Tuesday, September 28, 2010

Bersua Kembali Dengan Pelbagai Isu Menggamit Negara

Assalamualaikum. Setelah hampir sebulan blog ini tidak dikemas kini, kini tergerak pula hati untuk menulis. Dalam waktu bertenang hampir sebulan tersebut, pelbagai peristiwa berlaku. Peristiwa yang paling besar ialah Pembunuhan usahawan jutawan Datuk Sosilawati. Peristiwa ini sebenarnya adalah sebahagian daripada ketentuan Allah Subahana Wata'ala. Namun dari sudut lain peristiwa itu mencerminkan betapa gagalnya pasukan PDRM menjaga keselamatan maysarakat di negara ini. Anggota PDRM hari ini kebanyakannya sibuk dengan perkara-perkara yang bukan menjadi tugas mereka. Anggota PDRM hari ini misalnya sibuk memanatau aktiviti pemimpin-pemimpin pembangkang sehingga lalai terhadap tugas utama mereka. Bila sesuatu perkara sudah berlaku barulah mereka sibuk. Bak kata pepatah sudah terantuk baru tengdah. Saya harap pihak polis memberikan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Bukan menjadi alat kepada parti-parti tertentu.


Dalam tempoh sebulan juga, KPN negara ditukar. Ini merupakan berita baik kepada rakyat yang selama ini tidak berpuas hati dengan prestasi KPN, Musa Hassan. Beliau dikaitkan dengan pelbagai perkara yang bertentangan dengan tugas beliau sebagai orang nombor satu menjaga keselamatan negara dan rakyat. Judi haram yang berleluasa di seluruh negara dikaitkan dengan beliau, walaupun beliau cuba menafikannya. Persepsi negatif rakyat terhadap beliau memang agak rasional. Hal ini kerana jika KPN tidak terlibat, mengapa beliau tidak bertindak tegas terhadap judi-judi haram yang terdapat di seluruh negara. Bahkan bukan menjadi rahsia lagi kepada umum bila para cukong judi tidak takut kepada polis di sesuatu daerah. Bahkan dengan berani ada cukong judi yang mendakwa bahawa bos polis di daerah itu mereka bayar antara RM3,000 - RM5,000. Jika dakwaan ini benar, maka pihak berkuasa khususnya kerajaan hendaklah mengambil tindakan yang wajar membanteras gejala tidak sihat ini.

Dua tiga hari lalu, setelah hampir dua minggu tidak menonton berita arus perdana, kerana pada saya berita-berita yang disiarkan dalam media arus perdana itu amat membosankan. Terlalu banyk berita politik. Kebanyakan berita politik itu pula hanya memburuk-burukkan pemimpin pembangkang khususnya Anwar Ibrahim. Dan salah satu sedutan dalam berita itu telah menarik minat saya untuk membuat rujukan daripada sumber lain. Dalam media perdana dinyatakan bahawa pengasas Virgin Group Founder Sir Richard Branson menyatakankan kononnya tindakan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan pemimpin negara dilluar negara menyebabkan pelabur takut melabur di Malaysia. Jika dibaca sepintas lalu, memang kita akan percaya. Mujurlah hari ini bukan macam tahun 80-an bila mana media perdana menjadi sumber utama rakyat. Bila merujuk internet, ternyata berita yang dipaparkan dalam arus perdana itu tidak benar dan diputar belit. Yang sebenarnya Sir Richard Branson menyatakan bahawa konspirasi liwat Datuk Seri Anwar telah mencalarkan imej negara di mata pelabur. Mereka takut melabur di Malysia kerana takkut tidak mendapat keadilan di mahkamah Malaysia yang keputusannya kebanyakannya dipengaruhi oleh kerajaan pemimpin UMNO. Beliau merujuk kepada kes sebuah syarikat yang telah mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia tetapi kalah namun bila kes itu dibawa ke mahkamah Singapura, syarikat tersebut telah memenangi kes itu dan kerajaan Malaysia terpaksa membayar tuntutan syarikat tersebut. Ketidaktelusan mahkamah di Malaysia ini menakutkan pelabur melabur di Malaysia. Inilah perkara sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Sir Richard Branson tetapi diputarbelitkan oleh media perdana. Yang anehnya, pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional telah mengulas isu tersebut secara meluas seolah-olah perkara yang disebutkan itu benar dan sahih. Ternyata pemimpin-pemimpin hari ini juga bersubahat memutarbelitkan sesuatu perkara. Kebenaran sesuatu maklumat tidak penting, yang penting bagi mereka ialah rakyat akan menganggap jijik dan serong terhadap Anwar Ibrahim. Kemelesetan ekonomi Negara dan kurangnya pelaburan di Negara ini adalah kerana susuk Anwar Ibrhaim. Namun tanggapan pemimpin-pemimpin dan penulis-penulis ini jauh meleset. Jika mereka masih menganggap rakyat jumud dan cetek fikiran, rakyat masih seperti katak di bawah tempurung. Mereka boleh ditipu dan disogokkan berita yang tidak benar dan sahih. Ternyata perkiraan politik mereka amat merugikan mereka sendiri. Rakyat hari ini adalah rakyat yang bermaklumat. Mereka tidak lagi begitu mudah menelan bulat-bulat apa yang disogokkan kepada mereka.

Oleh kerana itu, jika sehingga PRU ke-13 teknik dan strategi pemimpin-pemimpin dan penulis-penulis media kerajaan tidak berubah, saya pasti rakyat tidak lagi akan menonton TV 1,TV2, TV3 dan beberapa stesyen televisyen yang prokerajaan pada masa akan dating. Hari ini pun ramai rakyat di luar sana yang melabelkan media arus perdana sebagai media penipu dan media putar belit. Kini rakyat boleh menonton TV pas, tv Selangor dan sebagainya melalui internet. Saya harap pemimpin politik khususnya pemimpin kerajaan menggunakan akal yang sihat dan hujah yang benar boleh diterima akal untuk meraih sokongan rakyat. Berbohong sekali, mungkin orang boleh terpedaya, tetapi jika pembohongan itu berterusan akhirnya kelak tidak akan ada sesiapa pun yang percaya. Pemimpin tidak perlulah memaksa rakyat untuk mempercayai mereka dengan memutarbelitkan fakta dan maklumat kerana hari ini sebahagian besar rakyat adalah rakyat yang bermaklumat.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.



Raya menjelang lagi, saya cuba menahan diri menulis sempena bulan puasa ini kerana biasalah tulisan saya penuh dengan kritikan dan cemuhan. Sebagai rakyat yang daif dan tiada kedudukan, banyak perkara yang menjadikan hati dan jiwa tidak berpuas hati dengan pemimpin-pemimpin khususnya pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional. Kekadang saya terfikir juga kerana saya salah seorang ahli parti yang menyertai komponen BN, namun kebanyakan tulisan saya cenderung menghentam kebobrokan dan kebejatan kepimpinan mereka. Oleh kerana itu, sempena menjelangnya Hari Raya ini, kepada mereka yang tersinggung dan tersentuh dengan tulisan saya, saya mohon ampun dan maaf. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.