan yang hebat seperti ini. Amat memalukan, hampir semua pak Menteri Peneranganya beragama islam. Tetapi yang mampu difikirkan mindanya hiburan dan sogokan politik meloyakan.

Islam itu indah.

Monday, July 26, 2010

Parti UMNO atau Pemimpin UMNO yang perlu berubah?

Sejurus selepas dinobatkan sebagai presiden parti, Najib dalam ucapan sulungnya berjanji akan melaksanakan perubahan besar terhadap parti agar parti tersebut terus relevan kepada rakyat. Sebagai pemerhati dan juga ahli parti, saya tertunggu-tunggu pelbagai perubahan yang akan dilaksanakan Najib. Saya kira Najib akan lebih mesra rakyat dan telus untuk melonjakkan sokongan rakyat kepada parti itu yang dilihat semakin merudum. Namun, hingga hari ini sebenarnya tiada apa-apa perubahan yang dilakukan oleh Najib, yang boleh menarik semula masyarakat untuk menyokong UMNO. Bagi saya Najib atau Pak Lah sama sahaja. Cakap ikut sedap mulut mereka sahaja. Hakikatnya mereka tidak mampu lagi mengubah UMNO dan budaya UMNO. Sebagai ahli akar umbi, perubahan yang kami perlukan ialah;

1. Pemimpin-pemimpin mengamalkan nilai-nilai amanah seperti jujur, telus dalam perbelanjaan, tidak berdolak-dalik, tidak hipokrit dan yang lebih penting ialah kembali kepada agama Allah. Dalam konteks ini, Najib perlu melakukan pelbagai program agama dan kerohanian bukan untuk rakyat tetapi untuk pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Persepsi rakyat ialah pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan hari ini ialah mereka kerap melanggar hukum-hakam agama. Pemimpin-pemimpin hari ini tidak berasa berdosa apabila melakukan pelbagai kejahatan- rasuah berleluasa, penyelewengan menjadi amalan biasa. dan sebagainya.
Bila pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sudah berakhlak maka ilmu dan amalan keagamaan perlu pula diperluaskan kepada ketua-ketua jabatan khususnya PDRM, SPRM, SPR, Kehakiman dan sebagainya. Agensi-agensi ini sudah tidak lagi dipercayai oleh rakyat. Pengamalan agama akan membolehkan mereka bekerja secara adil, telus dan tidak mudah diperalatkan oleh pemimpin-pemimpin atau mereka yang berkepentingan. Kebencian yang membuak-buak terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini adalah disebabkan manipulasi pemimpin UMNO dan kerajaan terhadap agensi-agensi ini.

2. Pemimpin-pemimpin perlu mempertimbangkan kebajikan rakyat apabila melaksanakan sesuatu dasar. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, rakyat hendaklah diutamakan dalam segala urusan pentadbiran dan juga perbelanjaan. Rakyat perlu dibela secara ikhlas. Bukan cakap lain buat lain seperti yang dilakukan Najib hari ini. Kata rakyat diutamakan tetapi harga petrol dan gula dinaikkan. Kemudian dicanangkan kepada rakyat pula kononnya gula perlu dikurangkan untuk menjaga kesihatan mereka, Rakyat sihat menjadi keutamaan kononnya, tindakan menaikkan harga gula sesuai dengan slogan rakyat diutamakan. Saya nak tanya pula, harga minyak diesel dan petrol dinaikkan rakyat juga yang diutamakankah? Sedanagkan perbelanjaan harian kami terus meningkat. Belanja beli minyak naik, belanja beli keperluan juga naik. Jadi siapa sebenarnya yang diutamakan oleh pentadbiran Najib hari ini.

3. Bila menyentuh tentang rakyat, yang tergolong sebagai rakyat ialah kakitangan kerajaan, peniaga, pekerja swasta, pekebun, nelayan, petani, dan sebagainya. Oleh itu, melaksanakan sesuatu dasar untuk membantu rakyat maka biarlah dasar itu menyeluruh dan dirasai oleh rakyat keseluruhannya. Tidak seperti hari ini, banyak bantuan untuk rakyat tetapi bantuan itu tidak pun dirasai oleh raklyat. Banyak subsidi itu, subsidi ini tetapi yang menjadi kaya raya ialah orang tengah, tauke-tauke, para cukong dan kroni. Maka wajarlah rakyat tidak mempercayai pemimpin-pemimpin UMNO dan BN hari ini. Jika ada program atau sesuatu dasar, pasti ada terselit niat untuk memperkayakan diri dan keluarga. Demikianlah yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Inilah yang sepatutnya diubah oleh Najib.

4. Najib perlu menyeru dan mencadangkan kepada media arus perdana agar lebih telus dan tidak menyiarkan berita yang bersifat propaganda dan fitnah. Peranan media perdana yang memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin pembangkang hanya menambahkan kebencian rakyat terhadap Kerajaan hari ini. Najib haruslah melihat berita dalam konteks kami rakyat. Mungkin Najib tidak menyedari bahawa rakyat yang dibekalkan dengan nilai dan fitrah sebagai manusia amat membenci fitnah dan putar belit. Sekali dua, mungkin orang percaya, tetapi lama-kelamaan manusia itu akan berfikir secara logik. Mengambil kira pelbagai pertimbangan secara rasional untuk mempercayai apa yang dipaparkan dalam media. Menyedari media perdana seringkali menipu dan memfitnah, kami tidak mahu dan mendengar lagi berita-berita yang berbaur fitnah dan putar belit. Kami takut berkongsi dosa dengan para pemfitnah kerajaan.

Saya sarankan agar Najib mengubah budaya dan amalan pemimpin-pemimpin UMNO dan bukan membuang masa memikirkan pelbagai peraturan baru. Memindah perlembagaan UMNO tidak memberikan apa-apa makna, sebaliknya jika budaya rasuah, tidak beramanah, dan perjuangan yang tidak ikhlas daripada pemimpin-pemimpin UMNO hari ini dapat diubah, saya percaya UMNO tidak perlu lagi mengemis sokongan daripada parti pas. Pas hari ini mendapat sokongan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum kerana sifat beramanah dan bermoral pemimpinnya. Kalau dalam PRU ke-13 akan datang UMNO masih berjaya mengekalkan kuasa, bermakna ada strategi yang jijik dan kotor diamalkan oleh SPR untuk memenangkan BN. Saya sebagai ahli UMNO sudah tidak lagi menyukai pemimpin hari ini apatah lagi mereeka yang bukan ahli.

Monday, July 19, 2010

Tanda-tanda UMNO akan Tumbang PRU-13

UMNO atau Muhyidin yang tidak faham-faham dengan penjelasan beberapa pemimpin Pas bahawa mereka tidak mahu lagi tertipu dengan tipu daya UMNO. Diperlukan bila susah, bila senang dilupakan bahkan dihina golongan ulama ini tidak boleh mentadbir negara. Itulah UMNO dari dulu, tidak berubah-ubah. Najib pula dengan penuh muslihat mahukan kononnya agar Pas menghormati UMNO. Najib sebagai perdana menteri 1 Malaysia, pernahkah menghormati Pas. Kalau Najib menghormati Pas, mengapa royalti minyak dinafikan oleh kerajaan beliau. Kekadang kita rasa lucu, cuak bercampur pelik dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Apakah UMNO sudah tahu bahawa dalam PRU ke-13 mereka akan tumbang maka mereka beria-ia mahu berunding dengan Pas, kononnya demi masa depan Melayu. Tidak cukupkah pemimpin-pemimpin UMNO sahaja yang memikirkan masa depan orang Melayu dan bumiputera yang tak sudah-sudah sehingga ke hari ini. Bukankah selama ini para pemimpin UMNO begitu sombong dan bongkak dengan mengatakan bahawa hanya mereka yang mampu mentadbir negara dengan baik. Kalau Pas yang menarajui negara ini pasti negara akan kucar-kacir. Najib dan Muhyidin sudah lupa agaknya dengan kenyataan-kenyataan mereka semasa pilihan raya umum ke-12 dahulu. Mereka lupa tetapi rakyat macam kami tidak lupa.
Dalam kenyataan lain, Najib dengan sombong mahu berbincang dengan Pas bukan kerana mereka tidak kuat tetapi demi masa depan Melayu. Sebagai rakyat biasa, saya fikir pemimpin-pemimpin hari ini tidak perlulah memikirkan masa depan Melayu atau rakyat Melayu kerana selama ini pun pemimpin-pemimpin UMNO tidak ikhlas. Para cukong Cina juga yang kaya. Dari projek kelas F hingga A, kebanyakannya diserahkan kepada tauke-tauke cina. Kontraktor bumiputera yang dilabel kelas F dapat komisen sahaja. Lihat berapa Melayu dan bumiputera yang sudah kaya raya. Kalau betul nak perjuangkan Melayu, naikkan gaji kakitangan kerajaan. Kebanyakan mereka yang menjadi kakitangan kerajaan adalah Melayu. Kalau nak bantu Melayu secara ikhlas, ringankan beban mereka. Ini tidak berapa kali minyak naik, barang naik tetapi gaji kakitangan kerjaan begitu-gitu juga. Ikhlaskah kerajaan hari di mata kami? Tepuk dada tanya selera. Harap pemimpin hari bermuhasabahlah.

Sunday, July 18, 2010

Malaysia Oh Malaysia.

Apa sudah jadi dengan negaraku ini Malaysia. Apakah saya harus berbangga dengan pemimpin-pemimpin yang cakap lain buat lain. Kata rakyat didahulukan tetapi nampaknya rakyat terus dibebankan. Dari dahulu beginilah pemimpin kita, cuma waktu itu Petronas masih kaya, banyak duit. Pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu boleh korek duit dari petronas untuk mengenyangkan perut buncit mereka. Maklumlah perut buncit pemimpin kita terlalu besar. Duit yang sedikit seperti yang dimiliki rakyat tidak cukup untuk mereka. Hari ini pendapatan petronas sudah susut, kayu balak di Sabah dan Sarawak pun sudah habis, apa lagi hasil negara yang boleh dimanfaatkan oleh mereka untuk menampung keperluan hidup pemimpin kita. Bila sumber semulajadi mula berkurang mulalah mereka memikirkan pelbagai cara untuk mengaut keuntungan dari rakyat. Mula dengan dasar penswastaan Mahathir. Dasar yang boleh mengenyangkan perut-perut boroi pemimpin-pemimpin kita.
Hari nak swastakan apa lagi? Takkan nak swastakan Jabatan Pendidikan, caranya naikkan cukai, naikkan minyak, luluskan lesen judi "halal" (halal dalam konteks pemimpin UMNO) dan pelbagai lagi dasar yang membebankan rakyat. Tahniah kepada Najib kerana slogan rakyat didahulukan sudah tercapai. Memang rakyat yang didahulukan untuk mengikut perut, menderita dan menerima beban akibat keborosan mereka.

Tuesday, July 13, 2010

BN Kekal Berkuasa Meski Rakyat Meluat

Askm semua. BN pasti akan kekal berkuasa selepas PRU-ke 13 meskipun rakyat sudah cuak dan meluat. Mereka akan kekal berkuasa bukan kerana rakyat suka atau mengundi mereka sebaliknya kerana perbuatan jijik dan manipulasi terhadap agensi-agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM dan pelbagai lagi agensi lain. Jadi siapa yang berhasrat hendak menukar kerajaan Be End jangan mimpilah... Saya pasti pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan pelbagai cara yang jijik dan kotor untuk kekal berkuasa. Mereka akan menggunakan pelbagai cara yang tidak kita jangka untuk kekal berkuasa. Mereka tahu untuk memudahkan mereka menggunakan pelbagai cara jijik dan kotor serta tidak mematuhi etika dan moral, DSAI perlu dihumban dahulu ke Sungai Buluh sebelum PRU ke-13. Ini kerana hanya Anwar IObrahim yang mampu menjangkakan taktik kotor mereka. Maklumlah Anwar Ibrahim sudah masak dengan tipu helah pemimpin-pemimpin BN. Rakyat mudah ditipu dan diputar belit tetapi pemimpin seperti DSAI sukar mereka perbodohkan.
Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa kerajaan dan pemimpin di beberapa buah negara di dunia ini sentiasa bertukar, sedangkan Malaysia BN tidak pernah ditukar-tukar sejak merdeka walhal perkhidmatan mereka kepada rakyat amat teruk. Jika direnung secara mendalam mesti ada sesuatu yang tidak kena. SPR tidak boleh diharap. Mereka tidak telus. Mereka mudah diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin BN. Jika pembangkan tidak mengusahakan agar SPR perlu diberi pengjaran, saya fikir sampai bila-bila pun BN tidak mungkin akan dapat ditumbangkan, Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat untuk menidakkan penyelewengan BN ini.

Monday, July 12, 2010

Kemenangan Sepanyol Menjadi Kenangan Manis kepada peminat Bola Sepak sebaliknya Kekalahan UMNO dan BN akan menjadi kenanagan Manis kepada Rakyat Malay

Kemenangan Sepanyol adalah suatu kemenangan yang amat manis kepada peminat bola sepak dunia. Kemenangan itu memang tidak dijangka. Saya meminati corak permainan Sepanyol tetapi saya geram kerana barisan penyerang mereka tidak berbisa. Dalam keadaan pasukan-pasukan yang menjadi pilihan tumpas satu demi satu, Sepanyol terus melakar sejarah yang manis dalam kejohanan tersebut.
Kemenangan manis Sepanyol itu saya harap akan berlarutan dalam pilihan raya ke-13 kelak jika Pakatan Rakyat mampu menawan Putera Jaya. Sebagaimana bosannya saya melihat kelibat pasukan-pasukan besar seperti Brazil, German, Argentina dan beberapa pasukan ternama beraksi di final, begitulah juga betapa bosannya saya dan rakyat jelata melihat dan bernaung dibawah kerajaan yang sama sejak berpuluh tahun. Kebencianb kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerana penyelewengan dan sikap putar belit mereka. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pemimpin-pemimpin BN hari ini khususnya UMNO masih menganggap bahawa rakyat terlalu bodoh dan dungu. Mudah dibohongi.
Sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang walaupun kadang-kadang remeh tetapi liputan dan komen pemimpin BN amat meluas. Mereka sengeja mengada-ngada. Sikap mereka amat membosankan. Mereka sepatutnya tdk perlu melatah jika apa yang didakwa itu palsu.Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini perlu mengambil iktibar dari daripada sikap dan tindak-tanduk pemimpin BN hari ini. Kebanyakan pemimpin BN hari ini tidak ikhlas mentadbir negara, tidak ikhlas membantu dan membangunkan rakyat. Mereka ada perjuangan tersirat. Perjuangan mengenyangkan perut sendiri, keluarga dan kroni. Setiap dasar yang dibuat pasti ada udang di sebalik batu.
Jika keputusan dalam PRU ke-13 akan datang tidak dijangka dengan kemanangan besar kepada Pakatan Rakyat, sudah pasti keputusan itu kelak akan mencatat sejarah baru dunia sebagaimana Sepanyol melakar sejarah menjuarai Piala Dunia. Hal ini kerana catatan sejarah hari ini amat membosankan, setiap kali pilihan raya BN menang dengan majoriti melebihi 2/3. Kecuali PRU ke-12 bilamana majoriti 2/3 BN dinafikan maka mengelebahlah pemimpin-pemimpin BN khususnya pemimpin-pemimpin UMNO.
Saya sering kali berfikir mengapa negara-negara lain begitu mudah menukar kerajaan. Pemimpin-pemimpin mereka pula adakalanya meletakkan jawatan secara sukarela. Gejala ini dapat di lihat di negara Jepun. Tetapi di Malaysia keadaan demikian tidak berlaku, bukan kerana rakyat setia kepada parti pemerintah maka kerajaan BN terus kekal. Sebaliknya banyak agensi kerajaan seperti PDRM, SPR, SPRM dan kehakiman yang sering kali berpihak kepada UMNO dan BN. SB yang kononnya berkecuali sering kali menjadi alat pemimpin-pemimpin BN untuk membuat kajian tentang sokongan rakyat kepada mereka. SPR pula berat sebelah dan berpihak kepada BN dan UMNO. Demikian juga agensi-agensi lain. Rasuah dalam pilihan raya berleluasa tetapi SPR tutup mata sahaja.
Semua gejala dan perkara tersebut menjadi kebencian rakyat. Justeru jika BN kalah dalam PRU ke-13 kelak, kekalahan itu pasti akan menjadi kenangan manis kepada rakyat jelata.

Sunday, July 4, 2010

UMNO SEHINGGA HARI INI BELUM NBERUBAH

Saya setuju dengan pandan MSO agar pemimpin BN tidak perlu sibuk memburukkan pihak pembangkang sahaja. Tindakan ini amat memuakkan.Saya ahli UMNO dari dahulu hingga kini, tetapi sejak 2 tahun lalu saya sudah muak dgn kerajaan hari ini. Bagi saya UMNO dan kerajaan khususnya pemimpin-pemimpin tidak perlulah membuang masa mengutuk dan memburuk-burukkan pembangkang. Ada baiknya kerajaan menumpukan usaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat, membantu menambahkan pendapatan mereka. Kakitangan kerajaan misalnya sudah lama sejak Pak Lah menaikkan harga minyak tidak berpuas hati dengan kerajaan yang ada hari ini. Bila difikirkan mengapa ini berlaku, sudah pastilah kuasa beli mereka sudah merosot manakala harga barang meningkat. Kerajaan asyik membantu golongan miskin tetapi dalam masa yang sama hidup kakitangan kerajaan semua kategori terasa terhimpit. Gaji mereka masih ditakuk lama. Dalam keadaan begitu pemimpin pula sibuk memburuk-burukkan pembangkang. Sudah pastilah kebencian terhadap kerajaan bertambah-tambah. Bila pemimpin dikutuk kerana isu-isu tertentu, rakyat akan cuba mencari fakta tentang isu itu. Dan dalam kebanyakan isu yang dikaitkan dengan pembangkang, ternyata pihak kerajaan semacam berbohong, memutarbelitkan fakta. Anwar hipokrit dengan memohon maaf kepada yahudi kerana menggunakan istilah zionis misalnya. Isu itu rakyta tdk kisahpun, tetapi bila kerajaan besar-besarkan, saya berusaha mencari pula teks asal ucapan Anwar dalam media US dan ternyata saya boleh labelkan pemimpin-pemimpin BN ini tidak faham atau berpura-pura tidak faham atau sengeja memutarbelitkan fakta yang mereka sebenarnya faham. Semacam pemimpin BN amat dungu dengan kehendak rakyat hari ini. Bukan propaganda atau putar belit yang kami mahu. Kami mahu beban kami diringankan dan dalam masa yang sama kami mahu juga kebenaran. Kami mahu pemimpin yang jujur. Pemimpin yang ikhlas. Bukan menyalahtafsirkan kenyataan pihak yang menjadi seteru mereka. Isu felda itu pun, isu yang remeh. Kalau tidak betul, jangan buang masa dengan mensensaikannya dalam media. Tunjukkan pengurusan kewangan felda selama ini. Telus atau tak. Rakyat tidak mudah menerima dengan mudah sesuatu perkara dengan menggunakan undang-undang dan kuasa semata-mata supaya kenyataan kerajaan itu benar dan kenyataan pemimpin pembangkang itu bohong. Dunia sudah berubah. Persepsi rakyat selama ini ialah kerajaan dan pemimpin-pemimpin sudah terlalu banyak berohong. Pemimpin-pemimpin hari ini tidak ikhlas negara. Semua yang mereka lakukan berkiblatkan kepentingan diri. Apa yang pemimpin buat ialah buktikan bahawa mereka ikhlas. Buktikan dengan perbuatan dan tindakan yang diharapkan oleh rakyat. Bukan menekan pemimpin pembangkang. Semakin pemimpin pembangkan ditekan, semakin benci rakyat terhadap kerajaan. Terserahlah kepada pemimpin UMNO dan BN. Bagi saya, sudah lama saya meninggalkan UMNO walaupun saya tidak pernah mengisytiharkan keluar parti.

Wallahualam bisawab.