Monday, July 12, 2010

Kemenangan Sepanyol Menjadi Kenangan Manis kepada peminat Bola Sepak sebaliknya Kekalahan UMNO dan BN akan menjadi kenanagan Manis kepada Rakyat Malay

Kemenangan Sepanyol adalah suatu kemenangan yang amat manis kepada peminat bola sepak dunia. Kemenangan itu memang tidak dijangka. Saya meminati corak permainan Sepanyol tetapi saya geram kerana barisan penyerang mereka tidak berbisa. Dalam keadaan pasukan-pasukan yang menjadi pilihan tumpas satu demi satu, Sepanyol terus melakar sejarah yang manis dalam kejohanan tersebut.
Kemenangan manis Sepanyol itu saya harap akan berlarutan dalam pilihan raya ke-13 kelak jika Pakatan Rakyat mampu menawan Putera Jaya. Sebagaimana bosannya saya melihat kelibat pasukan-pasukan besar seperti Brazil, German, Argentina dan beberapa pasukan ternama beraksi di final, begitulah juga betapa bosannya saya dan rakyat jelata melihat dan bernaung dibawah kerajaan yang sama sejak berpuluh tahun. Kebencianb kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerana penyelewengan dan sikap putar belit mereka. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pemimpin-pemimpin BN hari ini khususnya UMNO masih menganggap bahawa rakyat terlalu bodoh dan dungu. Mudah dibohongi.
Sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang walaupun kadang-kadang remeh tetapi liputan dan komen pemimpin BN amat meluas. Mereka sengeja mengada-ngada. Sikap mereka amat membosankan. Mereka sepatutnya tdk perlu melatah jika apa yang didakwa itu palsu.Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini perlu mengambil iktibar dari daripada sikap dan tindak-tanduk pemimpin BN hari ini. Kebanyakan pemimpin BN hari ini tidak ikhlas mentadbir negara, tidak ikhlas membantu dan membangunkan rakyat. Mereka ada perjuangan tersirat. Perjuangan mengenyangkan perut sendiri, keluarga dan kroni. Setiap dasar yang dibuat pasti ada udang di sebalik batu.
Jika keputusan dalam PRU ke-13 akan datang tidak dijangka dengan kemanangan besar kepada Pakatan Rakyat, sudah pasti keputusan itu kelak akan mencatat sejarah baru dunia sebagaimana Sepanyol melakar sejarah menjuarai Piala Dunia. Hal ini kerana catatan sejarah hari ini amat membosankan, setiap kali pilihan raya BN menang dengan majoriti melebihi 2/3. Kecuali PRU ke-12 bilamana majoriti 2/3 BN dinafikan maka mengelebahlah pemimpin-pemimpin BN khususnya pemimpin-pemimpin UMNO.
Saya sering kali berfikir mengapa negara-negara lain begitu mudah menukar kerajaan. Pemimpin-pemimpin mereka pula adakalanya meletakkan jawatan secara sukarela. Gejala ini dapat di lihat di negara Jepun. Tetapi di Malaysia keadaan demikian tidak berlaku, bukan kerana rakyat setia kepada parti pemerintah maka kerajaan BN terus kekal. Sebaliknya banyak agensi kerajaan seperti PDRM, SPR, SPRM dan kehakiman yang sering kali berpihak kepada UMNO dan BN. SB yang kononnya berkecuali sering kali menjadi alat pemimpin-pemimpin BN untuk membuat kajian tentang sokongan rakyat kepada mereka. SPR pula berat sebelah dan berpihak kepada BN dan UMNO. Demikian juga agensi-agensi lain. Rasuah dalam pilihan raya berleluasa tetapi SPR tutup mata sahaja.
Semua gejala dan perkara tersebut menjadi kebencian rakyat. Justeru jika BN kalah dalam PRU ke-13 kelak, kekalahan itu pasti akan menjadi kenangan manis kepada rakyat jelata.

Sunday, July 4, 2010

UMNO SEHINGGA HARI INI BELUM NBERUBAH

Saya setuju dengan pandan MSO agar pemimpin BN tidak perlu sibuk memburukkan pihak pembangkang sahaja. Tindakan ini amat memuakkan.Saya ahli UMNO dari dahulu hingga kini, tetapi sejak 2 tahun lalu saya sudah muak dgn kerajaan hari ini. Bagi saya UMNO dan kerajaan khususnya pemimpin-pemimpin tidak perlulah membuang masa mengutuk dan memburuk-burukkan pembangkang. Ada baiknya kerajaan menumpukan usaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat, membantu menambahkan pendapatan mereka. Kakitangan kerajaan misalnya sudah lama sejak Pak Lah menaikkan harga minyak tidak berpuas hati dengan kerajaan yang ada hari ini. Bila difikirkan mengapa ini berlaku, sudah pastilah kuasa beli mereka sudah merosot manakala harga barang meningkat. Kerajaan asyik membantu golongan miskin tetapi dalam masa yang sama hidup kakitangan kerajaan semua kategori terasa terhimpit. Gaji mereka masih ditakuk lama. Dalam keadaan begitu pemimpin pula sibuk memburuk-burukkan pembangkang. Sudah pastilah kebencian terhadap kerajaan bertambah-tambah. Bila pemimpin dikutuk kerana isu-isu tertentu, rakyat akan cuba mencari fakta tentang isu itu. Dan dalam kebanyakan isu yang dikaitkan dengan pembangkang, ternyata pihak kerajaan semacam berbohong, memutarbelitkan fakta. Anwar hipokrit dengan memohon maaf kepada yahudi kerana menggunakan istilah zionis misalnya. Isu itu rakyta tdk kisahpun, tetapi bila kerajaan besar-besarkan, saya berusaha mencari pula teks asal ucapan Anwar dalam media US dan ternyata saya boleh labelkan pemimpin-pemimpin BN ini tidak faham atau berpura-pura tidak faham atau sengeja memutarbelitkan fakta yang mereka sebenarnya faham. Semacam pemimpin BN amat dungu dengan kehendak rakyat hari ini. Bukan propaganda atau putar belit yang kami mahu. Kami mahu beban kami diringankan dan dalam masa yang sama kami mahu juga kebenaran. Kami mahu pemimpin yang jujur. Pemimpin yang ikhlas. Bukan menyalahtafsirkan kenyataan pihak yang menjadi seteru mereka. Isu felda itu pun, isu yang remeh. Kalau tidak betul, jangan buang masa dengan mensensaikannya dalam media. Tunjukkan pengurusan kewangan felda selama ini. Telus atau tak. Rakyat tidak mudah menerima dengan mudah sesuatu perkara dengan menggunakan undang-undang dan kuasa semata-mata supaya kenyataan kerajaan itu benar dan kenyataan pemimpin pembangkang itu bohong. Dunia sudah berubah. Persepsi rakyat selama ini ialah kerajaan dan pemimpin-pemimpin sudah terlalu banyak berohong. Pemimpin-pemimpin hari ini tidak ikhlas negara. Semua yang mereka lakukan berkiblatkan kepentingan diri. Apa yang pemimpin buat ialah buktikan bahawa mereka ikhlas. Buktikan dengan perbuatan dan tindakan yang diharapkan oleh rakyat. Bukan menekan pemimpin pembangkang. Semakin pemimpin pembangkan ditekan, semakin benci rakyat terhadap kerajaan. Terserahlah kepada pemimpin UMNO dan BN. Bagi saya, sudah lama saya meninggalkan UMNO walaupun saya tidak pernah mengisytiharkan keluar parti.

Wallahualam bisawab.