Thursday, March 3, 2011

Perdana Menteri dan Isterinya terus menongkah arus.

Datuk Seri Najib dan para pemimpin UMNO bagai menongkah arus. Semakin rakyat mengeluh dengan pelbagai dasar kerajaan dan perilaku pemimpin BN dan UMNO hari ini, semakin mereka galak melaksanakan  program dan dasar yang tidak disukai rakyat. Mereka terus menganggap bahawa rakyat Malaysia ini terlalu bodoh dan bebal. Mereka masih menganggap rakyat di  negara ini tidak peduli dan tidak tahu apa yang mereka lakukan. Sebagai ahli UMNO, saya juga sudah muak dengan sikap dan tindak-tanduk para pemimpin kita hari ini. Contoh paling mudah, keluhan dan rintihan orang ramai terhadap kenaikan harga minyak saya rasa sudah pada tahap yang kritikal. Kritikal maksudnya orang sudah mula mencemuh para pemimpin dengan kata-kata dan ungkapan yang tidak sepatutnya. Orang sudah mempersendakan dasar-dasar kerajaan. Dalam zaman Pak Lah, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang bertukar menjadi  Cemerlang, Gemilang dan Temberang. Zaman Najib, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan, bertukar menjadi Rakyat didahulukan kebuluran, Pencapaian Kekayaan pemimpin diutamakan.
     Ini bermakna persepsi orang awam atau rakyat terhadap pemimpin memang agak negatif. Pemimpin dilihat bagai talam dua muka. Tidak ikhlas membantu rakyat. Atau mungkin istilah yang keras sedikit ialah pemimpin kita hari ini banyak yang munafik. Khususnya pemimpin UMNO.Cakap lain tetapi niat lain. Apa yang dituturkan tidak sama dengan apa yang terniat di hati. Sebab itulah kita lihat apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin BN hari ini tidak sama dengan apa yang dilaksanakan. Kakitangan awam yang berhutang dan diisytiharkan muflis membayangkan bahawa hidup rakyat makin perit. Kebanyakan yang berhutang sehingga muflis adalah lelaki, ini membayangkan kaum lelaki terpaksa berhutang keliling pinggang untuk menyara kehidupan keluarga. Dalam keadaan kos hidup melambung tinggi, pemimpin-pemimpin BN galak pula menghabiskan wang rakyat. Rosmah Mansor yang tidak ada jawatan dalam kerajaan pun mendapat peruntukan yang banyak daripada kerajaan Najib. Benarlah dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan BN itu bermakna kerajaan Bini Najib. Tidak syak lagi. Muka Rosmah sentiasa terpapar di kaca TV. Dalam lawatan ke Australia semalam dapat dilihat pemberita banyak memfokuskan kepada wajah Rosmah Mansor yang gemuk macam lembu tu, seolah-olah dialah Perdana Menteri. Menyampah betul menonton media perdana. Mudah-mudahan kerajaan Bini Najib ini akan berkubur dalam pilihan raua umum kelak. Amin.

No comments: