Monday, July 19, 2010

Tanda-tanda UMNO akan Tumbang PRU-13

UMNO atau Muhyidin yang tidak faham-faham dengan penjelasan beberapa pemimpin Pas bahawa mereka tidak mahu lagi tertipu dengan tipu daya UMNO. Diperlukan bila susah, bila senang dilupakan bahkan dihina golongan ulama ini tidak boleh mentadbir negara. Itulah UMNO dari dulu, tidak berubah-ubah. Najib pula dengan penuh muslihat mahukan kononnya agar Pas menghormati UMNO. Najib sebagai perdana menteri 1 Malaysia, pernahkah menghormati Pas. Kalau Najib menghormati Pas, mengapa royalti minyak dinafikan oleh kerajaan beliau. Kekadang kita rasa lucu, cuak bercampur pelik dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Apakah UMNO sudah tahu bahawa dalam PRU ke-13 mereka akan tumbang maka mereka beria-ia mahu berunding dengan Pas, kononnya demi masa depan Melayu. Tidak cukupkah pemimpin-pemimpin UMNO sahaja yang memikirkan masa depan orang Melayu dan bumiputera yang tak sudah-sudah sehingga ke hari ini. Bukankah selama ini para pemimpin UMNO begitu sombong dan bongkak dengan mengatakan bahawa hanya mereka yang mampu mentadbir negara dengan baik. Kalau Pas yang menarajui negara ini pasti negara akan kucar-kacir. Najib dan Muhyidin sudah lupa agaknya dengan kenyataan-kenyataan mereka semasa pilihan raya umum ke-12 dahulu. Mereka lupa tetapi rakyat macam kami tidak lupa.
Dalam kenyataan lain, Najib dengan sombong mahu berbincang dengan Pas bukan kerana mereka tidak kuat tetapi demi masa depan Melayu. Sebagai rakyat biasa, saya fikir pemimpin-pemimpin hari ini tidak perlulah memikirkan masa depan Melayu atau rakyat Melayu kerana selama ini pun pemimpin-pemimpin UMNO tidak ikhlas. Para cukong Cina juga yang kaya. Dari projek kelas F hingga A, kebanyakannya diserahkan kepada tauke-tauke cina. Kontraktor bumiputera yang dilabel kelas F dapat komisen sahaja. Lihat berapa Melayu dan bumiputera yang sudah kaya raya. Kalau betul nak perjuangkan Melayu, naikkan gaji kakitangan kerajaan. Kebanyakan mereka yang menjadi kakitangan kerajaan adalah Melayu. Kalau nak bantu Melayu secara ikhlas, ringankan beban mereka. Ini tidak berapa kali minyak naik, barang naik tetapi gaji kakitangan kerjaan begitu-gitu juga. Ikhlaskah kerajaan hari di mata kami? Tepuk dada tanya selera. Harap pemimpin hari bermuhasabahlah.

Sunday, July 18, 2010

Malaysia Oh Malaysia.

Apa sudah jadi dengan negaraku ini Malaysia. Apakah saya harus berbangga dengan pemimpin-pemimpin yang cakap lain buat lain. Kata rakyat didahulukan tetapi nampaknya rakyat terus dibebankan. Dari dahulu beginilah pemimpin kita, cuma waktu itu Petronas masih kaya, banyak duit. Pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu boleh korek duit dari petronas untuk mengenyangkan perut buncit mereka. Maklumlah perut buncit pemimpin kita terlalu besar. Duit yang sedikit seperti yang dimiliki rakyat tidak cukup untuk mereka. Hari ini pendapatan petronas sudah susut, kayu balak di Sabah dan Sarawak pun sudah habis, apa lagi hasil negara yang boleh dimanfaatkan oleh mereka untuk menampung keperluan hidup pemimpin kita. Bila sumber semulajadi mula berkurang mulalah mereka memikirkan pelbagai cara untuk mengaut keuntungan dari rakyat. Mula dengan dasar penswastaan Mahathir. Dasar yang boleh mengenyangkan perut-perut boroi pemimpin-pemimpin kita.
Hari nak swastakan apa lagi? Takkan nak swastakan Jabatan Pendidikan, caranya naikkan cukai, naikkan minyak, luluskan lesen judi "halal" (halal dalam konteks pemimpin UMNO) dan pelbagai lagi dasar yang membebankan rakyat. Tahniah kepada Najib kerana slogan rakyat didahulukan sudah tercapai. Memang rakyat yang didahulukan untuk mengikut perut, menderita dan menerima beban akibat keborosan mereka.