Wednesday, June 22, 2011

Pendaftaran PATI secara besar-besaran Pada Julai adalah Muslihat Pilihan Raya

Semalam dalam media arus perdana dinyatakan bahawa akan diadakan pendaftaran PATI secara besar-besaran? Pagi tadi ketika saya dan rakan-rakan bersembang di sebuah restoran kopitiam  di Pekan Tenom, tidak diduga isu itu ditimbulkan oleh beberapa orang pelanggan di kedai tersebut. Kalau tidak silap saya, salah seorang dalam kumpulan tersebut ialah orang kuat cawangan UMNO. Hasil daripada perualan mereka dapat saya rumuskan bahawa pendaftaran besar-besaran PATI dalam bulan Julai ini ada kaitannya dengan pilihan raya yang akan datang. PATI ini dikumpul untuk  dieksploitasi bagi membantu BN mengekalkan kuasa mereka. "Saya pasti kerajaan BN tidak akan tumbang dalam PRU akan datang. Kalau rakyat secara keseluruhannya tidak menyokong BN, cukuplah 40%-50% yang mengundi BN. Kalau 40% pengundi sesuatu kawasan menyokong BN,maka sahlah BN akan kekal berkuasa" kata orang kuat Cawangan UMNO tersebut. "Mana boleh kalau setakat 40% yang mengundi," kata salah seorang daripada mereka. Salah seorang menjawab,"Jangan lupa, BN ada PATI,".
     Jadi saya simpulkan bahawa BN ada kemungkinan akan menggunakan PATI ini untuk memenangkan mereka. Dan kalau itu berlaku, saya percaya, walau bagaimanapun bencinya rakyat kepada kerajan dan pemimpin-pemimpin BN, mereka hampir pasti akan mengekalkan kuasa. Saya mengharapkan sesuatu yang lebih daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghalang perbuatan keji BN ini. Bukan sekadar memohon injuksi daripada mahkamah Malaysia yang memang ternayata tidak adil, atau mungkin bukan sekadar berhimpun dan menyerahkan memorandum kepada sultan atau agong, kerana sultan dan agong pun seakan-akan tidak berupaya menentang kekejian kerajaan BN ini. Tidak bolehkah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bertindak lebih daripada itu misalnya memohon Suruhanjaya Hak Asasi memantau pilihan raya di negara ini. Atau tidak bolehkah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa SPR dan kerajaan Malaysia di mahkamah antarabangsa? Mengapa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya bersemangat ketika berceramah atau berpidato tetapi begitu lemah dari segi tindakan. Pemimpin-pemimpi Pakatan Rakyat wajar menerima realiti bahawa tanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini daripada pemimpin-pemimpin tamak haloba, rakus dan zalim yang dilahirkan kerajaan BN wajar ditentang hatta dengan darah sekalipun. Saya percaya hampir seluruh rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan BN sejak dahulu lagi tetapi kerana taktik keji SPR dan kerajaan, maka mereka masih terus kekal berkuasa. Percayalah bahawa rakyat sah negara ini akan bersama-sama mereka. Saya ahli UMNO, manakala ramai dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan yang menyertai parti-parti komponen BN juga sudah tidak mahu lagi keajaan BN ini dikekalkan. Kerajaan BN gagal menjaga kebajikan rakyat. Rakyat yang terdiri daripada para petani, kakitangan kerajaan, peniaga, dan sebagainya berjaya disusahkan hidup mereka oleh pemimpin-pemimpin BN.
     Oleh kerana itu kerajaan BN perlu dikalahkan sebelum rakyat tidak ada upaya untuk menentukan kerajaan pilihan mereka secara adil. Pemberian kewarganegaraan kepada PATI oleh kerajaan BN  secara tidak bertanggungjawab adalah pencabulan terhadap hak rakyat negara ini. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjadi sandaran rakyat sepenuhnya untuk mengekang perbuatan tidak bertanggungjawab BN ini.
Saya percaya BN akan mengeksploitasi PATI ini untuk memenangkan mereka. Lanun-lanun ini sanggup melakukan apa sahaja di luar dugaan demi untuk mengekalkan kuasa, sama ada kaedah itu halal atau tidak. Mengikut perlembagaan atau tidak. Saya simpulkan bahawa Kerajaan BN adalah kerajaan yang keji dan tidak bermoral. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira anutan politik untuk menumbangkan BN da;am PRU akan datang.Insyallah rakyat akan berkerjasama demi kebaikan negara ini. Walahualam bisawab

Friday, June 3, 2011

Ahli UMNO banyak yang sudah Tawar Hati Dengan UMNO Hari Ini.

Kelmarin rakan ahli UMNO, Ketua Cawangan menjemput saya minum d restoran Mahmud & Ketering. Restoran baru. Menu restoran tersebut bagus juga. Services pun ok. Apa yang diorder cepat siap. Tidak lama duduk, datang beberapa orang rakan turut serta dengan kami. Apa yang menarik pada petang itu, pandangan beberapa orang rakan terhadap parti dan pemimpin hari ini membayangkan bahawa pemimpin UMNO dan BN hari ini sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat biasa. Rakyat akar umbi sudah tawar hati dengan kepimpinana UMNO sama di peringkat bahagian, negeri, atu kebangsaan. Menurut Ketua Cawangan UMNO tersebut, pemimpin hari ini sudah tidak mampu menyelami kehendak rakyat. Mereka tidak dapat menyelami penderitaan yang dialami oleh rakyat. Pada mereka kenaikan minyak, tarif elektrik itu tidak mempengaruhi kehidupan rakyat. Subsidi kepada rakyat itu amat membebankan tetapi bila menganjurkan sesuatu program yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat kerajaan tidak pula terbeban. Misalnya, ,menurut rakan tersebut himpunan sejuta belia yang dianjurkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak lebih daripada untuk mendapatkan keuntungan politik semata-mata tetapi tiada manfaatnya kepada rakyat. Saya setuju dengan rakan tersebut. Saya pasti program seumpama itu memakan belanja yang besar. Dan jika perbelanjaan program itu digunakan untuk memperbaiki jalan-jalan kampung, saya pasti manfaatnya akan lebih besar. Manfaatnya akan dinikmati oleh rakyat. Malangnya kerajaan hari ini suka dengan program seumpama itu tanpa rasa terbeban. Sebaliknya subsidi minyak, gula dan tarif elektrik yang lebih banyak manfaatnya kepada rakyat, kerajaan begitu terbeban menanggungnya. Demikinalah prihatinmya kerajaan yang ada hari ini. Menurut ketua cawangan tersebut, pemimpin-pemimpin lama yang ada pada hari ini perlulah digantikan dengan generasi baru, pemimpin yang ada wawasan dan kaedah baru untuk membantu rakyat. Apalah makna pembangunan itu jika pembangunan itu hanya dinikmati oleh segelintir manusia sahaja. Peruntukan berbilion ringgit diberikan untuk memperbaiki pengangkutan di bandar-bandar besar tetapi dalam masa yang sama penduduk desa dan luar bandar terus diabaikan. Apa bila pilihan raya tiba, maka macam-macam gula-gula dan janji manis ditaburkan untuk memperbodohkan orang-orang kampung. Pandangan rakan tersebut  membayangkan bahawa orang-orang kampung sudah mula ada kesedaran betapa selama ini mereka terus diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin BN hari ini. Oleh kerana itu tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sokongan kepada pemimpin-pemimpin hari ini tidak lebih daripada lakonan semata-mata. Bila tiba pilihan raya kelak kita akan dapat tahu rakyat masih menyokong BN atau sebaliknya. Jila ahli-ahli UMNO akar umbi sudah mula mempersoalkan dasar-dasar kerajaan, apatah lagi mereka yang tidak menyertai mana-mana parti kerajaan. Dalam keadaan demikian, masihkah pemimpin-pemimpin BN boleh mendabik dada menyatakan bahawa mereka masih mendapat sokongan rakyat seluruhnya? Kita tunggulah PRU ke-13, adakah pemimpin-pemimpin BN berani mengadakan pilihan raya yang bersih?