Sunday, July 17, 2011

Setuju IPCMC Dikuatkuasakan.

IPCMC mesti diadakan semula


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Tragedi keganasan polis pada himpunan Bersih 9 Julai lalu menuntut Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) mesti diadakan semula.

“Suruhanjaya ini perlu dihidupkan semula memandangkan imej polis semakin tercalar di pandangan dunia,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

Katanya, sebagai sebuah badan penguatkuasa di negara ini, polis sepatutnya perlu menunjukkan sebagai sebuah badan yang berwibawa. Menurutnya, pelanggaran hak asasi dan undang-undang berlaku dengan sewenang-wenangnya, seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang dan prosedur tangkapan.
Beliau berkata, penguatkuasa yang wujud pilih kasih ke atas rakyat Malaysia kerana berlainan ideologi telah berlaku dalam himpunan 9 Julai lalu.
Katanya, Patriot yang dipimpin oleh Pergerakan Pemuda Umno dibiar bermaharajela, sedangkan penyokomg Bersih ditangkap walaupun sekadar berbaju Bersih.

Ini, ujarnya seolah-olah mereka yang menyokong kerajaan kebal dari tindakan, manakala rakyat yang menuntut keadilan melalui jaminan undang-undang diburu seperti penjenayah bersenjata berat
Menurut beliau, sekiranya Suruhanjaya Aduan dan Tingkah Laku Polis tidak diadakan imej polis bertambah buruk di kalangan masyarakat awam.

“Kesian kepada polis yang baik dan profesional ketika menjalankan tugas. Sekarang wajah polis dianggap alat BN bukan alat untuk mempertahankan keamanan negara,” ujarnya.
Beliau menambah, suruhanjaya itu bukan sahaja untuk melihat tingkah laku polis, malah untuk meningkat profesional polis dalam perkhidmatan supaya mereka bertindak selari dengan keluhuran undang-undang.

“Kita cukup simpati kepada polis ketika mereka berada di mahkamah yang gagal menjawab soalan peguam bela dengan baik dan menjadi bahan ketawa terutama berhubung kait dengan Akta Polis,” katanya.
Menurutnya lagi, semasa mereka bertindak kepada penyokong Pakatan Rakyat mereka tidak mengambil kira apa yang mereka bertindak itu betul atau tidak.

Akhirnya, kata beliau mereka menerima padah di dalam perbicaraan, contohnya bekas Ketua Polis Rompin diarahkan membayar RM200 ribu kepada Dr Hatta Ramli, Mazlan Mohd Yasin kerana tangkapan tidak sah dalam satu ceramah di Rompin.
“Atas asas ini jika Pakatan Rakyat memerintah suruhanjaya ini perlu disegerakan supaya imej polis dipulihkan angkara negara di bawah pemerintahan BN,” katanya



 Saya setuju dengan cadangan Dr. Hatta Ramli agar suatu bentuk jawatankuasa untuk mengawal salah laku polis perlu diwujudkan. Ini bermakna saya bukanlah penyokong pas atau ahli pas, tetapi sejak akhir-akhir ini polis sudah menyimpang jauh daripada tugas mereka sebagai pelindung dan pengawalan keselamatan. Bahkan dalam keadaan tertentu polis lebih kejam daripada kumpulan samseng. Kalau kita perhatikan bahawa polis  hari ini sudah rosak dari segi moral dan nilai. Di daerah Tenom misalnya, polislah yang kaki judi, kaki botol, kaki perempuan, kaki rasuah, dan pelbagai kegiatan tidak bermoral dan tidak mematuhi undang-undang.
     Jika IPCMC diwujudkan maka saya pasti polis akan lebih berhemah, mengawal tingkah laku, dan pastinya budaya ganas dalam polis dapat dibendung. Kerajaan tidak wajar menunggu rakyat menyerang anggota polis kerana rasa benci terhadap polis, atau polis membunuh sesuka hati barulah bertindak. Kerajaan tidak wajar menyalahgunakan kuasa polis  untuk kepentingan politik. Oleh kerana polis patuh membuta tuli kepada kerajaan maka tindakan ganas polis dihalalkan. Bayangkan kalau ada YB yang sudah tidak menjadi menteri lagi dan keganasan polis itu menimpa mereka, sudah tentu mereka tidak berupaya lagi mengubah tindak-tandukpolis ini. Ubahlah selagi masih ada kuasa.Jika Najib kecundang esok, saya percaya rakyat akan terus menuntut agar kes rasuah beliau akan dibongkar. Pada waktu itu, sanggupkah Najib dikasari oleh polis? Ingatlah bahawa kuasa yang ada pada kita akan dicabut olehAllah pada bila-bila masa sahaja. Jadi selagi kuasa itu ada, buatlah kebaikan. Jika kerajaan terus berdegil, seluruh rakyat Malaysia hendaklahberdoa semoga kuasa yang ada pada Najib Razak dilucutkan secepat mungkin agar negara ini aman damai.

Tuesday, July 5, 2011

Tembelang pecah


Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.

Akhirnya tembelang Najib “pecah”.
Janji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong. Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib. Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.
Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

Apakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?
Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.
Ini kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.
Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang “bersih” dan tidak mencurigakan.

Amat berpengetahuan
Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.
Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Times dan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.
Ini tidak termasuk RTM dan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan. Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian. Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.
Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.
Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.
Beliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.
Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?

Tutup sebelah mata
Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil. Kehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.
"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."
Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.

Sebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil. Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar. Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Saya amat bersetuju dengan tulisan Wira Arjuna ini, sejak dahulu saya memang tidak suka dengan Najib yang ganas dan tidak peduli terhadap pandangan dan rintihan rakyat. Kalau ada anugerah " pembohong dan penipu tersohor, serta Perdana Menteri paling kejam dan ganas di Malaysia ini, Najiblah penerimanya. Perdana Menteri 1 Malaysia itu tidak dapat disaingi oleh perdana menteri lain di Malaysia. Mahathir yang dilabelkan sebagai diktaktor, masih prihatin terhadap permasalahan rakyat. Keluhan rakyat dalam zaman Mahathir masih didengar meskipun rasuah berleluasa. Itulah beza Najib dan Mahathir. Kalau Mahathir dilabelkan sebagai diktaktor dan bapa rasuah Malaysia, Najib boleh diberikan geleran sebagai perdana Menteri penipu, putar belit, pembohong dan pengganas. Walau pun saya ahli UMNO, sejak dulu kini dan selamanya, saya tetap membenci pemimpin macam Najb. Celaka.