Wednesday, May 5, 2010

Kedudukan BN Di Sabah

Berdasarkan pilihan raya 2008, BN bukanlah begitu ampuh dan kuat. Berdasarkan kedudukannya sebagai pemerintah, sewajarnya sokongan rakyat kepada parti sewajarnya lebih baik. Bilangan yang mengundi pada PRU ke-12 ialah 493,775. Ini tidak termasuk kawasan yang dimenangi tanpa tanding. Menang tanpa tanding bukan bermakna rakyat di kawasan tersebut menyokong BN seratus peratus. Ini kerana terdapat pelbagai penipuan dan pelanggaran akta pilihan raya, maka mereka yang terbabit menang tanpa tanding. Daripada jumlah tersebut, 23 kawasan parlimen yang dipertandingkan 306,595 telah mengundi BN. Manakala 195, 660 memilih PKR, DAP, Bebas atau Bersekutu.
Pada pendapat saya, dengan keadaan PKR dan DAP yang kurang dari segi kewangan dan juga jentera, pencapaian mereka dalam pilihan raya itu memperlihatkan bahawa rakyat Sabah mula melihat kedua-dua parti itu sebagai parti yang mampu menjadi pilihan sekiranya pemimpin-pemimpin BN dan UMNO tidak berfungsi dengan baik. Jika dilihat dari segi undi parti-parti pembangkang, PKR memperoleh 133,796 undi dari 21 kawasan parlimen yang ditandinginya. Manakala DAP memperoleh 27,221 undi dari 4 kawasan parlimen yang ditandingi, Bebas memperoleh 25,221 dari 16 calon bebas yang bertanding dan Parti Bersekutu hanya memperoleh 942 undi. Dari 21 kawasan parlimen yang ditandingi, PKR boleh mencapai kemanangan 8 kawasan jika mereka mempunyai kewangan yang cukup. Hal ini berdasarkan kelebihan undi Barisan Nasiona di kawasan terbabit yang amat kecil. Bahkan jika PKR dan parti-parti pembangkang lain ada kata sepakat, BN mampu ditumpaskan. DAP pula boleh menang keempat-empat kerus yang ditandingi jika ada permufakatan dengan PKR. Bebas pula mendapat undi yang agak banyak di kawasan Parlimen P181 Batu Sapi. Hal ini kerana DAP dan PKR tidak bertanding di kawasan pilihan raya.
Berdasarkan peratus undi pembangkang dan bebas yang mencacah 39.6%, dapat dirumuskan bahawa masa depan parti pembangkang di Sabah amat cerah jika pilihan raya diadakan secara telus. Tambahan lagi banyak pemimpin Barisan Nasional yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik sepanjang tempoh. Dapat diperhatikan corak kepimpinan lama masih diamalkan. Pemimpin kerap muncul ketika pilihan raya hampir tiba. Ada juga pemimpin yang menjenguk rakyat ketika pilihan raya masih jauh, itu pun secara kebetulan sahaja kerana ada pemimpin besar datang atau ada perayaan atau majlis yang melibatkan mereka sebagai orang politik.
Kegagalan pemimpin BN ini berfungsi dengan baik gagal pula dimanfaatkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka gagal mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri kepada rakyat. Banyak isu rakyat ekoran kegagalan pemimpin Barisan Nasional melaksanakan tanggungjawab mereka gagal pula dihidu oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang kebanyakannya hanya muncul pada pilihan raya. Pemimpin pembangkang perlu mencari pemimpin-pemimpin tempatan yang benar-benar ikhlas dan prihatin terhadap rakyat jelata. Saya ambil contoh yang paling mudah. Isu gula yang tidak mencukupi sejak tahun lalu, pihak pembangkan di Sabah terus membisu. Walhal masyarakat pedalaman khususnya Tenom dan Keningau terus mengalami masalah gula. Harga getah pula yang dikatakan dimonopoli LIGS, turut menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat, namun di mana pemimpin-pemimpin pembangkang? Mereka terus membisu. Jelas sangat betapa tidak ikhlas dan berwibawanya pemimpin-pemimpin pembangkang di Sabah hari ini. Sikap dan mentaliti mereka masih ditakuk lama. Adakah mereka fikir genarasi baru hari ini sama seperti genarasi lalu, genarasi yang kurang terdedah dengan pelbagai maklumat. Jika mahu menjadi pemimpin alaf ini mereka perlu lebih proaktif. Mereka perlu memperlihatkan keupayaan mereka sebagai pemimpin lama sebelum pilihan raya jika mereka mahu diri mendapat sokongan generasi muda. Waktu pilihan raya yang singkat tidak cukup untuk memperkenalkan diri mereka.
Justeru kalau pembangkang hendak menawan Sabah, maka pemimpin-pemimpin tertinggi mereka perlu mencari atau mencungkil pemimpin-pemimpin muda yang lebih berwibawa, ikhalsa dan bertanggungjawab. Bukan pemimpin yang mudah digabui dengan wang ringgit.

Tuesday, May 4, 2010

UMNO dan Pemimpinnya Tidak Harus Dibenci Jika Mereka Benar-benar Mesra Dan Ikhlas Terhadap Rakyat.

Pada saya konsep 1 Malaysia hanya satu slogan yang tidak memberikan apa-apa makna kepada kehidupan rakyat. Bahkan perasaan rakyat terhadap pemimpin UMNO dan BN bertukar kepada kebencian yang melampau. Tengok berita RTM, TV 3, Awani dan sebagainya, semua berita yang dimuatkan amat memuakkan. Benci. Rakyat lebih suka membaca atau mendapatkan maklumat daripada internet berbanding media dibawah kawalan BN. Blog dan web individu yang lebih dipercayai dan diyakini berbanding berita daripada media perdana.


Kebencian terhadap pemimpin UMNO dan BN, kini menular kepada SPR, SPRM, PDRM serta pelbagai agensi yang prokerajaan. Mahkamah dah lama diletakkan di tempat yang paling rendah. Rakyat sudah lama tidak percaya kepada keadilan mahkamah di Malaysia. Agensi-agensi itu amat ketara diperalatkan oleh kerajaan untk kepentingan politik.


Semgoa pelbagai penipuan pelbagai agensi ini akan mendapat balasan daripada Allah. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Sekian terima kasih....