Wednesday, April 7, 2010

UMNO-APCO, atau APCO-UMNO

Pendedahan terbaru DSAI tentang penglibatan zionis dalam negara hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap UMNO. Sikap agresif pemimpin-pemimpin BN, bagaikan perilaku zionis. Apakah DSN, perdana meteri 1 Malaysia perlu terus membisu. Kebisuan Najib ternyata menyebabkan rakyat gelisah. Ini bermakna menyokong UMNO dan BN bermakna menyokong pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpn-pemimpin UMNO. Kalau selama ini tindakan yang keterlaluan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN terhadap DSAI, sudah cukup menakutkan rakyat tidak kira aliran politik terhadap dosa fitnah yang mereka akan tanggung kalau terus menyokong pemimpin-pemimpin UMNO, apatah lagi keberadaan agen-agen Yahudi dalam sistem komunikasi negara yang menjahanamkan negara ini pada masa akan datang. Apakah rakyat akan sanggup memekakkan telinga dan berpura-pura tidak tahu sedangkan negara berada diambang bahaya. Barisan Nasional dan UMNO perlu segera menamatkan kontrak dengan syaikat-syarikat berkaitan, jika tidak kami hanya tinggal nama sebagai ahli UMNO sedangkan sokongan dan hati kami sudah jauh daripada UMNO. terserahlah kepada pemimpin-pemimpin UMNO hari ini untuk menentukan masa depan UMNO. Hanya satu hakikat yang perlu diketahui oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Rakyat bencikan keganasan dan kezaliman. Rakyat akan terus membenci UMNO jika sikap suka menekan pihak lawan terus menjadi amalan. Hal ini kerana perbuatan ini menimbulkan persepsi bahawa pemimpin-pemimpin UMNO kejam dan ganas umpamapemimpin zionis.

Sekian wallahualam.

No comments: