Tuesday, November 30, 2010

Datuk Raden Bagai Surat Khabar Lama.

Adakah Datuk Raden akan terus dicalonkan untuk mewakili rakyat Melalap yang sudah diwakilinya lebih 20 tahun? Kenapa beliau terus mendapat kepercayaan kepimpinan tertinggi BN dan parti PBS? Sedangkan sejak penggal lalu rakyat kecoh dan marah terhadap beliau kerana gagal membantu rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan. Program PPRT misalnya, berapa ramai rakyat miskin yang benar-benar memerlukan tapi cubalah teliti dan lihat siapa yang mendapat PPRT itu. Kebanyakannya berkemampuan dan sepatutnya tidak layak. Cuma pada tahun ini, 2010, bila Datuk Shafie Afdal mengumumkan 200 unit rumah PPRT diperuntukkan kepada Parlimen Tenom barulah segelintir mereka yang layak mendapat bantuan rumah PPRT tersaebut. Itupun mengikut beberapa orang yang sempat saya temui, ada yang dijual oleh orang-orang kuat beliau kepada mereka yang tidak layak. Saya tidak fahami, mengapa YB sedemikian masih terus mendapat kepercayaan pemimpin tertinggi PBS. Apakah parti PBS sudah ketandusan pemimpin? Janganlah lihat hanya pada kelulusan, sepatutnya seorang calon perlu juga dilihat dari segi aspek lain. Misalnya kesungguhan dan sikap bertanggungjawab. Seorang pemimpin juga tidak patut mudah berkecil hati bila ditegur oleh rakyat. Sedangkan teguran itu, benar. Anggaplah teguran itu sebagai pembakar semangat untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Tetapi sebaliknya Datuk Raden, pantang dikritik dan disentuh tentang kelemahannya.


Semasa PRU ke-12, beberapa orang pemimpin tempatan bertanya dan minta pandangan saya apakah Datuk Raden seorang YB yang baik dan bertanggungjawab? Saya kata kepada mereka bacalah coertan saya. Dalam tulisan saya itu, saya ada menyebut betapa Datuk Raden seorang pemimpin tua yang sudah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Beliau memang disukai generasi tua tetapi tidak bagi generasi muda. Beliau yang sering menghadiri majlis perkahwinan dan keramaian suka berkaraoke dan mempersembahkan lagu-lagu. Generasi tua memang bertepuk tangan gembira jika beliau menyumbangkan beberapa buah lagu walaupun suara beliau tidak merdu. Bagi generasi muda nyanyian beliau hanya menyakitkan telinga. Saya harap beliau sedar diri.

Sebenarnya saya tidaklah meneganli Datuk Raden secara dekat kerana saya hanya bergiat aktif dalam politik ketika usia sudah menjangkau 27 tahun. Saya mengetahui serba sedikit tentang keperibadian Datuk Raden berdasarkan perbualan dan pandangan rakyat Tenom. Maklumlah beliau bukanlah asing bagi rakyat Tenom. Beliau sudah lebih 20 tahun menjadi wakil rakyat Tenom. Apa yang jelas Datuk Raden bukanlah pemimpin yang benar-benar mahu membantu orang Murut yang diwakilinya, sentimen kepartian beliau yang tinggi membataskan tanggungjawabnya kepada rakyat Kawasan Dun Melalap. Beliau juga bukanlah pemimpin yang bijak merancang kerana setakat ini belum ada yang beliau lakukan untuk rakyat Tenom. Cuma setelah dikritik hebat dalam PRU ke-12, barulah beliau cuba memperbaiki jambatan Binaie dan mengusahakan bekalan air bersih kepada rakyat Tenom. Itupun belum lagi siap. Orang kampung masih bergantung kepada air paip graviti sedangkan kampung Enubai yang lebih jauh dari pekan Tenom berbanding kampung Mantailang dan Kampung Paguokon, mereka sudah lama menikmati bekalan air. Kampung Enubai ini terletak dalam Dun Kemabong. Begitulah lembabnya YB Dun Melalap ini. Dalam PRU ke-12 lalu beliau berjanji meperbaiki jambatan Binaie dan akan mengusahakan bekalan air bersih, maka itu jugalah yang cuma diusahakan oleh beliau dalam penggal tersebut. Perkara-perkara lain mungkin beliau tidak terfikir langsung. Misalnya membantu peniaga-peniaga kecil, membantu para petani dan pekebun kecil. Apa yang saya lihat sejak harga getah meningkat harganya, rakyat Tenom berlumba-luma menanam getah. Tetapi kebanyakan benih yang digunakan tidak berkualiti kerana mereka tidak mampu membeli benih getah yang berkualiti tinggi. Risda pula mempunyai syarat dan peraturan yang agak rigid. Selain itu harga getah di juga tidaklah menggembirakan rakyat Tenom. Harga getah di sini jauh lebih rendah berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Dalam hal ini mengapa Datuk Raden terus membisu?

Dalam suasana pemimpin-pemimpin politik di Semenanjung Malaysia memperkatakan tentang Tanah Melayu yang semakin terhakis, ternyata pemimpin-pemimpin Sabah terus membisu soal tanah, walhal masih banyak rakyat Sabah khususnya rakyat Tenom yang tidak bertanah. Kebanyakan rakyat Tenom pula khususnya Bumiputera bergantung kepada hasil pertanian, sayangnya pemimpin tiada usaha langsung membuat kajian berapa ramai rakyat yang tidak bertanah dan bergantung kepada kerja-kerja sebagai buruh binaan dan ladang-ladang kelapa sawit? Di samping itu ada juga yang meiliki tanah tetapi kerana beberapa faktor tertentu mereka tidak berupaya mengusahakannya. Misalnya ketiadaan jalan raya ke tanah mereka menyukarkan mereka menguahasakan tanah-tanah tersebut. Ada juga yang sudah uzur dan tidak berupaya mengusahakan tanah mereka. Mungkinkah Datuk Raden tidak pernah memikirkan kehidupan rakyat yang diwakilinya. Bagi Datuk Raden, rakyat perlu datang kepadanya, merayu beliau. Barulah mungkin beliau tergerak hati untuk membantu rakyat yang diwakilinya. Saya yakin dan percaya Datuk Raden tidak pernah membuat kajian terhadap rakyat yang diwakilinya khususnya dari segi taraf hidup. Apalah fungsi Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) yang diwujudkan kerajaan negeri jika agensi itu tidak membantu rakyat. Pemimpin-pemimpin peringkat kampung, JKKK dan ketua kampung boleh membantu Datuk Raden mendapatkan gambaran tentang tahap sosioekonomi rakyat Melalap. Sayangnta beliau hanya dan kerap menggunakan pemimpin-pemimpin ini untuk tujuan politik semata-mata. Ada pilihan raya, maka sibuklah Datuk Raden bertemu dengan pemimpin-pemimpin kampung ini, kalau tidak jangan harap.



Sebenarnya, saya tidaklah suka memberikan komen dan kritikan kepada YB ini kerana beliau merupakan seorang yang pendendam. Pantang ditegur dan dikritik. Saya pernah mengkritik beliau dalam PRU ke-12 yang lalu menyebabkan beliau berdendam dengan saya. Ketika beliau dijemput ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di sebuah sekolah, beliau memalingkan muka dan mengelakkan diri untuk bersalam dengan saya. Saya perasaan dengan sikap beliau dan sebenarnya saya tidakpun ambil kisah dengan sikap beliau ini. Benar kata mereka yang mengenali Datuk Raden secara dekat. Beliau memang seorang pemimpin yang pendendam. Walhal sebagai rakyat saya berhak mengkritik sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin agar mereka boleh memperbaiki khidmat mereka kepada masyarakat dan rakyat yang diwakili. Agar mereka tidak cuma mendengar bodekan dan pujian yang muluk-muluk sehingga alpa terhadap tanggungjawab dan amanah yang diletakkan di pundak mereka. Kalau seorang pemimpin itu mudah terasa dan melenting hanya kerana dikritik, maka ada baiknya jangan jadi pemimpin. seorang pemimpin perlu berjiwa besar dan tidak mudah terasa dengan pelbagai kritikan dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Kalau kritikan itu benar, maka perbaikilah kelemahan itu, jika sebaliknya, ambil perkara tersebut sebagai dugaan yang perlu dihadapi dan diharungi.

Monday, November 29, 2010

Zaid Ibarhim Oh Zaid Ibarhim

Ketika pemilihan PKR berakhir dengan jayanya, kini Zaid Ibrahim muncul semula memberikan komen. Ternyata peranan Zaid untuk mengucar-ngacirkan UMNO tidak berjaya. Matlamt Zaid untuk mencari kemuliaan dalam PKR tidak kesampaian. Tindakan Zaid memburuk-burukkan PKR ternyata menjadi suntikan kepada ahli PKR untuk membuktikan bahawa PKR tidak lemah dan berpecah. Zaid patut insaf dan sedar dari awal lagi bahawa tindakan beliau yang begitu gelojoh untuk berkuasa tidak akan berjaya. Ternyata sebahagian besar ahli PKR bijak dan tidak mudah diperbodohkan. Zaid yang menganggap dirinya suci dan mulia ternyata tidak berupaya menguggat keutuhan PKR. Dan hasrat pemimpin UMNO mahu melihat Anwar Ibrahim dan PKR terus tenggelam tidak kesampaian. Malahan ucapan Wan Azizah yang penuh dengan fakta dan realiti tentang pemimpin uMNO dan parti UMNO selama ini mengundang pelbagai komen yang mengecam presiden parti Keadilan Rakyat itu.
    Sejak dari awal, saya pernah mencorertkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak mudah melatah, sebaliknya perbaiki kelemahan yang ada. Jangan hanya bercakap banyak tetapi perlaksanaannya nul. Realitinya seperti yang dinyatakan oleh Wan Azizah dalam ucapannya bahawa pemimpin hari ini kjhusunya pemimpin UMNO  gagal memakmurkan orang Melayu walaupun parti itu sering kali menggunakan Ketuanan Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu. Pemimpin UMNO juga pernah diingatkan agar jangan bertindak bodoh dengan mengulas sesuatu isu tanpa membaca dan mendendar dengan teliti  apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang tetapi mereka begitu ghairah untuk memburuk-burukkan pemimpin pembangkang  sehingga kadang-kadang komen dan ulasan itu kebudak-budakan. Lain isu yang dibangkit yang pula yang ditimbulkan. Saya pernah melabelkan pemimpin utama hari bagai kebudak-budakan atau terlalu bebal.
     Bila bercakap, mereka sepatutnya memperkatakan sesuatu secara rasional. Mereka adalah pemimpin. Kalau orang biasa kita tidak kisah. Ketuanan Melayu yang disentuh oleh Wan Azizah dalam ucapannya mendapat respons tetapi realitinya apa yang dinyatakan oleh Wan Azizah itu adalah benar dan realiti. UJanganlah marahkan orang yang mengkritik semata-mata, muhasabah dirilah sedikit. Cerminlah diri apakah benar apa yang diperkatakan itu , kalau tidak jangan mudah melatah untuk menyalahkan orang lain.

Monday, November 15, 2010

Insiden Pemilihan Kepimpinan PKR banyak manfaatnya?

Keputusan Zaid keluar PKR bukanlah mengejutkan, walaupun pada ketika beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri amat mengejutkan, namun beberapa kenyataannya berkaitan pemilihan PKR,  jelas memperlihatkan bahawa beliau adalah seornag pemimpin yang kemaruk kuasa. Beliau cuba berselindung disebalik ketulusan demokrasi. Demokrasi apakah yang dikehendaki oleh beliau? Sebagai mana pandangan MSO, apakah beliau begityu suci dan bersih daripada noda dan dosa, atau apakah beliau berpendapat bahawa beliaulah satu-satunya pemimpin politik yang paling bersih dan suci di negara ini? Kalau demikian ada baiknya beliau menubuhkan parti sendiri, dan selepas itu kita lihat bagaimana sambutan rakyat terhadap parti mereka. Saya cadangkan Zaid tidak menggunakan apa-apa perkataan yang sinonim dengan keadilan kerana jika beliau berbuat demikian beliau akan dilihat sebagai pengacau yang dihantar oleh Najib untuk mengucar-ngacirkan PKR.
     Tindakan Zaid keluar daripada  PKR memang sudah dinanti-nantikan oleh mereka yang tidak mahu melihat Zaid terus memporak porandakan PKR. Bagi rakyat Malaysia yang tidak menyertai mana-mana parti atau mereka yang berada di atas pagar, mereka masih mahu melihat PKR terus berjuang mempertahankan keadilan dan kebajikan rakyat. PKR, Pas dan Dap adalah harapan bagi rakyat yang inginkan perubahan. BN dan komponennya bukan tidak bagus, tetapi mereka sudah teruji dalam tempoh yang agak panjang dan ternyata sejak akhir-akhir ini pemimpin lebih banyak beretorik daripada berusaha bersungguh-sungguh membela rakyat. Pemimpin yang beramanah dalam barisan kepimpinan BN sudah tidak wujud. Oleh kerana pemimpin BN sudah tidak suci lagilah yang mungkin menyebabkan Zaid menyertai PKR selain tidak bersetuju dengan ISA. Ternyata pemimpin-pemimpin PKR juga tidak sesuci Zaid.
    Dari sudut lain, Zaid sebenarnya menjadi liabiliti kepada PKR dan juga BN. Jika Pas berhasrat untuk mengutip Zaid maka perbuatan itu sebenarnya akan menjadi kesilapan besar yang akan disesali oleh generasi muda pas pada masa akan datang, walau pun mulut Zaid tidak secelupar Zul Nordin atau Ezam Senator namun, Zaid juga boleh dikelompokkan kepada golongan tersebut. Sebagai pemerhati politik, saya sebenarnya benar-benar bersyukur dengan tindakan Zaid keluar daripada PKR. Sekurang-kurangnya sebelum PRU ke-13, PKR akanbersih dan mampu menampilkan pemimpin-pemimpin yang bersih, suci dan bukan dari kalangan yang kemaruk kuasa seperti mereka yang sudah menjadi kata.

Wednesday, November 3, 2010

Kelulusan Kewarganegaraan Orang Asing Untuk memenangkan BN?

Pengumuman pemimpin BN tentang kelulusan permohonan warga asing ketika PRK Batu Sapi nampak semacam ada udang disebalik batu. Saya beranggapan demikian kerana pengumuman itu tidak lain sebagai usaha untuk memenangkan BN. Sebab itulah agaknya, Musa Aman dengan berani menyatakan bahawa BN tidak lagi memerlukan undi orang Cina. Kalaulah tiada pengundi warga asing ini, sudah pasti Musa Aman tidak tergamak memanculakan pandangan bodoh beliau. Kalau dikirakan, Musa Aman ini bukannya golongan bumiputera, dia juga keturunan Benggali, jika saya berada di kawasan Musa Aman, saya tidak akan mengundi beliau. Bagus lagi undi orang tempatan. Dusun, orang Sungai, Bajau, Cina, Kedayan atau siapa sahaja asalkan bukan macam Musa Aman. 
     Berbalik kepada pengumuman kelulusan permohonan warga asing untuk menjadi warga negara ini, dapat diperhatikan bahawa kelulusan permohonan itu ada kaitannnya dengan usaha untuk mengekalkan kuasa di pihak pemerintah. Warga asing yang sudah menjadi warga Malaysia ini akan menjadi fix deposit BN dan UMNO untuk kekal berkuasa. Demikianlah telahan saya sebagai rakyat biasa.
     Tindak-tanduk dan pelbagai dasar kerajaan yang kebanyakannya serampang dua mata perlu dilihat dan diteliti oleh rakyat secara kritis. Kita tidak lagi wajar  menganggap pemimpin hari ini adalah pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat sebagaimana pemimpin ketika kita mula-mula mencapai kemerdekaan dahulu. Nawaitu dan niat mereka sudah terpesong jauh. Ini berlaku kerana mereka sudah terlalu lama duduk di atas sehinggakan sukar bagi mereka memandang ke bawah. Bahkan mereka menganggap bahawa pemerintahan di negara ini adalah milik mereka yang perlu diwarisi oleh keturunan mereka sahaja. Oleh kerana itu, siapa pun yang berdiri sebagai peimpin di pihak pembangkang maka sepatutnya rakyat perlu sokong mereka. Rakyat tidak wajar mudah dipancing dengan pelbagai gula-gula yang disogokkan oleh pemimpin-permimpin semasa pilihan raya. Ini kerana hanya dengan cara menjatuhkan pemimpin-pemimpin BN yang ada pada hari ini mereka boleh insaf dan kembali ke pangkal jalan, kalau tidak mereka sombong, lupa diri dan menganggap bahawa hanya mereka yang mampu membantu rakyat. Sekalipun rakyat menganggap bahawa tanggapan itu adalah bodoh dan tidak masuk akal, bahkan sudah melampau kesombongan sebagai manusia beragama, namun amalan itu sudah mendarah daging kepada mereka.