Sunday, July 17, 2011

Setuju IPCMC Dikuatkuasakan.

IPCMC mesti diadakan semula


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Tragedi keganasan polis pada himpunan Bersih 9 Julai lalu menuntut Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) mesti diadakan semula.

“Suruhanjaya ini perlu dihidupkan semula memandangkan imej polis semakin tercalar di pandangan dunia,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

Katanya, sebagai sebuah badan penguatkuasa di negara ini, polis sepatutnya perlu menunjukkan sebagai sebuah badan yang berwibawa. Menurutnya, pelanggaran hak asasi dan undang-undang berlaku dengan sewenang-wenangnya, seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang dan prosedur tangkapan.
Beliau berkata, penguatkuasa yang wujud pilih kasih ke atas rakyat Malaysia kerana berlainan ideologi telah berlaku dalam himpunan 9 Julai lalu.
Katanya, Patriot yang dipimpin oleh Pergerakan Pemuda Umno dibiar bermaharajela, sedangkan penyokomg Bersih ditangkap walaupun sekadar berbaju Bersih.

Ini, ujarnya seolah-olah mereka yang menyokong kerajaan kebal dari tindakan, manakala rakyat yang menuntut keadilan melalui jaminan undang-undang diburu seperti penjenayah bersenjata berat
Menurut beliau, sekiranya Suruhanjaya Aduan dan Tingkah Laku Polis tidak diadakan imej polis bertambah buruk di kalangan masyarakat awam.

“Kesian kepada polis yang baik dan profesional ketika menjalankan tugas. Sekarang wajah polis dianggap alat BN bukan alat untuk mempertahankan keamanan negara,” ujarnya.
Beliau menambah, suruhanjaya itu bukan sahaja untuk melihat tingkah laku polis, malah untuk meningkat profesional polis dalam perkhidmatan supaya mereka bertindak selari dengan keluhuran undang-undang.

“Kita cukup simpati kepada polis ketika mereka berada di mahkamah yang gagal menjawab soalan peguam bela dengan baik dan menjadi bahan ketawa terutama berhubung kait dengan Akta Polis,” katanya.
Menurutnya lagi, semasa mereka bertindak kepada penyokong Pakatan Rakyat mereka tidak mengambil kira apa yang mereka bertindak itu betul atau tidak.

Akhirnya, kata beliau mereka menerima padah di dalam perbicaraan, contohnya bekas Ketua Polis Rompin diarahkan membayar RM200 ribu kepada Dr Hatta Ramli, Mazlan Mohd Yasin kerana tangkapan tidak sah dalam satu ceramah di Rompin.
“Atas asas ini jika Pakatan Rakyat memerintah suruhanjaya ini perlu disegerakan supaya imej polis dipulihkan angkara negara di bawah pemerintahan BN,” katanya



 Saya setuju dengan cadangan Dr. Hatta Ramli agar suatu bentuk jawatankuasa untuk mengawal salah laku polis perlu diwujudkan. Ini bermakna saya bukanlah penyokong pas atau ahli pas, tetapi sejak akhir-akhir ini polis sudah menyimpang jauh daripada tugas mereka sebagai pelindung dan pengawalan keselamatan. Bahkan dalam keadaan tertentu polis lebih kejam daripada kumpulan samseng. Kalau kita perhatikan bahawa polis  hari ini sudah rosak dari segi moral dan nilai. Di daerah Tenom misalnya, polislah yang kaki judi, kaki botol, kaki perempuan, kaki rasuah, dan pelbagai kegiatan tidak bermoral dan tidak mematuhi undang-undang.
     Jika IPCMC diwujudkan maka saya pasti polis akan lebih berhemah, mengawal tingkah laku, dan pastinya budaya ganas dalam polis dapat dibendung. Kerajaan tidak wajar menunggu rakyat menyerang anggota polis kerana rasa benci terhadap polis, atau polis membunuh sesuka hati barulah bertindak. Kerajaan tidak wajar menyalahgunakan kuasa polis  untuk kepentingan politik. Oleh kerana polis patuh membuta tuli kepada kerajaan maka tindakan ganas polis dihalalkan. Bayangkan kalau ada YB yang sudah tidak menjadi menteri lagi dan keganasan polis itu menimpa mereka, sudah tentu mereka tidak berupaya lagi mengubah tindak-tandukpolis ini. Ubahlah selagi masih ada kuasa.Jika Najib kecundang esok, saya percaya rakyat akan terus menuntut agar kes rasuah beliau akan dibongkar. Pada waktu itu, sanggupkah Najib dikasari oleh polis? Ingatlah bahawa kuasa yang ada pada kita akan dicabut olehAllah pada bila-bila masa sahaja. Jadi selagi kuasa itu ada, buatlah kebaikan. Jika kerajaan terus berdegil, seluruh rakyat Malaysia hendaklahberdoa semoga kuasa yang ada pada Najib Razak dilucutkan secepat mungkin agar negara ini aman damai.

No comments: