Sunday, July 17, 2011

Setuju IPCMC Dikuatkuasakan.

IPCMC mesti diadakan semula


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Tragedi keganasan polis pada himpunan Bersih 9 Julai lalu menuntut Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) mesti diadakan semula.

“Suruhanjaya ini perlu dihidupkan semula memandangkan imej polis semakin tercalar di pandangan dunia,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

Katanya, sebagai sebuah badan penguatkuasa di negara ini, polis sepatutnya perlu menunjukkan sebagai sebuah badan yang berwibawa. Menurutnya, pelanggaran hak asasi dan undang-undang berlaku dengan sewenang-wenangnya, seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang dan prosedur tangkapan.
Beliau berkata, penguatkuasa yang wujud pilih kasih ke atas rakyat Malaysia kerana berlainan ideologi telah berlaku dalam himpunan 9 Julai lalu.
Katanya, Patriot yang dipimpin oleh Pergerakan Pemuda Umno dibiar bermaharajela, sedangkan penyokomg Bersih ditangkap walaupun sekadar berbaju Bersih.

Ini, ujarnya seolah-olah mereka yang menyokong kerajaan kebal dari tindakan, manakala rakyat yang menuntut keadilan melalui jaminan undang-undang diburu seperti penjenayah bersenjata berat
Menurut beliau, sekiranya Suruhanjaya Aduan dan Tingkah Laku Polis tidak diadakan imej polis bertambah buruk di kalangan masyarakat awam.

“Kesian kepada polis yang baik dan profesional ketika menjalankan tugas. Sekarang wajah polis dianggap alat BN bukan alat untuk mempertahankan keamanan negara,” ujarnya.
Beliau menambah, suruhanjaya itu bukan sahaja untuk melihat tingkah laku polis, malah untuk meningkat profesional polis dalam perkhidmatan supaya mereka bertindak selari dengan keluhuran undang-undang.

“Kita cukup simpati kepada polis ketika mereka berada di mahkamah yang gagal menjawab soalan peguam bela dengan baik dan menjadi bahan ketawa terutama berhubung kait dengan Akta Polis,” katanya.
Menurutnya lagi, semasa mereka bertindak kepada penyokong Pakatan Rakyat mereka tidak mengambil kira apa yang mereka bertindak itu betul atau tidak.

Akhirnya, kata beliau mereka menerima padah di dalam perbicaraan, contohnya bekas Ketua Polis Rompin diarahkan membayar RM200 ribu kepada Dr Hatta Ramli, Mazlan Mohd Yasin kerana tangkapan tidak sah dalam satu ceramah di Rompin.
“Atas asas ini jika Pakatan Rakyat memerintah suruhanjaya ini perlu disegerakan supaya imej polis dipulihkan angkara negara di bawah pemerintahan BN,” katanya



 Saya setuju dengan cadangan Dr. Hatta Ramli agar suatu bentuk jawatankuasa untuk mengawal salah laku polis perlu diwujudkan. Ini bermakna saya bukanlah penyokong pas atau ahli pas, tetapi sejak akhir-akhir ini polis sudah menyimpang jauh daripada tugas mereka sebagai pelindung dan pengawalan keselamatan. Bahkan dalam keadaan tertentu polis lebih kejam daripada kumpulan samseng. Kalau kita perhatikan bahawa polis  hari ini sudah rosak dari segi moral dan nilai. Di daerah Tenom misalnya, polislah yang kaki judi, kaki botol, kaki perempuan, kaki rasuah, dan pelbagai kegiatan tidak bermoral dan tidak mematuhi undang-undang.
     Jika IPCMC diwujudkan maka saya pasti polis akan lebih berhemah, mengawal tingkah laku, dan pastinya budaya ganas dalam polis dapat dibendung. Kerajaan tidak wajar menunggu rakyat menyerang anggota polis kerana rasa benci terhadap polis, atau polis membunuh sesuka hati barulah bertindak. Kerajaan tidak wajar menyalahgunakan kuasa polis  untuk kepentingan politik. Oleh kerana polis patuh membuta tuli kepada kerajaan maka tindakan ganas polis dihalalkan. Bayangkan kalau ada YB yang sudah tidak menjadi menteri lagi dan keganasan polis itu menimpa mereka, sudah tentu mereka tidak berupaya lagi mengubah tindak-tandukpolis ini. Ubahlah selagi masih ada kuasa.Jika Najib kecundang esok, saya percaya rakyat akan terus menuntut agar kes rasuah beliau akan dibongkar. Pada waktu itu, sanggupkah Najib dikasari oleh polis? Ingatlah bahawa kuasa yang ada pada kita akan dicabut olehAllah pada bila-bila masa sahaja. Jadi selagi kuasa itu ada, buatlah kebaikan. Jika kerajaan terus berdegil, seluruh rakyat Malaysia hendaklahberdoa semoga kuasa yang ada pada Najib Razak dilucutkan secepat mungkin agar negara ini aman damai.

Tuesday, July 5, 2011

Tembelang pecah


Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.

Akhirnya tembelang Najib “pecah”.
Janji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong. Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib. Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.
Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

Apakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?
Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.
Ini kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.
Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang “bersih” dan tidak mencurigakan.

Amat berpengetahuan
Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.
Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Times dan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.
Ini tidak termasuk RTM dan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan. Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian. Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.
Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.
Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.
Beliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.
Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?

Tutup sebelah mata
Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil. Kehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.
"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."
Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.

Sebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil. Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar. Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Saya amat bersetuju dengan tulisan Wira Arjuna ini, sejak dahulu saya memang tidak suka dengan Najib yang ganas dan tidak peduli terhadap pandangan dan rintihan rakyat. Kalau ada anugerah " pembohong dan penipu tersohor, serta Perdana Menteri paling kejam dan ganas di Malaysia ini, Najiblah penerimanya. Perdana Menteri 1 Malaysia itu tidak dapat disaingi oleh perdana menteri lain di Malaysia. Mahathir yang dilabelkan sebagai diktaktor, masih prihatin terhadap permasalahan rakyat. Keluhan rakyat dalam zaman Mahathir masih didengar meskipun rasuah berleluasa. Itulah beza Najib dan Mahathir. Kalau Mahathir dilabelkan sebagai diktaktor dan bapa rasuah Malaysia, Najib boleh diberikan geleran sebagai perdana Menteri penipu, putar belit, pembohong dan pengganas. Walau pun saya ahli UMNO, sejak dulu kini dan selamanya, saya tetap membenci pemimpin macam Najb. Celaka.

Wednesday, June 22, 2011

Pendaftaran PATI secara besar-besaran Pada Julai adalah Muslihat Pilihan Raya

Semalam dalam media arus perdana dinyatakan bahawa akan diadakan pendaftaran PATI secara besar-besaran? Pagi tadi ketika saya dan rakan-rakan bersembang di sebuah restoran kopitiam  di Pekan Tenom, tidak diduga isu itu ditimbulkan oleh beberapa orang pelanggan di kedai tersebut. Kalau tidak silap saya, salah seorang dalam kumpulan tersebut ialah orang kuat cawangan UMNO. Hasil daripada perualan mereka dapat saya rumuskan bahawa pendaftaran besar-besaran PATI dalam bulan Julai ini ada kaitannya dengan pilihan raya yang akan datang. PATI ini dikumpul untuk  dieksploitasi bagi membantu BN mengekalkan kuasa mereka. "Saya pasti kerajaan BN tidak akan tumbang dalam PRU akan datang. Kalau rakyat secara keseluruhannya tidak menyokong BN, cukuplah 40%-50% yang mengundi BN. Kalau 40% pengundi sesuatu kawasan menyokong BN,maka sahlah BN akan kekal berkuasa" kata orang kuat Cawangan UMNO tersebut. "Mana boleh kalau setakat 40% yang mengundi," kata salah seorang daripada mereka. Salah seorang menjawab,"Jangan lupa, BN ada PATI,".
     Jadi saya simpulkan bahawa BN ada kemungkinan akan menggunakan PATI ini untuk memenangkan mereka. Dan kalau itu berlaku, saya percaya, walau bagaimanapun bencinya rakyat kepada kerajan dan pemimpin-pemimpin BN, mereka hampir pasti akan mengekalkan kuasa. Saya mengharapkan sesuatu yang lebih daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghalang perbuatan keji BN ini. Bukan sekadar memohon injuksi daripada mahkamah Malaysia yang memang ternayata tidak adil, atau mungkin bukan sekadar berhimpun dan menyerahkan memorandum kepada sultan atau agong, kerana sultan dan agong pun seakan-akan tidak berupaya menentang kekejian kerajaan BN ini. Tidak bolehkah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bertindak lebih daripada itu misalnya memohon Suruhanjaya Hak Asasi memantau pilihan raya di negara ini. Atau tidak bolehkah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa SPR dan kerajaan Malaysia di mahkamah antarabangsa? Mengapa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya bersemangat ketika berceramah atau berpidato tetapi begitu lemah dari segi tindakan. Pemimpin-pemimpi Pakatan Rakyat wajar menerima realiti bahawa tanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini daripada pemimpin-pemimpin tamak haloba, rakus dan zalim yang dilahirkan kerajaan BN wajar ditentang hatta dengan darah sekalipun. Saya percaya hampir seluruh rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan BN sejak dahulu lagi tetapi kerana taktik keji SPR dan kerajaan, maka mereka masih terus kekal berkuasa. Percayalah bahawa rakyat sah negara ini akan bersama-sama mereka. Saya ahli UMNO, manakala ramai dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan yang menyertai parti-parti komponen BN juga sudah tidak mahu lagi keajaan BN ini dikekalkan. Kerajaan BN gagal menjaga kebajikan rakyat. Rakyat yang terdiri daripada para petani, kakitangan kerajaan, peniaga, dan sebagainya berjaya disusahkan hidup mereka oleh pemimpin-pemimpin BN.
     Oleh kerana itu kerajaan BN perlu dikalahkan sebelum rakyat tidak ada upaya untuk menentukan kerajaan pilihan mereka secara adil. Pemberian kewarganegaraan kepada PATI oleh kerajaan BN  secara tidak bertanggungjawab adalah pencabulan terhadap hak rakyat negara ini. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjadi sandaran rakyat sepenuhnya untuk mengekang perbuatan tidak bertanggungjawab BN ini.
Saya percaya BN akan mengeksploitasi PATI ini untuk memenangkan mereka. Lanun-lanun ini sanggup melakukan apa sahaja di luar dugaan demi untuk mengekalkan kuasa, sama ada kaedah itu halal atau tidak. Mengikut perlembagaan atau tidak. Saya simpulkan bahawa Kerajaan BN adalah kerajaan yang keji dan tidak bermoral. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira anutan politik untuk menumbangkan BN da;am PRU akan datang.Insyallah rakyat akan berkerjasama demi kebaikan negara ini. Walahualam bisawab

Friday, June 3, 2011

Ahli UMNO banyak yang sudah Tawar Hati Dengan UMNO Hari Ini.

Kelmarin rakan ahli UMNO, Ketua Cawangan menjemput saya minum d restoran Mahmud & Ketering. Restoran baru. Menu restoran tersebut bagus juga. Services pun ok. Apa yang diorder cepat siap. Tidak lama duduk, datang beberapa orang rakan turut serta dengan kami. Apa yang menarik pada petang itu, pandangan beberapa orang rakan terhadap parti dan pemimpin hari ini membayangkan bahawa pemimpin UMNO dan BN hari ini sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat biasa. Rakyat akar umbi sudah tawar hati dengan kepimpinana UMNO sama di peringkat bahagian, negeri, atu kebangsaan. Menurut Ketua Cawangan UMNO tersebut, pemimpin hari ini sudah tidak mampu menyelami kehendak rakyat. Mereka tidak dapat menyelami penderitaan yang dialami oleh rakyat. Pada mereka kenaikan minyak, tarif elektrik itu tidak mempengaruhi kehidupan rakyat. Subsidi kepada rakyat itu amat membebankan tetapi bila menganjurkan sesuatu program yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat kerajaan tidak pula terbeban. Misalnya, ,menurut rakan tersebut himpunan sejuta belia yang dianjurkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak lebih daripada untuk mendapatkan keuntungan politik semata-mata tetapi tiada manfaatnya kepada rakyat. Saya setuju dengan rakan tersebut. Saya pasti program seumpama itu memakan belanja yang besar. Dan jika perbelanjaan program itu digunakan untuk memperbaiki jalan-jalan kampung, saya pasti manfaatnya akan lebih besar. Manfaatnya akan dinikmati oleh rakyat. Malangnya kerajaan hari ini suka dengan program seumpama itu tanpa rasa terbeban. Sebaliknya subsidi minyak, gula dan tarif elektrik yang lebih banyak manfaatnya kepada rakyat, kerajaan begitu terbeban menanggungnya. Demikinalah prihatinmya kerajaan yang ada hari ini. Menurut ketua cawangan tersebut, pemimpin-pemimpin lama yang ada pada hari ini perlulah digantikan dengan generasi baru, pemimpin yang ada wawasan dan kaedah baru untuk membantu rakyat. Apalah makna pembangunan itu jika pembangunan itu hanya dinikmati oleh segelintir manusia sahaja. Peruntukan berbilion ringgit diberikan untuk memperbaiki pengangkutan di bandar-bandar besar tetapi dalam masa yang sama penduduk desa dan luar bandar terus diabaikan. Apa bila pilihan raya tiba, maka macam-macam gula-gula dan janji manis ditaburkan untuk memperbodohkan orang-orang kampung. Pandangan rakan tersebut  membayangkan bahawa orang-orang kampung sudah mula ada kesedaran betapa selama ini mereka terus diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin BN hari ini. Oleh kerana itu tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sokongan kepada pemimpin-pemimpin hari ini tidak lebih daripada lakonan semata-mata. Bila tiba pilihan raya kelak kita akan dapat tahu rakyat masih menyokong BN atau sebaliknya. Jila ahli-ahli UMNO akar umbi sudah mula mempersoalkan dasar-dasar kerajaan, apatah lagi mereka yang tidak menyertai mana-mana parti kerajaan. Dalam keadaan demikian, masihkah pemimpin-pemimpin BN boleh mendabik dada menyatakan bahawa mereka masih mendapat sokongan rakyat seluruhnya? Kita tunggulah PRU ke-13, adakah pemimpin-pemimpin BN berani mengadakan pilihan raya yang bersih?

Sunday, May 22, 2011

Saya Setuju Dengan YB Pakatan Rakyat, Mana Slogan Rakyat Didahulukan?

Bantulah rakyat bukan minta persiap mental


Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara.
"Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

“Kerajaan yang dikuasai oleh BN telah untung besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di sini. Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti ianya satu pembohongan kepada rakyat.
“Pada hemat saya usaha BN untuk membela rakyat yang sebetul tidak dibela sejak 50 tahun, tetapi ditutup mata melalui media pro BN untuk mengaburi rakyat dari mengatahui perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat secara terhormat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah,” ujarnya.
Katanya, pemimpin Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13 kerana rakyat telah muak dengan lakonan mereka.

Saya setuju dengan pandangan ketua Penerangan Pas Perak bahawa pemimpin-pemimpin BN sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat menghadapi kenaikan harga ini bukan minta rakyat bersedia dari segi mental. Kalau sudah tidak mampu mentadbir negara,saya setuju mereka perlu menyerahkan kuasa mentadbir negara kepada orang yang lebih mampu. Sayangnya, mereka tidak rela kehilangan kuasa kerana sama ada mereka takut penyelewengan yang telah mereka lakukan selama ini terbongkar yang memungkinkan mereka didakwa dan dikenakan tindakan atau mungkin mereka takut tidak dapat lagi mengaut kekayaan negara untuk diri sendiri jika mereka sudah kehilangan kuasa. Dan oleh kerana itu juga, mereka sering menggunakan pelbagai taktik keji, hina dan melanggar batas undang-undang untuk kekal berkuasa.
    Hal ini menyebabkan rakyat walaupun sudah muak dan benci dengan kerajaan BN, mereka masih kekal berkuasa kerana taktik keji dan tidak bermoral itu. Walau bagaimanapun, rakyat keseluruhannya sudah tahu taktik keji dan tidak bermoal itu. Kami sebagai rakyat biasa ini tidak lagi mudah percaya dengan pelbagai alasan dan taktik yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin BN. Jika TPM kata, kemungkinan minyak Ron95 akan dinaikan atau kemungkinan juga tidak dinaikkan, bergantung kepada kajian yang akan dibuat, rakyat secara umumnya sudah buat kesimpulan bahawa minyak Ron 95 juga akan dinaikkan. Bahkan sebelum media menyiarkan pandangan TPM itu, rakyat sudah meramalkan bahawa Ron 95 juga akan dinaikkan, kerana amalan ini sudah menjadi kebiasan pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. Ketika menghadapi masalah kewangan, rakyatlah yang akan menjadi sasaran mereka untuk menanggung beban kewangan ekoran ketidakcekapan dan ketirisan yang mereka lakukan. Mereka hanya perlu mencari alasan untuk mengesahkan kenaikan itu, dan ternyata pandangan TPM itu adalah sebahagian daripada alasan yang digunakan untuk menaikkan harga Ron 95.  Kerajaan begitu terkesan kerana menanggung subsidi yang diberikan kepada rakyat tetapi tidak pula terbeban ketika memberi subsidi kepada golongan korparat.
     Pada pandangan saya, rakyat yang daif dan tidak ada apa-apa ini kerajaan hari ini adalah kerajaan yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang suka berbohong, suka menipu, suka memutarbelitkan fakta dan suka mengekspliotasi keadaa rakyat. Rakyat yang tidak berfikir panjang mungkin mudah terpengaruh, tetapi agi kebanyakan rakyat yang sudah terdedah kepada pelbagai maklumat terkini kami tidak lagi mudah terpengaruh. Berdasarkan tinjauan skeptikal yang saya buat 95% bersetuju untuk menukar kerajaan BN yang ada pada hari ini. Bagi mereka ada baiknya kerajaan BN ditukar hari ini sebelum terlambat, sebelum undi dan suara kami masih berupaya untuk mengubahnya. Kami takut PATI yang diberikan  hak kerakyatan dan hak mengundi akan menjadikan kami pelarian di negara sendiri pada masa akan datang. Oleh kerana itu sebagai ahli UMNO, saya menyeru kepada mereka yang masih menjadi ahli UMNO agar melepaskan anutan dan gahaman politik yang boleh menjahanamkan rakyat dan negara ini dengan memberikan kemenangan dan undi kepada Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Pada saya pemimpin-pemimpn BN hari ini "cakap tak serupa bikin". Mereka cakap lain, tetapi mereka buat lain. Hanya rakyat biasa dan ahi UMNO biasa sahaja yang tahu betapa pemimpin-pemimpin BN dan UMNO hari ini  telah tersasar jauh  daripada perjuangan murni untuk membanunkan bangsa dan negara. Sekian wassalam.

Tuesday, May 17, 2011

Berita Gembira Oleh TPM Hanya Gimik Murahan Politik UMNO.

Berita 1
Guru diseru berjuang bersama Pakatan Rakyat


Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Muslimat PAS Pusat menyeru guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab berkata, pihaknya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2011.
“Kepada semua yang bergelar pendidik yang terdiri daripada guru-guru di sektor awam dan swasta di semua peringkat persekolahan, Pasti, tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi tinggi, kakitangan pejabat-pejabat pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta semua yang terlibat dengan profession perguruan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir.
Tambahnya, guru-guru berada di seluruh pelosok negara dan menjadi nadi yang menghidupkan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan.
Menurutnya, mereka tekad menjalankan tugas rasmi dan tidak rasmi profesyen perguruan tanpa mengira dan mengenal penat-lelah.
“Mereka jugalah yang diamanahkan untuk mempersiapkan dan menyediakan generasi pemimpin pelapis, yang berkebolehan dan berkeupayaan menyumbang tenaga dan bakti untuk kesejahteraan ummah dan ekonomi negara di masa hadapan negara,” ujarnya.
Oleh itu, tambahnya guru-guru mesti bersifat cekal dan anjal serta istiqamah dan bertaqwa kerana proses pendidikan sambung-menyambung dalam dunia yang semakin mencabar.
“Didiklah anak-bangsa tanpa mengira ras keturunan, insya Allah pengorbanan dan khidmat bakti anda akan membuahkan hasil apabila Pakatan Rakyat mengambil teraju kepimpinan negara di dalam PRU13 akan datang,” katanya.
Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai menyertai profesyen perguruan.
Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’, Dewan Muslimat berharap ia bukan transformasi retorik pemerintah BN Umno.
“PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan negara dunia dan akhirat,” ujarnya


Berita 2
Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat



16/05/2011 3:46pm
OLEH SAIFUL HAIZAN HASAM
KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.
Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

Ulasan Komen seorang yang bernama Guru

Dua berita di atas memaparkan tentang guru. Nampak berita kedua itu seakan-akan mampu menceriakan semua guru di seluruh negara yang menyambut Hari Guru pada 16 Mei lalu. Namun, hasil penelitian dan kajian skeptikal menunjukkan bahawa tidak semua guru gembira dengan berita itu. Seorang guru yang berjawatan sebagai penolong kanan berkata,
     " Berita itu hanya temberang, dan hanya untuk menggabui mata rakyat, lihatlah nanti bagaimana perlantikan itu dibuat. Saya pasti akan banyak sekatan dan syarat dikenakan. Saya pasti ebanyakan guru yang sudah lama berkhidmat sudah maklum dengan kerenah dan sikap kerajaan BN. Sistem kenaikan pangkat itu sengeja dijadikan berita gembira, walhal perkara itu sama sahaja dengan sisitem yang telah sedia ada. Mungkin ada beberapa jawatan baru diwujudkan tetapi perkara itu tidaklah menyeluruh, tidaksemua guru menikmatinya.Demikian juga beberapa dasar sebelum ini, misalnya sekolah kluster yang gurunya berikan imbuhan lain berbanding guru-guru di sekolah biasa, juga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan guru. Apa tidaknya, sekolah kluster yang guru-gurunya berhadapan dengan murid-murid yang kebanyakannya bijak dan bermotivasi tingi, tidak perlu memerah otak  berbanding guru-guru di sekolah biasa yang terpaksa berhadapan dengan pelajar yang lemah, kurang bermotivasi dan tidak berdikari.ni memaksa guru-guru sekolah biasa bekerja lebih kuat, lebih masa dan adakalanya terpaksa mengorban wang daripada kocek sendiri untuk menampung kekurangan yang dihadapi sekolah. Bukankah dasar ini tidak adil dan bodoh. Orang yang kerja senanag, kemudahan lengkap, selesa dan sebagainya dibayar lebih, sebaliknya mereka yang berhadapan dengan pelbagai kekurangan tidak mendapat apa-apa. Sama juga dengan berita terbaru ini, guru-guru biasa yang bertungkus lumus bekerja tidak mendapat apa-apa sebaliknya mereka yang menduduki jawatan tertinggin mendapat imbalan, walhalkerja mereka biasanya hanya mengarahkan sahaja. Mengapa dalam pelbagai hal gred DG41 diabaikan? Kalau ada kenaikan gaji, elaun atau sebagainya pasti gred terendah yang mendapat banyak manfaat. Mereka yang setakat belajar hingga maktab atau diploma atau mereka yang mengajar di sekolah rendah terus diberikan keutamaan, sedangkan kerja guru DG41 atau guru-guru di sekolah menengah, beban mereka lebih berat tetapi mereka diabaikan. Terbaru berita yang dikhabarkan menggembirakan guru, terus menjadikan guru-guru di gred DG41 murung dan rasa tidak pas hati." Demikian luahan rasa tidak puas hati dengan seorang guru terhadapapa yang diumumkan oleh kerajaan.
     Pada saya, berdasarkan pemerhatian, berita itu tidak lebih daripada gimik murahan politik UMNO. Yang mengumumkan dasar itu adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang terdesak untuk meraih sokongan guru yang mula menjauhkan parti itu. Tetapi mereka lupa bahawa guru adalah golongan intelek yang cepat dan mudah memahami tindak-tanduk para pemimpin UMNO hari ini. Banyak dasar yang sengeja diperkenalkan tanpa kajian yang mendalam sehingga dasar itu tempang, tidak menyeluruh dan tidak adil. Dasar yang masih tergantung-gantung perlaksanaannya, perlantikan guru Akademik Tingkatan Eenam sehingga ke hari ini masih belum selesai. Sistem modular yang dikatakan akan digunakan dalam sisitem pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam sehingga hari ini belum dimulakan. Apakah makna semua ini? Bukankah ini gimik semata-mata. Hendak melaksanakannya tetapi tiada peruntukan atau bahasa mudahnya tiada duit. Bukankah  ini kartun namanya?
    Cuba kita lihat beberapa dasar yang diperkenalkan sebelum itu, Dasar PPSMI, Sekolah Betari, Sekolah Kluster atau Sekolah Berprestasi Tinggi dan sebagainya. Dasar itu pada saya, tidak dibuat kajian secara mendalam. Dasar PPSMI jelas bertentangan denga perlembagaan, Perkara 152, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi? Bukan ini menampakkan kegelojohan pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. Mereka akan terburu-terburu melaksanakan sesuatau perkara jika ia menguntungka diri dan kroni, tetapi jika dasar itu melibatkan kemaslahatan rakyat, mereka akan bertangguh dan memberikan pelbagai alasan.
     Kesimpulan yang boleh saya buat, ialah berita baik itu sebenarnya tidak menggembirakan hampir semua guru di seluruh Malaysia. Yang dikehendaki oleh majoriti guru ialah bantuan serta merta, misalnya kenaikan elaun ITP, wilayah, gaji dan sebagainya yang melibatkan semua guru tanpa mengira gred. Dasar itu haruslah saksama, menyeluruh  dan tidak berpilih. Masalah bebanan guru sampai kiamat pun tidak akan selesai  selagi BN dan pemimpin-pemimpin UMNO menarajui kerajaan kerana ternyata mereka tidak ikhlas. Guru kelas, ketua panitia, guru-guru penasihat persatuan, kelab, dan uniform masih terus diabaikan seangkan mereka inilah yang sering terbeban. Mengapa mereka ini tidak diberikan elaun tanggungjawab? Mengapa kerajaan begitu kedekut dan berkira dengan guru, insan yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk masyarakat. Sehingga hari ini secara diam-diam guru-guru masih mengharapkan imbuhan khas guru sebanyak RM500 setiap bulan. Harapan itu pastinya hanya akan berlaku jika Pakatan Rakyat diberikan peluang untuk mentadbir negara. Kami guru-guru Malaysia mengharapkan Pakatan Rakyat mampu mengekang takti keji dan kotor BN dalam PRU ke-13 kelak untuk kekal berkuasa.

Saturday, May 14, 2011

TPM Masih menganggap bahawa Rakyat terlalu bebal dan dungu.

TPM: K'jaan sentiasa cari jalan kurang beban rakyatMei 14, 11 1:09pmKerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.
"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.
"Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia di Kampung Sungai Ular sempena lawatan kerja sehari di Kuantan, hari ini.
Turut hadir bersama kira-kira 1,500 penduduk ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Muhyiddin berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Isnin ini untuk membincangkan langkah jangka panjang menambah bekalan makanan dalam negara.
Beliau berkata, kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara.
"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya.
Bagaimanapun katanya, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.
"Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta untuk mendirikan masjid baru bagi kemudahan penduduk di Kampung Sungai Ular.

- Bernama 

Demikianlah bunyi ucapan Muhyiddin Yassin setiap kali minyak atau barang akan naik, beliau masih percaya bahawa rakyat akan percaya dengan apa yang diperkatakannya. Mat Sembab ini masih menganggap bahawa rakyat di bawah ini masih terlalu dungu untuk memahami  apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO demi kepentingan diri mereka. Saya sudah tahu lagi apa yang perlu saya tulis untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO ini agar rakyat tidk terus menjauhi parti ini. Apakah ini balasan Allah kepada segala dosa dan pembohongan pemimpin-pemimpin UMNO sejak dahulu. Mereka terus menerus berbohong dan memuyar belitkan fakta. Setiap kali rakyat terbeban dengan pelbagai kenaikan maka mereka katakan kenaikan itu berlaku disebabkan kenaikan barang di peringkat global. Yang anehnya mengapa pula harga produk  pertanian tidak naik dan mampu menampung perbelanjaan para petani?
    Sebagai ahli UMNO saya sedikit pun tidak lagi mempercayai apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Lihat berapa orang yang sudah mati di tangan SPRM?  Lihat juga tinda-tanduk polis yang memualkan. Polis hari ini bukan lagi untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat sebaliknya polis bertugas untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin UMNO. Demikian juga dengan SPR dan sistem kehakiman. SPR sering kali bersengkongkol dengan UMNO untuk membolehkan pendatang asing mengundi bagi memenangkan mereka. Apa mereka ini masih boleh dianggap sebabagi pejuang bangsa? Bukan mereka ini pengkhianat yang amat nyata? Saya meneyru ahlki-ahli UMNO yang belum memahami segala pengkhianatan pemimpin-pemimpin UMNO agar meninggalkan parti tersebut atau memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Sebelum PATI yang menentukan hala tuju negara kita, ada baiknya kita menjatuhkan kerajaan pengkhianat ini. Kalau Najib sanggup mempertahankan kerajaan yang zalim itu dengan darah, maka kita sebagai rakyat yang cintakan negara ini wajar menentang mereka dengan darah juga. Jika dalam PRU ke-13 kelak kita tidak dapat menurunkan kerajaan zalim ini, saya harap kita mampu menurunkan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini seperti yang dilakukan oleh rakyat Mesir. Kalau dalam zaman penjajahan dahulu, datuk nenek kita sanggup menggadaikan darah dan nyawa, mengapa pada zaman ini kita boleh berjuang berhabis-habisan untuk menggunlingkan kerajaan yang zalim dan rakus ini?

    Oleh kerana itu sebelum perjuangan menjadi lebih sukar, marilah kita sama-sama menjatuhkan kerajaan UMNO yang zalim dan tamak haloba ini dalam PRU ke-13 kelak.

Thursday, May 5, 2011

Majlis konsultasi gaji hanya mampu lobi


Tian Chua
May 1, 11 9:40am

Tanggal 1 Mei adalah Hari Buruh Antarabangsa. Asal-usulnya untuk mengenalkan kumpulan pergerakan pekerja yang berkorban ketika memperjuangkan lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat.
Ulangtahun kejadian ini kini diiktiraf oleh negara-negara sedunia sebagai tanda menghormati hak-hak asasi kaum buruh, dan turut menghargai sumbangan pekerja-pekerja dalam pembangunan sosial ekonomi negara.
Hari Buruh Antarabangsa telah disambut secara rasmi di Malaysia sejak 1972. Namun menurut data Kementerian Sumber Manusia, hampir 34% daripada kira-kira 1.3juta tenaga kerja negara kita hanya terima pendapatan bulanan di bawah RM700 sebulan.
Kajian Bank Dunia juga menunjukkan pertumbuhan gaji di Malaysia hanya mencatatkan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mensasarkan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi dalam Pelan Transformasi yang dicadang BN.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut mengesahkan bahawa pada dasarnya kerajaan bersetuju supaya gaji perlu dinaikan.
Kata-kata tersebut mungkin sedap didengar, tetapi sehingga hari ini kerajaan belum tunjuk komitmen untuk mempertingkatkan pendapatan golongan bergaji rendah. Sebaliknya masalah inflasi dan kenaikan harga barangan keperluan asas dibiarkan semakin membebankan pekerja.


Kepentingan sendiri
Dari jawapan menteri sumber manusia dalam sidang parlimen lepas, rupa-rupanya kerajaan BN telah bersimpang dari komitmen awal untuk melaksanakan gaji minimum. Sebaliknya, kerajaan hanya mencadangkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan.
Keputusan ini amat mengecewakan. Nampaknya Kerajaan tidak mengendahkan desakan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk perusaha dan pekerja.
Langkah penubuhan majlis konsultasi tidak akan memberi perlindungan hak pekerja yang berkesan dan tidak secara langsung membawa peningkatan pendapatan golongan pekerja.
Badan tersebut hanya mempunyai peranan terhad untuk menasihat dan melobi di antara majikan, pekerja dan kerajaan.



Perkara ini sekali lagi menunjukkan BN mengkhianati kepentingan pekerja. Kesimpulannya BN tidak prihatin kepada nasib pekerja dan gagal mengotakan janji-janji dan komitmen sendiri.
Akhirnya, pendapatan isi rumah akan semakin merosot berbanding dengan kadar inflasi yang semakin tak terkawal.
Sempena Hari Buruh Antarabangsa, saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berdolak-dalik untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Kami juga berpendirian untuk meminda akta-akta yang menindas hak-hak pekerja dan kesatuan sekerja.
Kalau perdana menteri dan menteri sumber manusia tidak berani mengambil langkah pertama dalam isu pokok seperti pelaksanaan gaji minimum Kebangsaan, tak perlu lagi kita anggan-anggankan ekonomi berpendapatan tinggi.



Seterusnya, sasaran mencapai pendapatan per kapita tahunan sebanyak AS15 ribu pada tahun 2020 cuma merupakan bayangan imaginasi yang diomong-omong oleh Najib Razak sahaja.
Oleh kerana demikian, kaum pekerja Malaysia tidak boleh meletakkan harapan kita kepada pemerintahan BN. Realisasi impian pekerja dan pengagihan kekayaan yang adil hanya akan berjaya jika pekerja-pekerja dari semua sektor beriltizam bersama perjuangan mengubah sistem politik negara.

--------------------------------------------------------------------------------

Penulis merupakan naib presiden PKR dan anggota parlimen Batu.


Saya setuju 100% dengan kenyataan ini. UMNO dan BN patut dihumbankan dalam PRU ke-13 kelak tetapi usaha penyelewengan pengundi yang dilakukan oleh SPR perlu ditentang habis-habisan. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat belum bertindak dengan berkesan mengekang strategik jijik yang dilakukan oleh SPR ini untuk memangkan BN. Mereka perlu berusaha lebih gigih, rakyat pun tahu kehadiran PATI yang kini menjadi pengundi. Inilah kerja SPR yang sanggup menggadaikan masa depan rakyat semata-mata untuk memenuhi impian mereka. Celaka betul SPR ini.

Monday, May 2, 2011

1 Mei Yang Kutunggu

Seorang rakan setugas pada bulan April bercerita bahawa akan ada berita gembira pada 1 Mei kelak. Berita gembira itu dijangka akan menggembirakan guru dan kakitangan awam. "Sama-samalah kita tunggu," kata rakan tersebut. Rakan tersebut menghiburkan rakan guru yang  merasa tidak puas hati  terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Kenaikan harga minyak itu memberikan impak yang besar kepada kehidupan rakyat seluruhnya. Mungkin pemimpin tidak merasai atau terkesan dengan kenaikan itu kerana bagi mereka semuanya percuma. Hal ini kerana segala perbelanjaan mereka mentadbir negara ditanggung dengan menggunakan wang negara dan bukan dari kocek mereka sendiri. Maka segala keluhan rakyat dan kakitangan kerajaan, tidak mereka hiraukan.
     Beberapa orang guru juga berang dengan kerajaan kerana sengeja melambat-lambatkan perlantikan guru-guru akademik tingkatan 6 seperti mana yang diuar-uarkan oleh sesetengah pemimpin bahawa banyak dasar kerajaan yang dibuat untuk menjaga kebajikan guru kononnya. Hakikatnya, semua dasar itu hanya cakap kosong. Masih ramai guru yang tidak dilantik oleh kementerian Pendidikan kerana kekurangan wang. Inilah padahnya jika pemimpin yang boros dan rasuah dipilih mentadbir negara. Demikisn jugsa dengan isu beban guru, sehingga hari ini isu itu belum selesai-selesai. Menteri bertukar silih berganti tetapi tiada seorang menteri pun yang mampu mneyelami permasalahan guru.
     Banyak anugerah yang disediakan oleh kerajaan untuk guru tetapi bila diperhalusi semua dasar itu tidak kena tempat dan tidak menyeluruh. Dalam perkataan lain, kebanyakan dasar yang dibuat itu tidak ikhlas untuk membantu menjaga kebajikan guru. Semuanya lakonan semata-mata kerana politik. Imbuhan kepada sekolah-sekolah berprestasi tinggi, apakah logiknya imbuhan itu sedangkan guru-guru yang berprestasi rendahlah yang banyak beban tugas. Mereka terpaksa berhadapan dengan murid yang bukan sahaja tidak bermotivasi, tiada minat untuk belajar, lemah dan adakalanya berhadapan dengan murid yang tidak mengenal huruf. Sebaliknya sekolah-sekolah berprestasi tinggi seperti MRSM, sekolah berasrama penuh dan sebagainya kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang bijak, bermotivasi dan penuh dengan daya usaha. Dalam hal ini mana yang lebih sukar mengajar murid yang lemah atau murid yang bijak? Inilah antara contoh dasar yang nampaknya diperkenalkan tanpa kajian yang teliti, atau mungkin demi untuk menjaga juak-juak politik semata-mata.
     Demikianlah beberapa luahan dan rasa tidak puas hati guru terhadap kerajaan Barisan Nasional hari ini. Isu atau topik rasa tidak puas hati ini acap kali menghiasai perbualan guru-guru ketika minum di kantin sama ada ketika sarapan, minum pagi atau makan tengah hari. Dan oleh kerana itulah agaknya seorang rakan cuba menghiburkan guru bahawa pada 1 Mei kelak akan ada berita gembira daripada Najib, Perdana Menteri 1 Malaysia yang diliaht masih gagal membantu rakyat meringankan beban hidup sehingga hari ini. Namun, hari ini 2 Mei, 1 Mei sudah berlalu, khabar gembira yang ditunggu-tunggu itu oleh guru dan kakitangan awam bagaikan menunggu durian tidak mungkin akan gugur. Nampaknya pemimpin-pemimpin lebih sibuk memikirkan bagaimana hendak menekan atau mengekang kemaraan seteru mereka seperti Datuk Anwar Ibrahim  berbanding menghabiskan masa untuk memikirkan mengatasi masalah yang menekan rakyat. Kalau demikian halnya, para pemimpin UMNO dan BN usah lagi bermimpi untuk kekal berkuasa jika mereka terus gagal memahami masalahn rakyat. Semoga semua pemimpin Pakatan Rakyat mampu terus menghadapi tindakan jijik pemimpin BN untuk merealisasi harapan rakyat seluruhnya.

Friday, April 22, 2011

Malaysia Baru Bakal Muncul Jika SPR Telus, Kalau Tidak Pilihan Raya Hanya Untuk Mengesahkan Kekuasaan UMNO Dan BN.

Malaysia Baru bakal menyingsing pada PRU 13



Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 22 April: Negara ini bakal menyaksikan menyingsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, ini andainya Pakatan Rakyat mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGO, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar ‘perubahan besar’ mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta himpitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional.

Mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang diadakan minggu lepas, beliau berkata dalam suasana Pakatan Rakyat yang tidak begitu terarah dan tersusun, ‘pendatang baru’ seperti PAS amat tidak dapat dibantu berbanding DAP yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam kancah politik Sarawak.
“PAS masih mencari-cari sentuhannya. Namun ia permulaan yang baik. PAS kalah tipis di Beting Maro tetapi memenangi 10 dari 19 saluran di Dun tersebut,” tulis beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor di dalam blognya.
     Menurutnya, PAS kini sedar kelemahan di kesemua kerusi yang ditandingi dan tahu faktor kritikal kejayaan (CSFs) untuk membuat perubahan nasibnya.
Dengan kata lain, jelasnya pendekatan dakwah PAS mesti digarap dengan strategi penerangan politik yang lebih berbisa.
Untuk kali ketiga penglibatan PAS dalam PRN Sarawak, beliau terpaksa mengakui bahawa strategi PAS kurang pantas untuk memposisi kedudukan dan keberadaannya dalam Pakatan sebagai teras mesej penerangannya, sekaligus terus berada bersama dengan agenda perubahan yang dipacu bersama rakan-rakan Pakatan.
      “Meraih undi Melayu-Melanau, dalam keadaan PRN Sarawak adalah satu kerja yang maha sukar mentelahan PAS didakwa bersama rakan-rakan Pakatan untuk menamatkan kuasa Melayu-PBB di Sarawak,” katanya.
Tambahnya, dalam suasana prejudis dan penuh kesangsian, faktor calon dan koalisi politik Pakatan mampu membantu tetapi tidak disudahi dengan baik.
Ringkasnya, kata beliau PAS masih boleh lagi memperbaiki prestasinya dengan lebih baik dalam PRU ke-13.
Namun, ujarnya PAS tidak boleh mengulangi sikap lama tetapi mesti memunggahkan seluruh sumber dan peluang untuk memantapkan lagi posisi dan persepsinya di kaca mata orang Melayu-Islam bukan sahaja orang Sarawak, bahkan seluruh Persekutuan Malaysia.
Menurutnya lagi, di kacamata segmen bukan Melayu-bukan Islam, kedudukan PAS semakin kukuh.
   Beliau penuh keyakinan, Pakatan Rakyat bersedia dalam satu pendekatan grand coalition untuk membuat kejutan lebih besar dalam PRU ke-13 akan datang


Malaysia Baru yang lebih demokratik, telus dan  berdaya maju akan muncul jika SPR telus dan benar-benar berkecuali. Sebagai rakyat yang pernah menyertai UMNO dan BN, yang pernah berjuang dan tahu taktik keji UNMNO, saya percaya Pakatan Rakyat tidak mungkin mampu menumbangkan kerajaan BN yang penuh dengan tipu  muslihat yang keji dan jijik. Dan segala tipu muslihat itu tidak mungkin menjadi jika SPR tidak memihak kepada UMNO dan BN. Walau pun SPR mengaku bahawa mereka adalah badan bebas yang berkecuali tetapi sikap dan tindak tanduknya sering kali bercanggah dengan apa yang dikatakannya. Rakya biasa juga sudah maklum bahawa kegiatan rasuah UMNO untuk membeli undi bukan lagi rahsia dan sulit. Sudah menjadi pengetahuan rakyat umum bahawa UMNO akan mengagih-agihkan wang saku untuk pilihan raya kepada rakyat setiap kali pilihan raya. Dalam usia 44 tahun  sudah empat kali saya mengundi, dan sudah empat kali juga saya, keluarga, sanak saudara serta orang-orang kampung menyaksikan mereka menerima wang rasuah daripa pemimpin-pemimpin BN. Jmulah itu antara RM20 hingga RM100. Ini tidak termasuk membeli penyokong tegar calon pembangkang yang mungkin nilainya lebih besar. Dan semua perbuatan itu tidak menyalahi peraturan atau undang-undang SPR sekali pun ada aduan dibuat. Maklumlah aduan itu pastinya dibakulsampahkan.
     Ini bermakna pemimpin Pakatan Rakyat hanya berangan-angan kososng jika masalah berat sebelah SPR ini tidak diatasai sebelum pilihan raya ke-13. Saya cadangkan agar pemimpin-pemimpin  Pakatan Rakyat mohon bantuan daripada pertubuhan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa untuk memantau perjalanan pilihan raya ke-13 kelak. Kami sebenarnya benar-benar mahukan perubahan. Kami sudah terlalu bosan dengan kerajaan BN yang sudah sekian lama. Selagi mereka berkuasa, selagi itu akan banyak dasar yang lebih menguntungkan kroni dan keluarga mereka. Perkara ini perlu ditamatkan segera. Pilihan raya yang bersih, adil dan telus perlu diadakan. Jika tidak pilihan raya yang ada di Malaysia ini hanya berfungsi untuk mengesahkan kesinambungan kuasa BN. Ini bermakna kuasa yang rakus, tamak, zalim, rasuah, kronisme dan nepotisme akan terus dibenarkan mentadbir negara ini.
     Kami benar-benar mengharapkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bertindak lebih berkesan. Bukan setakat menyalak bukit. Tidak perlulah buat aduan tentang ketidakadilan SPR itu kepada SPR atau kerajaan, atau mana-mana agensi kerajaan. Hal ini demikian kerana semua agensi yang bernaung dibawah kerajaan BN dan UMNO itu tetap akan memberikan keutamaan kepada UMNO dan BN. Tindakan yang dilakukan tidak lebih daripada lakonan semata-mata. Rakyat sedia maklum tentang perkara ini. Oleh kerana itu pemimpin-pemimpin Pakatan diharapkan bertindak lebih berani. Mohon campurtangan pertubuhan antarabangsa untuk memantau PRU ke-13 kelak. Kami harap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak setakat tahu bercakap sahaja tetapi tidak menentang kemungkaran BN ini dengan berani. Wallahualam bisawab. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.

Monday, April 18, 2011

Pemimpin UMNO Tidak Perlu Menyalahkan Orang Lain Kerana Rakyat Tidak Menyokong Mereka.

Rabu, 23 Mac 2011Apakah Benar Pemimpin UMNO atau BN gagal Memahami Hati Nurani Rakyat?



Semalam sebelum balik ke rumah, saya terus ke Bistro kerana ajakan sahabat untuk minum dan bersembang. Seperti biasa, rakan yang aktif politik ini bertanyakan tentang isu-isu semasa. "Apa pendapat kau tentang berita tergempar, video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim?" Katanya. Saya bagi tahu dia yang saya tidak percaya dengan perkara tersebut." Mana mungkin seorang yang didakwa suka meliwat tiba-tiba menukar selera, kini suka pula kepada perempuan." Saya sengeja memancing dan mencungkil pandangan beberapa orang rakan yang ada minum bersama. Seorang rakan di meja sebelah menyampuk, "Anwar memang hebat, makin tua makin kuat, dia songsang berbanding manusia biasa, masa dia jadi TPM dia tak buat semua ni," Lepas jadi pembangkang barulah nafsu Anwar membuak-buak. Jangan hairan kalau tiba-tiba akan ada berita Anwar meniduri Mak Nyah," Tawa kami berderai.


Sebenarnya, apa berita pun atau peristiwa yang dipalitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang tidak akan mempercayainya atau orang tidak kisah pun. Sama ada mereka ini ahli UMNO atau pembangkang, asalkan mereka tidak terikat dengan segala projek dan jawatan kerana politik. Orang atau rakyat macam kami tidak lagi ghairah untuk mendengar berita seumpamanya. Mungkin kerana banyak perkara yang tidak logik dan masuk akal yang dikaitkan dengan beliau. Dan ramalan rakyat daif macam kami ini, akhirnya nanti susuk Anwar Ibrahim akan dimasukkan ke dalam penjara. Masuknya Anwar dalam penjara maka barulah musuh-musuh politiknya akan berpuas hati atau berhabis-habisan menyumpah dan mengkritik Anwar Ibrahim. Banyak rakyat di luar ini yang bukan pengikut Anwar Ibrahim, dan bukan juga pemuja beliau tetapi amat benci dan jelek dengan pelbagai tuduhan kepada beliau. Bila pemimpin Pakatan Rakyat mengandaikan pendakwaan Liwat itu sebagai konspirasi politik, rakyat mudah menerimanya. Orang lebih percaya kepada mereka yang berpihak kepada Anwar Ibrahim berbanding pemimpin-pemimpin kerajaan.


Sepatutnya pemimpin-pemimpin tertinggi BN lebih maklum tentang perkara ini. Rakyat cintakan keharmonian dan kebaikan, bukan perlakuan cemuh-mencemuh, aib-mengaib seperti yang dilakukan kepada Anwar Ibrahim. Menekan dan menghantam Anwar Ibrahim secara keterlaluan hanya menaikkan imej Anwar sebagai pemimpin tulen, pemimpin yang berjiwa besar, pejuang sebenar rakyat. Demikianlah pandangan umum sekalipun di mata pemimpin-pemimpin UMNO perbuatan itu mampu memusnahkan karier politik Anwar Ibrahim. Tambahan pula, dalam masa yang sama Anwar Ibrahim tidak puas-puas melaungkan matlamat perjuangannya untuk menjaga kebajikan rakyat, misalnya dengan menurunkan harga minyak dan barang, menaikan subsidi kepada rakyat dan memperjuangkan nasib peneroka Felda, menaikkan elaun guru, menaikkan gaji kakitangan awam dan sebagainya. Bukankah perkara yang disebut-sebut ini ada kaitan langsung dengan rakyat. Ada benarnya pandangan Khir Toyo bahawa pemimpin tidak perlu melayan Anwar sedemikian rupa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Memburuk-burukkan Anwar Ibrahim tidak akan menambahkan sokongan rakyat kepada kerajaan sebaliknya apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat akan mampu mengubah persepsi rakyat terhapa pemimpin-pemimpin kerajaan. Namun dapat dilihat bahawa pemimpin-pemimpin tertinggi BN hari ini seperti Perdana Menteri, gagal untuk menyelami kehendak rakyat. Bahkan mereka seakan terus menjauhkan rakyat daripada mereka. Apa tidaknya isu pokok yang ada kaitan langsung dengan kehidupan rakyat seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan kos hidup dan merosotnya kuasa beli rakyat, gagal ditangani oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib. Beliau gagal memberikan tumpuan terhadap isu-isu pokok ini yang menyebabkan rakyat melihat bahawa Najib telah gagal sepenuhnya sebagai Perdana Menteri 1 Malaysia. Tanyalah kakitangan kerajaan yang tidak terlibat dengan mana-mana anutan politik, adakah mereka mengagumi kerajaan Datuk Seri Najib? Dalam zaman Pak Lah sebelum harga minyak beliau naikkan, para kontarktor amat menyanjung beliau khususnya pemegang lesen kelas F. Demikian juga dengan kakitangan kerajaan yang dinaikkan gaji dalam penggal pertama beliau menjadi PM, namun kerana gagalnya beliau memahami kehendak hati nurani rakyat, minyak dinaikkan sesuka hati secara mendadak menyababkan rakyat amat muak dan jelek dengan beliau akhirnya. Namun dalam era Najib ini, ramai rakyat di luar ini yang amat benci dan jelek mendengar ucapan Datuk Seri Najib. Banyak slogan, program transformasi, dasar-dasar baru dan sebagainya, tetapi hakikatnya semua apa yang dilakukan itu tidak dirasai oleh rakyat. Apakah masalah dasar ini gagal diselami oleh Datuk Seri Najib? Apakah menyerang, menekan atau memburuk-burukkan pihak lawan itu lebih utama untuk meraih sokongan rakyat? Memburuk-burukkan seseorang , tidak bermakna orang itu akan terjejas imejnya, jangka pendek mungkin ya, tetapi dalam jangka panjang orang akhirnya akan mampu menilai kebenaran dakwaan itu. Bahkan pepatah yang menyatakan bahawa jika kita menuding jari menunjukkan keburukan seseorang, terdapat lagi empat jari yang menuding ke arah kita. Analogi atau kiasan ini ada benarnya. Orang yang cuba memburuk-burukkan sesorang itu hanya memperlihatkan kebusukan hati si pelaku atau paling tidak jika dia beragama Islam, akan memperlihatkan si pelaku itu bukan manusia yang baik dan jujur. Suka mengaibkan orang lain. Bukankah mendedahkan keaiban orang lain itu bertentangan dengan agama?


Untuk meraih sokongan rakyat tidak perlulah menekan atau memburuk-burukkan pihak lawan, bagi saya memadailah jika pemimpin-pemimpin BN hari ini memahami masalah rakyat secara ikhlas dan cuba membantu mereka secara menyeluruh. Bila rakyat merasai usaha kerajaan itu, insyallah rakyat tidak akan menghiraukan apa pun yang cuba didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Tentang rasuah, tentang penyelewengan, apa tah lagi yang menyentuh soal-soal peribadi. Dalam era Mahathir, amalan rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya bukan tidak berlaku, tetapi rakyat tidak ambil kisah pun kerana hidup mereka selesa. Pada waktu itu masih ada yang tidak berumah tetapi perut kenyang, harga barang keperluan tidaklah begitu membebankan berbanding hari ini, bahkan pelbagai kritikan dan cemuhan terhadap beliau yang memang ada benarnya, juga gagal mengalihkan sokongan rakyat terhadap beliau. Seperti yang pernah saya sebut dahulu sebahagian besar rakyat tidak kisahpun asalkan kebajikan rakyat terjaga. Malangnya hari ini pelbagai subsidi ditarik, dinilai semual dan diubahsuai pemberiannya. Akibatnya subsidi itu tidak menyeluruh dan hanya segelintir sahaja yang dapat menikmatinya. Sebahagian besar rakyat masih terus terbeban. Kakitangan kerajaan khususnya amat terkesan dengan kenaikan harga minyak dan disusuli dengan harga barangan dan keperluan harian. Petani pula terus tertindas dan dieksploitasi oleh orang tengah. Harga getah naik tetapi orang tengahlh yang mengaut keuntungan yang besar. Harga kelapa sawit naik tetapi pekebun yang tidak diberikan lesen untuk menjual kelapa sawit terus menjadi mangsa. Dalam keadaan demikian sudah pastinya kenaikan minyak dan barang keperluan turut membebankan golongan petani ini juga.


Jadi, adakah kerajaan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib ini masih boleh mendabik dada dengan menyatakan bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membangunkan negara sedangkan dalam masa yang sama, ketika BN masih berkuasa, rakyat terus terbeban dengan pelbagai kos hidup yang melambung tinggi. Hakikatnya, mereka gagal memahami keperluan dan kehendak sebenar rakyat jelata. Mereka gagal untuk membantu rakyat meringankan bebanan hidup. Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin pembangkang seakan-akan dapat menyelami kehendak rakyat. Mereka dapat menyelami masalah yang dihadapi rakyat. Mereka mengaitkan kepincangan kerajaan; rasuah, ketirisan, kronisme, nepotisme, salah urus tadbir, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya dengan keperitan hidup yang dialami oleh rakyat hari ini. Mereka dapat memberikan fakta-fakta yang rasional dan masuk akal bahawa kepincangan kerajaanlah yang menyebabkan keperitan hidup rakyat hari ini. Kerajaan gagal menyelesaikan masalah-masalah pokok yang membelenggu hidup rakyat menyebabkan sebahagian besar rakyat terkesan dengan janji-janji pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka meuar-uarkan bahawa kerajaan yang boros hari ini menyebabkan rakyat menanggung pelbagai kos hidup. Dan tomahan yang belum pasti kebenarannya itu, memikat hati rakyat. Keperitan hidup yang dialami rakyat menjadikan mereka percaya terhadap apa sahaja yang didedahkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Anak-anak muda yang gagal mendapat pekerjaan yang baik sudah pastinya mudah dipengaruhi dengan dakyah-dakyah tersebut.


Oleh kerana itu, pada saya pelbagai dakwaan dan pendedahan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kerajaan tidak harus dihiraukan. Bahkan dakwaan liwat itu pun ada baiknya ditarik balik. Biarlah dia kata apa pun, yang penting sebahagian besar kebajikan rakyat negara ini harus dijaga. Bebanan hidup yang tinggi wajar diselesaikan, gaji kakitanhgan kerajaan perlu dinaikkan untuk meningkatkan kuasa beli mereka, masalah pekerjaan anak-anak muda wajar diselesaikan manakala produk-produk pertanian perlu diselia agar harga hasil pertanian itu tidak mengalami kejatuhan yang mendadak sehingga memberikan kesan kepada petani, harga minimum dan maksimum getah khususnya perlu ditetapkan agar orang tengah tidak boleh mengaut keuntungan secara suka hati, orang-orang tengah perlu dikawal. Pendek kata hidup rakyat tidak harus disusahkan. Biarlah rakyat hidup selesa, tenang dan tidak dibebani dengan pelbagai kos hidup sebagaimana zaman Tun Mahathir. Sesetengah orang masih mengutuk Tun Mahathir, namun sebahagian besar rakyat tidak menghiraukannya kerana pada waktu itu Tun Mahathir berjaya menyelesakan hidup rakyat. Tambahan pula ada cadangan dan saranan Tun Mahathir yang berkenaan di hati rakyat. Berbeza dengan Pak Lah sehingga hari ini orang masih merasa benci dan muak dengan Pak Lah, bukan sahaja kerana beliau dilihat lembab tetapi beliau telah berjaya menyusahkan hidup rakyat. Terserahlah kepada Datuk Seri Najib, sama ada mahu rakyat terus mencemuh dan membenci beliau dan isterinya atau berusaha mengambil hati rakyat dengan meringankan bebanan hidup mereka.


Bila hidup rakyat selesa, saya fikir segala tomahan Pakatan Rakyat tidak akan memberikan kesan kepada rakyat. Sebaliknya jika usaha ditumpukan untuk menekan dan memburuk-burukkan pemimpin pembangkang sedangkan dalam masa yang sama perkara pokok yang dihadapi rakyat tidak diselesaikan, saya pasti bukan sahaja imej pemimpin-pemimpin pembangkang melonjak tinggi bahkan segala cakap dan saranan mereka akan didengar oleh rakyat seluruhnya. Terserahlah kepada pemimpin-pemipin BN. Menekan dan terus memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat atau membantu meringankan bebanan hidup rakyat. Keputusan di tangan mereka namun kuasa yang ada pada mereka terletak di tangan rakyat.

Dipetik dari: monatenom.blogspot.com/

Saya tertarik dengan pandangan penulis tentang sikap pemimpin hari ini yang gagal memahami kehendak dan keperluan rakyat. Sebaliknya, pemimpin kerajaan bermati-matian menekan dan mengekang seteru mereka dengan pelbagai taktik kotor dan jijik. Agensi kerajaan seperti SPR, PDRM, SPRM, Badan Kehakiman, jabatan agama, tokoh-tokoh akademik dan sebagainya diperalatkan semaksimum yang mungkin untuk menjatuhkan pihak lawan. Sehingga kadang-kadang tindak-tanduk agendi-agensi kerajaan itu tidak masuk akal dan nampak kebudak-budakan. Sekejap kata itu, sekejap kata ini. Tokoh-tokoh agama juga diperalatkan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan tindakan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Apakah ini sahaja kaedah yang boleh digunakan untuk meraih sokongan rakyat? Apakah tidak ada kaedah lain? Atau janji pembangunan yang sekian lama digunakan untuk meraih sokongan rakyat sudah tidak berkesan? Kalau kaedah lama itu tidak lagi berkesan, para pemimpin sewajarnya bermuhasabah diri dan bertanya kepada diri kenapa janji pembangunan itu tidak lagi mampu meraih sokongan rakyat. Apa yang jelas ialah janji pembangunan itu hanya retorik semata-mata. Pembangunan yang dijanjikan hanya janji-janji kosong. Janji-janji yang ditabur itu hanya janji-janji palsu, ternyata para pemimpin UMNO dan BN selama ini tidak cukup ikhlas dan amanah untuk membangunkan rakyat dan negara. Janji pembangunan itu hanya untuk menggabui mata rakyat. Yang membangun, yang kaya dan yang maju ialah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN. Sebilangan besar rakyat negara ini masih terus hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Rakyat kota dan bandar terus hidup dalam keadaan terhimpit dengan pelbagai kos hidup ciptaan kerajaan. Sebelum Tun Mahathir menjadi perdana menteri, bil air dan elektrik tidak membebankan rakyat seperti hari ini, namun idea Tun Mahathir untuk menswastakan pelbagai agensi yang menguruskan sumber penting kepada seluruh rakyat itu menyebabkan bebanan rakyat meningkat. Sebaliknya ahli-ahli kaparat terus menjadi kaya-raya, mewah dan bersenang-lenang atas keperitan yang ditanggung rakyat. Di kawasan-kawasan luar bandar, rakyat terus hidup dalam keadaan serba kekurangan. Dengan pendapatan yang tidak menentu, prasarana dan infrastruktur yang serba kurang, mereka terus berjuang untuk hidup tanpa mendapat perhatian yang sewajarnya. Kekayaan yang dimiliki pemimpin-pemimpin UMNO dengan pelbagai kemudahan moden yang lebih canggih dan lengkap di kawasan-kawasan yang mereka diami, rakyat terus didera dan hanya digula-gulakan apabila musim pilihan raya tiba. Tindakan ini berulang-ulang sehingga hari ini janji pembanguna tidak lagi dipercayai. Apakah kesedaran rakyat terhadap semua janji kosong ini maka pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini cuba meletakkan kesalahan pula kepada pihak pembangkang kerana rakyat menyokong mereka.

Selain janji pembangunan, rasuah juga terus diamalkan oleh pihak pemerintah untuk meraih undi semasa pilihan raya. Rasuah dan politik wang bukan lagi rahsia kepada rakyat. Sogokan pemimpin-pemimpin kerajaan semasa pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum. Anehnya, SPR ini bukan boleh percayai. Macam-macam alasan diberikan. Tiada bukti kukuh, tiada kes dan sebagainya. Bukankah semua tindakan ini mencerminkan sikap dan amalan pemimpin-pemimpin kerajaan. Oleh kerana itu bila pembangkang menyatakan bahawa SPRM hanya melakukan pendakwaan terpilih tentang amalan rasuah, rakyat mudah menerimanya. Kerana selama ini, inilah yang dilakukan. Minda rakyat tidak sukar menerima perkara itu. Ini ditambah pula ketika pemilihan UMNO di semua peringkat. Amalan rasuah itu sudah mendarah daging dan menjadi budaya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO , namun bagi mereka yang masih percaya kepada nilai agama, budaya negatif yang menjadi amalan pemimpin UMNO dan kerajaan itu menyebabkan mereka menjauhi parti itu dan kerajaan. Ini bermakna, banyak aspek yang perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menarik semula rakyat untuk bersama-sama mereka. Tetapi malangnya tindakan para pemimpin UMNO hari ini bukan memperbaiki nilai dan budaya mereka sebaliknya mereka cuba menyalahkan orang lain kerana rakyat sudah tidak menyokong mereka. Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka. Bukan setakat perubahan dari segi perlembagaan tetapi apa yang lebih penting ialah perubahan budaya dan amalan pendokongnya. Amalan rasuah, kronisme, nepotisme dan budaya yang berkiblatkan harta benda wajar dibuang jauh-jauh. Ciri kepimpinan yang berteraskan nilai amanah, ikhlas, bertanggungjawab, bermoral dan beragama perlu diterap ke dalam diri para pemimpin dan ahli-ahli UMNO

Thursday, April 7, 2011

Muhyiddin Yassin Memang Temberang.

Muhyiddin jangan temberang, selesai tuntutan guru



Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 7 April: PAS bersimpati dengan nasib guru-guru Kementerian Pelajaran yang lambat menerima tuntutan.



Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat.
Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tahun 2010.
Difahamkan perkara itu berlaku kerana peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan.
“Fenomena ini amat memalukan ketika Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran sibuk temberang rakyat Sarawak dengan berbagai projek sempena pilihanraya Negeri Sarawak,” kata Idris dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ke Sarawak, selesai dahulu nasib guru-guru di bawah kementeriannya.
Di dalam Islam, jelasnya kalau hendak bersedekah kepada orang lain biarlah anak sendiri tidak mengemis kepada orang lain.
“Nampaknya Tan Sri Muhyiddin sibuk buat amal sunat, perkara wajib diabaikan. Nampaknya Kementerian Pelajaran sejak di bawah beliau semakin bercelaru,” katanya.
Sebelumnya, katanya berlaku lambakan lebihan guru Sains dan Metematik seramai 26,000.
Menurutnya, mungkin Muhyiddin pening hendak menjawab tawaran Pakatan Rakyat yang dianggap satu cabaran kepadanya apabila guru-guru akan diberikan imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan.




Untuk melindungi kelemahan, katanya maka Muhyiddin memberi kenyataan jika mengikut tawaran Buku Jingga negara akan bankrap.
Soalnya, sekarang siapa yang bankrap sehingga guru-guru tidak mendapat tuntutan perjalanan walaupun hampir satahun.
“PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno jagalah kebajikan anak kandung dulu sebelum mempedulikan anak orang,” ujarnya.
Menurutnya, negara akan runtuh jika memperolehi kerajaan yang tidak mengambil berat kepada guru-guru kerana mereka ialah orang yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia pada masa akan datang.


Berdasarkan pandangan para pemimpin Pakatan Rakyat, misalnya dalam petikan Harakahdaily di atas, ternyata mereka  seakan-akan lebih memahami hati rakyat khususnya mereka yang bergelar guru. Ternyata pemimpin Pakatan Rakyat amat menghargai peranan guru khususnya dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bermoral, berketrampilan dan berdaya saing.  Namun hari ini guru yang berperanan mendidik generasi muda terpaksa menggalas pelbagai cabaran, beban dan tekanan daripada pelbagai pihak. Kerajaan yang diterajui Najib dan timbalannya gagal meringankan beban guru sebaliknya beban guru bertambah-tambah. Sekolah bestari yang diperkenalkan dalam era Najib menjadi menteri pendidikan bukan sahaja gagal berfungsi meringankan beban guru sebaliknya telah menambahkan beban guru dan kakitangan jabatan pendidikan. Guru-guru bukan sahaja menghadapi masalah lambat dibayar elaun, bahkan perlantikan guru ke jawatan-jawatan tertentu khususnya guru akademik tiungkatan enam  dari DG41 ke DG44 juga terpaksa ditangguhhkan kerana kerajaan kekurangan wang. Dalam keadaan kerajaan Barisan Nasional kekurangan wang, mereka boleh pula mengumumkan berbilion ringgit untuk melaksanakan projek-projek mega yang kebanyakannya tertumpu di kawasan-kawasan bandar selain peruntukan beratus-ratus juta ringgit yang diumumkan semasa PRK. Kini pilihan raya negeri Sarawak menjadi medan untuk mengumumkan pelbagai peruntukan tetapi tunggulah adakah janji itu mampu ditunaikan. Jika sebelum ini guru yang dijanjikan dengan pelbagai imbuhan dan kenaikan pangkat masih terus menunggu dan menunggu janji pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional itu, adakah janji pilihan raya itu mampu ditunaikan. Saya harap rakyat Sarawak lebih rasional dan memahami bahawa cakap dan janji pemimpin-pemimpin Barisan Nasional hari ini amat rendah nilainya. Kalau boleh dinilai dengan wang ringgit, janji pemimpin Barisan Nasional itu tidak lebih daripada RM0.10 sen sahaja. Kebarangkalian untuk tidk menunaikannya amat tinggi. Hal ini kerana mereka bukan pemimpin yang amanah, jujur dan ikhlas, sebaliknya kebanyakan mereka adalah pemimpin yang chauvinistik, hipokrit dan munafik. Cakap lain buat lain. Mereka adalah pemimpin yang bijak memberikan alasan tetapi bukan pemimpin  yang boleh berfikir secara bijak dan jujur.  Mereka mudah menabur janji, dan janji itu kerap mereka mungkir dengan pelbagai lasan untuk memperbodohkan rakyat.
        Sepanjang tempoh Muhyiddin Yassin menjadi menteri pendidikan, saya tidak dapat ada usaha untuk membantu guru-guru melonjakkan produktiviti mereka dengan menjaga kebajikan dan kepentimgan guru. Sebaliknya guru ditekan dengan pelbagai arahan dan hukum yang mereka cipta. Beban guru bertambah dengan dasar satu murid satu sukan. Guru tertekan dengan pelbagai larangan ketika mendidik murid agar berdisiplin dan bermoral. Guru sengeja dikaitkan dengan pelbagai isu sedangkan yang terlibat tidaklah sebanyak mana. Semalam media memaparkan seorang guru wanita ditumbuk pelajar tingkatan dua sehingga hidung guru tersebut patah atau cedera. Adakah guru itu akan mendapat pembelaan? Adakah orang-orang politik memberikan rsepons luar biasa? Kita tunggulah. Saya pasti guru itu sendirilah akan berusaha merawat luka yang dialamai. Saya juga pasti bahawa tekanan jiwa yang dilamai oleh guru itu akan ditanggung sendiri. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak akan berminat menyelesaikan isu itu. Tetapi jika sebaliknya berita itu terbalik, hidung murid patah ditumbuk guru?  Jika ini berlaku saya pasti para pemimpin Barisan Nasional akan berduyun-duyun untuk menyatakan pandangan, maka akan timbullah pelbagai cadangan untuk mengenakan tindakan yang tegas terhadap guru itu. Demikianlah nasib guru. dan demikianlah juga sikap para pemimpin Barisan Nasional khususnya menterim pendidikan. Mereka ini tidak ikhlas. Mereka cuma berpura-pura ikhlas untuk tujuan politik semata-mata. Dan tidak mungkin akan kedengaran akan wujud akta untuk melindungi guru daripada perlakuan ganas pelajarnya sedangkan guru adalah insan mulia yang sanggup mengahadapi pelbagai risiko untuk mendidik generasi muda. Yang pemimpin tahu ialah bagaimana mahu mengenyangkan perut diri, keluarga dan kroni. Yang mereka minat bagaimana mahu mengaut kekayaan negara selagi kuasa masih ada di tangan. Mereka yang dilihat sebagai pengahalang kepada sikpa negatif pemimpin-pemimpin BN ini akan ditentang habis-habisan. Ternyata para pemimpin BN seperti Muhyidin Yassin ini, memang temberang, hipokrit dan munafik.

Saturday, March 19, 2011

Marilah Kita Gunakan Akal Yang Rasional Menerima Pelbagai Isu Yang dicipta Oleh Barua Politik Negara.

10 dalil kes Fitnah II cuma rekaan


(Zakri Ali Rangkuti)



“Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat?



Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagilah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ini. Mari lihat 10 Misteri kes ini:



Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum didakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.



1. Bukti asas tak dibenarkan



Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.



Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.



Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri…. Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..



2. Laporan Pengadu enggan diserahkan



Mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.



Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.



Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya.



Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.



3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan



Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.



Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas Najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, Pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi. Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.



4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.



DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairy dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka.



Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak Lah dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.



5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar.



Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.



Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.



6. Bukti alibi Anwar memadai



Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.



Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.



Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.



7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara



UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar.



Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.



8. Laporan HKL



Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.



Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.



9. Isu motif dan tujuan



Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini.



Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.



10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN



Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa.



Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.



Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, Saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.



Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.



Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.



Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi l*b*ng punggung seorang lelaki. Asalkan Saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.



Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan l*b*ng punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.



Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.



Apa pun , saya doakan agar Allah (membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.



(sumber: tranungkite.net)

Semoga sumber ini menjadikan kita rakyat Malaysia yang rasional dan munasabah serta tidak dipengaruhi sentimen politik semata-mata.

Wednesday, March 9, 2011

Pantun Untuk Najib

Pantun Untuk Najib 


Mana pergi subsidi kami

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari

kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..

kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..

kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..

kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..

jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..

tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?

papa semakin parah..? wang semakin lelah..?

jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..

kerana kerajaan kita sedang susah..?

maka subsidi kita terpaksa diserah..

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh

kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..

apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?

makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari

kepada siapa patut kami tuding jari?

janganlah nanti mereka membenci pertiwi..

akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..

atau kami jadi insan curang..

kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?

tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!

pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..

pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..

kami yang semput bagai melukut di kota kedekut

kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa

bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?

rumah bocor yang lanjut usia..

baju dan kasut anak yang koyak

tinggal dalam rumah yang berasak-asak

siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..

istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..

elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..

hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..

dengan lauk semalam..

dengan hidangan yang tidak bertalam..

dengan rumah yang suram..

dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..

tiada layanan diraja..tiada baju bergaya

tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..

tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..

aduhai celaka bahasa yang kalian guna..

kalian yang belasah, kami yang bersalah..

kalian buat untung, hutang kami tanggung..

kalian mewah melimpah, kami susah parah

kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..

kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..

kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..

ke mana wang itu pergi nanti?

jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..

jika tidak pun buat gula konon merbahaya

mengapa tidak beras diturun harga?

jika tidak untuk minyak kereta..

mengapa tambang tidak potong sahaja..

tapi entah berapa kali janji..

konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..

hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..

kami terus termanggu di sini..

kalian juga yang nikmati..

kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..

jangan hanya kalian sahaja yang merasa.



Pantun tersebut saya jumpa dan terbaca daripada blog DSAI. Bukan pemantun sahaja yang terkesan dengan tindak tanduk kerajaan hari ini bahkan kami juga, ahli UMNO, rakyat biasa, kakitangan awam, petani, peniaga, pelajar dan sebagainya.

Thursday, March 3, 2011

Perdana Menteri dan Isterinya terus menongkah arus.

Datuk Seri Najib dan para pemimpin UMNO bagai menongkah arus. Semakin rakyat mengeluh dengan pelbagai dasar kerajaan dan perilaku pemimpin BN dan UMNO hari ini, semakin mereka galak melaksanakan  program dan dasar yang tidak disukai rakyat. Mereka terus menganggap bahawa rakyat Malaysia ini terlalu bodoh dan bebal. Mereka masih menganggap rakyat di  negara ini tidak peduli dan tidak tahu apa yang mereka lakukan. Sebagai ahli UMNO, saya juga sudah muak dengan sikap dan tindak-tanduk para pemimpin kita hari ini. Contoh paling mudah, keluhan dan rintihan orang ramai terhadap kenaikan harga minyak saya rasa sudah pada tahap yang kritikal. Kritikal maksudnya orang sudah mula mencemuh para pemimpin dengan kata-kata dan ungkapan yang tidak sepatutnya. Orang sudah mempersendakan dasar-dasar kerajaan. Dalam zaman Pak Lah, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang bertukar menjadi  Cemerlang, Gemilang dan Temberang. Zaman Najib, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan, bertukar menjadi Rakyat didahulukan kebuluran, Pencapaian Kekayaan pemimpin diutamakan.
     Ini bermakna persepsi orang awam atau rakyat terhadap pemimpin memang agak negatif. Pemimpin dilihat bagai talam dua muka. Tidak ikhlas membantu rakyat. Atau mungkin istilah yang keras sedikit ialah pemimpin kita hari ini banyak yang munafik. Khususnya pemimpin UMNO.Cakap lain tetapi niat lain. Apa yang dituturkan tidak sama dengan apa yang terniat di hati. Sebab itulah kita lihat apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin BN hari ini tidak sama dengan apa yang dilaksanakan. Kakitangan awam yang berhutang dan diisytiharkan muflis membayangkan bahawa hidup rakyat makin perit. Kebanyakan yang berhutang sehingga muflis adalah lelaki, ini membayangkan kaum lelaki terpaksa berhutang keliling pinggang untuk menyara kehidupan keluarga. Dalam keadaan kos hidup melambung tinggi, pemimpin-pemimpin BN galak pula menghabiskan wang rakyat. Rosmah Mansor yang tidak ada jawatan dalam kerajaan pun mendapat peruntukan yang banyak daripada kerajaan Najib. Benarlah dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan BN itu bermakna kerajaan Bini Najib. Tidak syak lagi. Muka Rosmah sentiasa terpapar di kaca TV. Dalam lawatan ke Australia semalam dapat dilihat pemberita banyak memfokuskan kepada wajah Rosmah Mansor yang gemuk macam lembu tu, seolah-olah dialah Perdana Menteri. Menyampah betul menonton media perdana. Mudah-mudahan kerajaan Bini Najib ini akan berkubur dalam pilihan raua umum kelak. Amin.

Thursday, February 17, 2011

Keputusan Datuk Hisyamuddin Mengesahkan Bahawa UMNO Terlibat?

DENGARLAH JERITAN BATIN RAKYAT SABAH



Written by Admin


Thursday, 17 February 2011 00:36


TweetShare


Saudara Pengarang,


SAYA terpegun seketika apabila terbaca satu artikel yang amat menarik tersiar di Portal Sabahkini.net bertajuk ‘Batalkan Kad Pengenalan dan Kerakyatan PATI’ yang merujuk kepada usaha Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing berhubung gesaannya kepada Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin Tun Hussin supaya diadakan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja bagi menyelesaikan masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI.
Bagaimanapun memorandum yang mengandungi bukti-bukti dakwaan Bumburing itu ditolak oleh menteri berkenaan tanpa alasan yang konkrit. Gelagat Menteri terbabit mengguris perasaan rakyat Sabah yang inginkan kehidupan yang selesa dan aman damai tanpa ancaman musuh dari dalam.
Tahukah Dato’ Hisham bagaimana perasaan rakyat Sabah sekarang yang sentiasa dibayangi kebimbangan sertiap hari, apatah lagi petualang petualang negara dengan berani mencabar undang-undang negara apabila ada di antaranya mengisytiharkan diri mereka sebagai pewaris Sultan Sulu dan bertindak menabalkan diri sendiri sebagai Sultan Sulu.
      Kami rakyat Sabah menegaskan bahawa kehadiran PATI di bumi bertuah ini bukan atas kehendak kami mengundang mereka, tetapi ia berlaku atas musibah negara mereka dan atas belas ehsan kerajaan membenarkan mereka tinggal untuk sementara waktu sebagai peri kemanusiaan.
Malangnya kenapa mereka ini diberikan pula kerakyatan dan Kad Pengenalan semata-mata menjadikan mereka ‘perkakas’ sesebuah parti politik untuk terus memerintah negara ini tanpa mengira kesan jangka panjang rakyat jati Sabah.
Kami bukan tidak bersimpati dengan masalah kebajikan PATI, tetapi kami juga mahu kerajaan khususnya KDN lebih bersimpati dengan nasib masa depan rakyat jati Sabah dari terus tertindas dan menjadi pelarian di negeri sendiri di suatu hari nanti.
Kami amat tertekan dan kebingungan kerana sandaran kami untuk mengatasi masalah keselamatan rakyat jati Sabah tidak lain daripada Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, tetapi malangnya sandaran dan harapan kami terus hancur berkecai apabila Menteri terbabit enggan menerima dan mendengar suara hati rakyat Sabah yang disampaikan Bumburing.
Kami merayu agar suara hati kami didengar dan diambil perhatian yang serius kerana jumlah PATI yang memiliki Kad Pengenalan dan kerakyatan jumlahnya bukan sedikit, malah ratusan ribu dan mungkin dalam tempoh sedekad lagi jumlah mereka akan bertambah berlipat ganda. Jadi, dalam keadaan sebegitu sudah pastilah suara kami, rakyat jati Sabah akan terus tenggelam dan perlahan-lahan hilang di bumi Sabah.
     Menafikan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja membuktikan Kerajaan Pusat takut kepada ‘badi’ yang ditinggalkan oleh ‘Petualang Negara’, Allahyarham Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub yang mendalangi semua kegiatan mengeluarkan kad pengenalan projek atas restu bersama semua pemimpin UMNO, semata-mata untuk merampas ‘Sabah’ daripada tangan Parti Bersatu Sabah ketika itu.




Sekian,




TOK JANGGUT


Berdasarkan luahan salah seorang rakyat Sabah  dalam web sabahkini.net yang tersinggung dengan tindakan KDN yang diterajui Hisyamuddin, membayangkan betapa hati rakyat Sabah seluruhnya  tanpa mengira anutan politik, bangsa dan agama, terguris dengan tindakan Datuk Hisyamuddin itu. Keputusan tanpa alasan yang rasional dan masuk akal itu, dipercayai akan menyebabkan rakyat Sabah tidak lagi menyokong BN. Sebagai pemimpin politik, sudah tentunya secara rasional Datuk Hisyamuddin akan berhati-hati membuat keputusan demi menjaga hati rakyat Sabah. Demi mengekalkan sokongan rakyat Sabah kepada BN, seorang ahli politik seperti Hisyamuddin tidak sepatutnya mengambil tindakan yang boleh mengguris hati rakyat peribumi Sabah. Tetapi dalam soal penubuhan suruhanjaya Diraja untuk menyiasat pertambahan penududk Sabah secara mendadak dengan pemberian taraf kerakyatan kepada PATI. ternyata Hisyamuddin seakan-akan tidak mahu berkompromi. Apakah ada perkara yang mahu dilindungi dengan keputusan tersebut? Atau adakah benar tanggapan umum bahawa pemimpin-pemimpin UMNO  terlibat dengan projek tersebut? Jika tidak mengapa pemimpin-pemimpin UMNO seakan-akan begitu fobia dengan isu yang ditimbulkan oleh Datuk Welfred Bumburing itu?
     Pada tanggapan saya, Hisyamuddin menolak permohonan ahli parlimen UPKO itu kerana beliau seakan-akan sudah tahu jika siasatan dibuat pasti tembelang pemimpin-pemimpin UMNO akan terbongkar. Patutlah selama ini UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka mendakwa bahawa Sabah dan Sarawak adalah fix deposit Barisan Nasional. Rupanya ada udang disebalik batu. Ada strategi yang keji. Mereka sanggup menggadaikan masa depan bangsa  dan rakyat di negeri ini demi mengekalkan kuasa politik mereka. Betapa rakus dan gelojohnya pemimpin-pemimpin UMNO ini. Benarlah juga dakwaan Tukartiub bahawa ada usaha daripada pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan ic sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan kemenangan mereka di Sabah.
     Walaupun sebelum ini saya menyokong UMNO tetapi sejak Najib menjadi PM ini banyak perkara yang tidak masuk akal dilakukan. Perbicaraan Datuk Seri Anwar dan fitnah pemimpin-pemimpin UMNO yang berleluasa menyebabkan saya takut  menyokong kerajaan Barisan Nasional. Jika saya menyokong kerajaan Barisan Nasional hari ini, bermakna kita menyokong mereka menggadaikan negara ini kepada warga asing. Marilah kita meninggalkan UMNO dan kerajaan BN sebelum negera kita tergadai sepenuhnya. Hanya kita yang dapat menyelamatkan negara ini dan bukannya pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang korup, gila kuasa dan harta.