Friday, October 29, 2010

Elak Jadi Mangsa Dari Pemangsa !!!

 Masih tatap ku sokong !!!!

Salam sejahtera semua warga Malaysia mauhupun warga negeri Sabah. Terpanggil semula diriku untuk merencanakan apa yang dilihat kepincangan pada masyarakat bertamadun di Malaysia.

Musim mengundi tiba lagi, pertama DUN Galas dalam negeri Kelantan dan Parlimen Batu Sapi dalam negeri Sabah.Apa yang ingin dikupas ialah melihat bagaimana masyArakAt di kedua-dua kawasan telah di gula-gulakan oleh B end.

Di Sandakan ,kebanyakkan rakyat hidup miskin malah masih ada yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang telah dibawa ke kancah permainan politik B end. Media elektronik setiap malam menyiarkan kempen demi kempen yang dilakukan oleh B end untuk memenangi hati masyarakat Batu Sapi dengan calonnya yang BAHASA MELAYU pun tidak berapa fasih. Hidup di negarakuohmalaysia berpuluh tahun tetapi BAHASA MELAYU pun masih tidak fasih menjadi calon pilihan B end. Fikirkanlah wahai pengundi yang bijaksana. Bagaimana orang begini ingin berkhidmat kepada anda ??? Bagaimana hidupnya sebelum ini ?? Bagaimana hidupnya selepasnya ini ?? Fikirkah wahai rakyat Sandakan.

Setiap malam media menunjukkan rumha-rumah di Sandakan terutama rumah di atas air menggantung bendera kati berwarna biru. Sedarkah wahai pengundi Batu Sapi. Sejak merdeka dengan parti B end memerintah negara anda , anda tetap tinggal di atas air ???? Apa yang anda ada hasil pemerintahan masukk poket sendiri parti B end ? Ya betul anda boleh bersekolah ada kemudahan api , air dan pelbagai. Betul aka ada kemudahan air ? Tetapiitu sebenarnya adalah hak anda sebagai rakyat dan sebagai pemilih yang memilih pihak untuk berkhidmat kepada anda. Berkhidmat kepada anda selama 50 tahun . Itu sahaja yang anda dapat???

Para pengundi di Batu Sapi, berfikirlah secara matang jangan masih terlena dengan gul-gula celah gigi hadiah dari parti b end. Gula - gula yang diberi tetapi segunung manisan ditelan masuk poket sendiri.Siapa yang rugi anda dan anak cucu anda sampai mati !!!!!!!

Wednesday, October 20, 2010

UMNO;Program Mentransformasikan Politik ?.

" Perhimpunan UMNO kali ini tidak lagi mendapat perhatian seperti sebelumnya. Kalau dahulu, dalam zaman Mahathir- Anwar, kami akan tertunggu-tunggu perhimpunan itu, saya dan ahli-ahli UMNO lain akan mendengar dengan teliti siaran langsung perhimpunan itu. Tapi sejak zaman Pak Lah hingga hari ini, zaman Najib, banyak yang sudah tawar hati. Tidak lagi berminat mendengar ucapan pemimpin-pemimpin yang berapi-api tetapi habuk pun tarak". Demikian komen seorang rakan yang merupakan ahli tegar UMNO tetapi kini beliau cenderung menghentam dan mencemuh pemimpin-pemimpin UMNO. Bila diteliti mengapa beliau bersikap demikian, hal ini disebabkan pemimpin UMNO dalam era Pak Lah dan Najib ini, rakyat kebanyakannya berjuang untuk hidup dengan pelbagai beban yang sengeja ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan. Kenaikan harga minyak, penarikan subsidi dengan pelbagai istilah dan sebagainya tetapi bila ada perhimpunan UMNO, ucapan berkobar-kobar dan berapi-api  untuk membela rakyat tetapi hakikatnya apa yang diucapkan hanya lahir dibibir sahaja. Hanya untuk menyedapkan hati. Realitinya pemimpin-pemimpin masih mengutamakan dasar dan projek-projek yang memberikan keuntungan kepada mereka. Rakyat terus terbeban. Dalam zaman Pak Lah -Najib ini, banyak dasar kerajaan yang hanya menguntungkan bebarapa pihak sahaja. Rakyat terbanyak sama ada kakitangan kerajaan, peniaga, pekerja swasta dan orang-orang kampung terus mengeluh. Mereka masih tidak  memahami kehendak rakyat sebenarnya.
     Program mentransformasikan politik, begitulah tajuk atau mungkin tema perhimpunan kali ini. Memang hebat. Para pemimpin mungkin akan berubah dengan pelbagai usul yang dibincangkan, tetapi biasanya lepas  perhimpunan maka transformasi politik itu  berakhir setakat di situ sahaja. Pemimpin-pemimpin masih ditakuk lama. Mengutamakan kroni, kelompok, keluarga dan sebagainya. Itulah tanggapan umum.  Apa yang dikehendaki rakyat ialah perubahan dari segi sikap dan tindakan. Sikap amanah, jujur serta ikhlas untuk berkhidmta serta membantu rakyat, itulah sebenarnya perubahan yang dikehendaki rakyat terbanyak. Tidak perlulah perkenalkan dasar itu, dasar ini, tetapi kebanyakan dasar itu lebih banyak manfaatnya kepada diri pemimpin itu dan kroni berbanding rakyat. Bila diteliti, banyak yang dibincangkan dan disentuh oleh para perwakilan, tetapi sayangnya, biasanya ucapan itu tidak lebih daripada uasaha untuk memnyedapkan telinga mendengar, pelaksanaanya tetap nul. Kita lihatlah kelak apakah pemimpin-pemimpin UMNO ikhlas untuk berubah?

Monday, October 18, 2010

UMNO Menggalas Harapan Bangsa?

Berdasarkan tajuk ini, tajuk perbincangan yang pernah disiarkan dalam sebuah TV tempatan, seakan-akan memperlihatkan bahawa parti yang bernama UMNO itu baru sahaja ditubuhkan. Dan oleh kerana itu masyarakat Melayu dan Bumiputera terlalu tinggi meletakkan harapan kepadanya untuk membela mereka.?  Tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya. Orang Melayu secara amnya sudah amat kecewa dengan tingakah dan perilaku pemimpin-pemimpin parti ini. Adakah kerana terlalu lama berkuasa, maka pemimpin-pemimpin UMNO sukar membuang mentaliti nepotisme, kronisme,  politikal cantas mencantas, politik wang dan sebagainya yang kebanyakannya negatif di mata rakyat. Banyak dasar yang dibawa dan diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hari ini lebih kepada usaha untuk mencari keuntungan untuk diri dan keluarga. Sekali pun pemimpin-pemimpin UMNO mendakwa bahawa merekalah pejuang sebenar bangsa tetapi hakikatnya merekalah yang sebenarnya yang cuba memperkuda serta memperbodohkan bangsa Melayu dan Bumiputera.
    Satu contoh, pembakuan permohonan lesen kontarktor kelas F misalnya, sejak dahulu saya amt musykil mengapa permohonan kelas F itu dibakukan. Adakah dasar ini sengeja dibuat untuk membolehkan pemegang lesen yang ada yang terdiri dari kroni-kroni untuk mengaut segala projek. Adakah ini matlamatnya? Kalau demikian, saya cadangkan agar kerajaan jangan guna istilah membakukan permohonan. Nyatakan sahaja bahawa lesen kelas F sudah penuh. Sudah tiada kekosongan. Agar mereka yang benar-benar berminat dalam bidang ini tetapi tidak mempunyai modal yang cukup untuk memohon kelas yang lebih besar, melupakan harapan dan hasratnya. Agar mereka tanpa ragu-ragu terus menyokong parti lain yang difikirkan boleh memperkenalkan dasar yang boleh memberikan ruang kepada semua lapisan rakyat tanpa sekatan dan had seperti yang diamalkan oleh kerajaan BN hari ini. Apa agaknya masalah kalau pemilik lesen kontarktor ini banyak jumalahnya. Adakah mereka akan menimbulkan masalah sosial seperti pembunuhan, merompak dan sebagainya? Atau mungkinkah bilangan kontarktor yang sedikit itu mudah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin politik? Mungkin juga kewujudan kontarktor-kontraktor kelas F yang banyak menyebabkan kerja dan peruntukan untuk projek-projek yang besar yang biasanya untuk kroni dan ahli keluarga  terpaksan dipoting jumlahnhya? Inilah agaknya perkiraan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin BN? Menurut seorang kontraktor kelas F, kerja-kerja yang sepatutnya mampu mereka buat seperti membersihkan rumput di bahu jalan raya kini diserahkan pula kepada kontraktor-kontraktor yang lebih besar untuk tempoh yang agak lama. Kekal Mewah dan Lintasan Resource misalnya, diberikan kontrak memotong rumput di bahu-bahu jalan selama 15 tahun. Kerja-kerja macam ini saya fikir lebih daripada mampu dilakukan oleh pemegang lesen kelas F, tetapi kerana atas dasar hendak mengenyangkan perut kroni maka kerja kecil macam itupun diserahkan kepada kontarktor-kontraktor kelas F.
     Nampaknya sebagai ahli UMNO, saya tidak lagi meletakkan harapan kepada UMNO untuk  memperjuangkan nasib kami. Bahkan setiap kali pilihan raya saya sentiasa berharap agar BN dan UMNO tumbang, agar dasar yang merugikan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera ini tidak diteruskan. UMNO sudah terlalu jauh menyimpang daripada perjuangan untuk memakmurkan rakyat. Sebaliknya banyak dasar yang dibuat ada udang disebalik batu. Kalau dasar itu menguntungkan kedua-dua pihak secara seimbang sudah tentunya pihak rakyat boleh memahaminya. Masalahnya keuntungan berlipatganda dioeroleh oleh pemimpin-pemimpin sedangkan rakyat sebaliknya. Saya harap pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlulah berretorik lagi.


Monday, October 11, 2010

Manakah Yang Lebih Penting, Adun Galas atau Parlimen Batu Sapi?

Assalamualaikum. Dalam kekecohan pemimpin UMNO dan Pakatan Rakyat  berdebat secara terbuka tentang perlantikan Kuli sebagai pengarah dan mungkin jadi calon PRK Dun Galas, tiba-tiba kita dikejutkan lagi dengan kematian ahli Parlimen Batu Sapi  mendiang Edmund  Chong Ket Wah ahli Parlimen Batu Sapi. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Jasa beliau tetap akan dikenang. Dari sudut politik, BN dan UMNO sekali lagi berhadapan dengan PRK. Kalau di Sibu,  tanggapan bahawa Sarawak dan Sabah adalah "fix deposit " kepada BN tetapi sebaliknya keputusan tersebut menunjukkan bahawa tanggapan pemimpin BN adalah meleset. Apakah PRK Batu Sapi akan memberikan petunjuk positif kepada BN bahawa sokongan rakyat terhadap BN masih kuat atau sebaliknya? Dilihat dari sudut parti pemerintah kemenangan dalam PRK Batu Sapi kelak adalah lebih penting berbanding Dun Galas. Ahli Parlimen kerajaan yang tidak sampai 2/3 telah merencat persediaan parti pemerintah untuk kekal berkuasa. Kalau penggal -penggal yang lepas, setahun sebelum pilihan raya umum, SPR sudah sibuk membuat analisis untuk melakukan persempadanan semula. Dan persempadanan  semula itu biasanya lebih kepada uaaha untuk memenangkan BN. Apa dalam PRU ke-13 kelak pilihan raya diadakan berdasarkan persempadana semula? Jawabnya, taktik lama itu tidak mungkin  akan berlaku lagi kalau tiada ahli parlimen yang sanggup menjadi katak. Beberapa bulan lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita yang kononnya 14 orang ahli parlimen akan menukarkan  ideologi politik mereka tetapi akhirnya cuma empat orang sahaja yang keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi calon bebas. Jumlah itu sudah pasti tidak mencukupi untuk mencukupkan majoriti  2/3  kerajaan. 10 orang lagi sama ada tidak cukup bayaran atau mereka menyedari bahawa sekiranya mereka menjadi katak maka nilai dan harga mereka akan merudum. Sekali pun  kelak mereka dilelong di pasar Chow Kit dengan harga 1 sen, belum pasti ada yang akan membelinya. Bagi saya karier politik YB-YB katak setelah PRU ke-12 yang lalu pasti akan berkubur perjuangan mereka dalam PRU ke-13 kelak.
     Kerajaan kerap meuar-uarkan bahawa kerajaan hari ini kekurangan wang untuk mentadbir negara. Justeru itu pelbagai subsidi ditarik, harga minyak dinaikkan dan pelbagai lagi tindak-tanduk kerajaan yang kebanyakannya untuk mengutip wang daripada rakyat. Biarlah rakyat didahulukan menderita, asalkan kuasa dapat dikekalkan. Begitulah agaknya prinsip perjuangan Najib dan kerajaannya. Apa tidaknya, kerajaan ada wang untuk membeli YB-YB katak sebaliknya, kerajaan tiada wang untuk membantu meringankan beban rakyat. Kerajaan hari ini ada wang untuk melaksanakan projek-projek besar tetapi kerajaan tiada wang untuk melaksanakan projek-projek kecil yang membabitkan kepentingan  rakyat bawahan. Hal ini kerana nilai undi rakyat bukanlah mahal sangat, setakat RM20-RM150. Manakala YB-YB mempunyai nilai yang tinggi di mata kerajaan. Boleh mencecah jutaan ringgit. Oleh kerana itu setiap kali PRK pemimpin-pemimpin kerajaan sanggup bergadai bergolok untuk memenanginya. Namun, kuasa Allah lebih besar dan Allah lebih mengetahui. Sesungghuhnya, PRK yang kerap sejak PRU ke-12, adalah sebahagian daripada kejadian atau petunjuk bahawa UMNO dan BN sudah terlalu banyak dosa kepada rakyat dan negara. Allah mahu menguji setakat manakah kuasa wang yang dimiliki oleh mereka untuk membantu BN dan UMNO kekal berkuasa. Ternyata kuasa wang yang menjadi sandaran kepada kerajaan UMNO dan BN hari ini mula teruji. Manakah yang boleh memberikan manfaat yang banyak kepada BN? PRK Dun Galas atau PRK Batu Sapi? PRK Dun Galas sebenarnya tidak lebih dari usaha untuk membenamkan karier politik Ku Li. Sama ada BN menang atau kalah di Dun Galas, sebenarnya tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kerajaan Persekutuan kalau adapunn kesannya tidaklah besar tetapi sekiranya Pakatan Rakyat menang di Batu Sapi, pasti kedudukan kerajaan Persekutuan akan goyah. Keyakinan rakyat di Semenanjung bahawa UMNO sedang menuju kehancuran semakin kuat. PRK Sibu sekalipun dengan bantuan SPR, BN tetap kalah. PRK itu menunjukkan bahawa pengaruh BN di Sarawak juga makin merosot sebaliknya keyakinan terhadap Pakatan Rakyat bertambah kukuh. Ini bermakna bahawa peluang BN untuk kekal berkuasa di Sarawak hanya 50%. Janji pembangunan dan kuasa wang tidak selamanya boleh membantu kerajaan. Rakyat hari ini sebahagian besarnya sudah bijak menilai. Oleh kerana itu pemimpin BN perlu berubah sikap. Mereka perlulah ikhlas membantu rakyat. Hentikan sikap suka memburu-burukkan orang lain khususnya pemimpin-pemimpin pembangkan kerana tindakan itu tidak membantu menarik sokongan rakyat kepada mereka tetapi sebaliknya rakyat akan menjauhi mereka.

Sunday, October 10, 2010

Pilihan Raya Kecil Berlaku Kerana Kehendak-Nya.

PRK terus berlaku di seluruh negara sejak PRU ke-12 lalu. PRK yang kerap akan terus menjadi gelanggang kepada UMNO atau BN dan Pakatan Rakyat. Dari satu sudut,  PRK ini amat menguntungkan Pakatan Rakyat sebaliknya menjadi badi dan igauan ngeri bagi Barisan Nasional khusunya UMNO. Mereka bagaikan fobia dengan PRK yang berterusan. Almaklumlah setiap PRK diadakan maka sejuta janji ditaburkan oleh pemimpin UMNO dan BN sehingga tidak tertunai segala janji itu. Hal ini menjadi bukti bahawa BN dan UMNO sejak dahulu memang suka menabur janji dan kemudiannya melupakan janji itu apabila pilihan raya sudah berakhir. Penipuan dan janji kosong terhadap rakyat semasa pilihan raya umum tidak ketara atau mungkin sukar dikesan oleh rakyat seluruh negara kecuali masyarakat setempat yang mengetahui hakikat sebenar kerana media biasanya memutar belitkan fakta yang diterima atau tidak menyiarkan sesuatu perkara sekiranya insiden itu memberikan kesan negatif kepada pemerintah sekiranya dilaporkan dengan tepat, tetapi PRK ini benar-benar mencemaskan UMNO dan BN kerana janji kosong mereka akan terbongkar sebagaimana PRK yang lepas-lepas. Media arus perdana tidak dapat lagi menipu rakyat kerana bloger-bloger juga berkampung di kawasan PRK. Gambaran palsu yang diberikan oleh pemimpin dan media terhadap sesuatu insiden dalam PRK sebagaimana di Sibu tidak lagi akan ditelan bulat-bulat oleh pembaca khususnya rakyat di kawasan lain. Hal ini kerana mereka lebih percaya terhadap bloger-bloger khususnya bloger yang berkecuali dan tidak terikat dengan sentimen kepartian yang membuat laporan yang lebih telus dan tidak bias.  
     Demikianlah balasan Allah terhadap pelbagai penyelewengan pemimpin-pemimpin pemerintah hari ini. Satu demi satu pengkhianatan pemimpin pemerintah terbongkar. Yang anehnya, pemimpin-pemimpin UMNO terus dibuai mimpi. Strategi lama yang menjadi kebencian dan rasa jijik rakyat terhadap mereka terus menjadi senjata ampuh untuk terus berkuasa. Pemimpin-pemimpin UMNO terus bertindak keji dan memburuk-burukkan pihak lawan, walhal kaedah itu amat menjijik dan memuakkan. Mislanya, sebut sahaja PRK Dun Galas, maka timbullah laporan tentang Anwar Ibrahim. Apakah mereka masih menyangka bahawa rakyat hari ini masih terlalu bodoh? Percayakah rakyat dengan strategi yang usang dan lapuk itu? Zaman Mahathir bolehlah..rakyat boleh ditipu bulat-bulat. Hari ini sekiranya UMNO hendak kekal berkuasa, mereka patut tahu bahawa strategi memburuk-burukkan Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak lagi berkesan. Sebaliknya tindakan itu hanya menceritakan kejelikan dan kebusukan sebenar pemimpin-pemimpin itu. Alangkah baiknya kalau pemimpin-pemimpin BN insaf dan sedar dan yang penting melupakan strategi yang lapuk itu. Orang yang tidak tahu dosa dan pahala sahaja akan menyokong mereka. Ahli-ahli UMNO macam saya pun sudah mula berfikir dua kali untuk memberikan undi kepada BN pada masa akan datang. Apatah lagi mereka yang berada di atas pagar.
    Oleh kerana itu pemimpin-pemimpin BN haruslah berbuat baik. Lakukanlah kebajikan dan kebaikan. Tidak perlulah memburuk-burukkan sesiapa manalah tahu kebaikan itu akan dibalasan dengan kebaikan oleh Allah. Hati rakyat Malaysia akan dibuka untuk menyokong mereka. Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO khususnya perlu kembalikan kepada ajaran Allah. Tidak perlulah mengaibkan orang. Orang sekarang lebih bijak dan pandai berfikir. Pemimpin-pemimpin tertinggi juga perlu mengawal pemimpin-pemimpin bawahan. Lihat sahajalah tindakan pemimpin UMNO untuk menentang kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Betapa tindakan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat negeri itu memakan diri. Saya cadangkan agar pemimpin-pemimpin  UMNO mendiamkan diri, biar rakyat yang membuat penilaian dan penghakiman tentang kerajaan Pakatan Rakyat. Cuba lihat Anwar Ibrahim yang diburuk-burukkan UMNO. Bukan sokongan makin merudum bahkan rakyat makin kagum dengan sikap Anwar Ibrahim yang tidak mudah gelabah dan menagarut membalas tindakan pemimpin-pemimpin kerajaan. Saya fikir pemimpin-pemimpin UMNO perlu mencontohi beliau. Dan bukan mudah melatah.

Thursday, October 7, 2010

Bolehkah BN Mengekalkan Kerusi Dun Melalap, Dun Kemabong dan Parlimen Tenom Dalam Pilihan Raya Ke-13?

Mendengar berita yang disiarkan dalam berita arus perdana, seakan-akan kelihatan bahawa Bn tiada masalah di Sabah. Datuk Musa Aman, dalam ucapannya memperlihatkan keyakinan bahawa rakyat Sabah keseluruhannya amat menyokong dan bersetuju 100% dengan dasar pemerintahannya. Tetapi berdasarkan  pemerhatian  yang saya dengan berpandukan pandangan rakan-rakan, orang-orang kuat UMNO dan parti komponen lain, ternyata bahawa Musa Aman hanya syok sendiri. Boleh dikatakan bahawa peluang untuk BN mengekalkan kerajaan di Sabah selepas PRU ke-13 hanya 50% sahaja. Bahkan beberapa orang kuat UMNO sudah pun menyertai PKR. Miling Oyot yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai pelopor kuat UMNO Bahagian Tenom, kini menjadi ajk Cabang PKR Tenom. Bahkan beberapa ahli UMNO Tenom yang sempat saya temui, berpandangan bahawa Pakatan Rakyat perlu diberi ruang untuk mentadbir negara. UMNO dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu, gagal mentadbir negara dengan baik dan berkesan. Kalau tidak takkan sehingga hari ini soal kemiskinan, kekurarangan infrastruktur dan prasarana di kawasan pedalaman terus menjadi isu.

     Bahkan ramai yang bersetuju bahawa kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO hari ini sebenarnya sudah lama ditolak rakyat jika pilihan raya yang bersih dan adil dilaksamnakan.

Tuesday, October 5, 2010

Apakah Datuk Seri Najib Tidak Faham?

Saranan salah seorang pemimpin Pas agar UMNO tidak perlu bertanding dalam PRK Dun Galas demi perpaduan Melayu, saya fikir, bukan saranan yang serius dan bersungguh-sungguh. Sebaliknya, saranan itu adalah peluru yang dilepaskan untuk menempelak perjuangan 'rasis' UMNO. Saranan itu diajukan untuk menguji kesungguhan perjuangan UMNO yang kononnya berjuang demi orang Melayu dan bumiputera. Inilah agaknya maksud tersirat pemimpin Pas tersebut. Dan dapat dilihat respons Datuk Seri Najib tentang saranan tersebut. Dengan nada yang yakin dan bersahaja beliau mengulas bahawa BN akan tetap menyertai PRK Dun Galas untuk memberikan "pilihan" kepada rakyat. Apakah pada fikiran beliau bahawa pemimpin Pas itu bersungguh-sungguh? Atau beliau tidak memahami isi tersirat daripada saranan tersebut? Kalau benar beliau tidak memahami maksud tersirat saranan itu, maka ternyata betapa ruginya rakyat negara ini mempunyai seorang pemimpin seperti itu.
Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat terus menyepi dan enggan mengulas panjang lebar tentang saranan itu, saya fikir saranan itu akan menjadi sebahagian daripada hujah dalam PRK Dun Galas kelak. Kita tunggu dan lihat.