1 hari 3 hari 7 hari
11/01/2011 Kelantan 710 739 810
11/01/2011 Terengganu 713 741 813
11/01/2011 Pahang 710 739 810
11/01/2011 Johor 705 733 804
11/01/2011 Negeri Sembilan 713 741 813
11/01/2011 Melaka 708 736 807
11/01/2011 Selangor 708 736 807
11/01/2011 Perak 708 736 807
11/01/2011 Kedah 705 733 804
11/01/2011 Perlis 705 733 804
11/01/2011 Pulau Pinang 705 733 804
Sabah 6.25 6.25 6.25
Siapa yang mendapat keuntungan dengan adanya perbezaan harga antara Sabah dan Semenanjung? Musa Aman? Pemimpin-pemimpin BN Sabah? Atau hantu yang mendapat keuntungan dengan perbezaan harga ini?vAhli-ahli politik kata, Kerajaan Sabah sudah tidak mempunyai kuasa lagi untuk menentukan harga getah kerana LIGS bukan lagi di bawah kerajaan negeri. Masalahnya, mengapa para pemimpin-pemimpin hari ini berdiam diri. Mengapa tidak ada usahakan sesuatu agar rakyat Sabah yang mereka wakili mendapat manfaatnya. Kalau tidak untuk apa mereka diundi menjadi wakil rakyat? Bukankah tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat terletak di bahu mereka? Adakah pemimpin-pemimpin BN Sabah juga mendapat keuntungan dengan perbezaan harga ini? Jika pemimpin-pemimpin BN turut mengaut keuntungan dengan perbezaan harga ini, maka ada rasionalnya mereka berdiam diri sejak dahulu lagi. Pemimpin-pemimpin PBS yang dahulunya berdegar-degar memperjuangkan perjanjian 20 perkara yang dilupakan oleh kerajaan persekutuan, kini diam membisu. Mungkin mereka sudah kekenyangan. Banyak yang masyuk ke poket masing-masing. Bahkan beberapa penulis blog turut memaparkan penyeleewngan para pemimpin utama PBS ini. Ternyata pemimpin-pemimpin PBS ini juga mudah cair dengan kekayaan dan harta benda. Perjuangan mereka selama ini ternyata tidak ikhlas. Wajarlah parti itu bersengkongkol dengan parti UMNO, maka lengkaplah kini Sabah diperintah oleh kerajaan yang tamak haloba dan gilakan harta benda. Yang penting bagi kerajaan Sabah hari ini bukan rakyatnya tetapi bagaimana mengaut kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga. Perjuangan untuk membela rakyat hanyalah batu loncatan semata-mata. Bila sudah berada di tampuk kuasa, maka tercapailah hasrat untuk memperkayakan diri sendiri dan keluarga. Beginilah jenis pemimpin BN hari ini. Semoga pilihan raya akan datang akan mengubah segalanya.
No comments:
Post a Comment