Lihatlah keadaan ini. Kerosakan ini sudah berlaku 3 tahun yang lalu tetapi sehingga ke hari ini para pemimpin senyap saja. Mungkin pilihan raya masih terlalu jauh. Tiada pilihan raya bermakna tiada pembaikan akan dibuat. Mungkin tahun depan barulah kerajaan sibuk memperbaikinya. Pada waktu itu kontraktor-kontraktor kelas A hingga F, sibuk. Tidak cukup pekerja kerana kerja terlalu banyak. Pada waktu itu juga nanti, kualiti tidak lagi penting. Yang penting, projek mesti disiapkan sebelum pulihan raya. Inilah agaknya nilai pembangunan yang diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin BN. Apa yang penting bagi mereka rakyat dapat dipancing semasa mengundi nanti.Mereka tidak perlu lagi bertungkus lumus semasa berkempen. Rakyat akan lihat bahawa hanya kerajaan BN yang mampu melaksanakan pembangunan. Pembangunan semasa pilihan raya. Selepas pilihan raya, mereka pun hilang dan akan muncul semula 2 tahun sebelum pilihan raya. Ikhlaskah pemimpin-pemimpin BN hari ini,
1 comment:
Kerajaan UMNO memang macam tu. Rasuah, nepotesime, kronisme dan animisme kah..kah..kah. Dekat pilihan raya baru sibuk. mereka ini bukannya ikhlas pon dari dulu kini dan selamanya.
Post a Comment