Wednesday, December 15, 2010

Pegawai Pulau Pinang RM1,300, pusat hanya RM500



Harakahdaily
IPOH, 15 Dis: Pakatan Rakyat Perak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berulangkali memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Terkini melibatkan semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.


“Pemberian elaun tambahan dari kerajaan negeri ini merupakan insentif galakan yang bakal memacu lagi moral kerja bermutu di kalangan kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.
Tambahnya lagi, seluruh kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa jabatan menikmati tambahan pendapatan mereka, ini adalah hasil dari keputusan bijak rakyat negeri Pulau Pinang yang memilih pemimpin mereka dengan betul, syabas beliau ucapkan.

Sebelum ini bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu, kata beliau lagi.Sedangkan hanya RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan, katanya


Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini

“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.


“Tindakan ini dikira suatu yang amat wajar, kerajaan yang mempunyai kakitangan yang bermotivasi akan akan memberi impak positif terhadap mutu kerja untuk memenuhi keperluan serta tuntutan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Kerajaan Pusat sepatutnya mencontohi tindakan kerajaan Pulau Pinang dalam soal menjaga kebajikan seluruh kakitangannya, ini adalah suatu tindakan yang amat wajar, malangnya, rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga barang.

“Saya menyarankan agar negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, khususnya negeri lain di bawah Pakatan Rakyat turut mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang yang memberi berbagai bantuan kepada kakitangannya, ” katanya.


“Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah kepimpinan Lim Guan Eng lebih efisyen daripada Kerajaan Persekutuan dalam soal menjaga kebajikan kakitangan, rakyat sepatutnya memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti kerana UBN gagal setelah setengah abad memerintah," ujarnya.



Membaca berita seperti di atas menjadikan hampir semua kakitangan awam khususnya kakitangan persekutuan mula memikirkan betapa kerajaan BN selama ini terlalu kedekut serta berkira apabila melibatkan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan. Benarlah agaknya dakwaan Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bahawa pemimpin-pemimpin BN tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat menangani kos hidup yang semakin meningkat kini. Mereka lebih banyak berpura-pura dan berlakon semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Walaupun keluhan dan rintihan terus disuarakan kepada mereka tetapi alasan yang diberikan ialah kerajaan tidak mempunyai wang, tetapi yang anehnya ada pula wang jika hendak melaksanakan projek yang berbillion ringgit khususnya yang menguntungkan mereka dan kroni. Sebagai kakitangan kerajaan saya rasa agak letih untuk merungut dan mengeluh sedangkan keluhan kami  tidak diendahkan. Oleh kerana itu saya fikir, sudah tiba masanya kakitangan kerajaan beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ternyata pemimpin-pemimpin BN tidak amanah dan ikhlas. Dalam tulisan kali ini saya ingin mengucapkan kepada Lim Guan Eng atas keprihatinan beliau. Saya harap tindakan beliau akan menjadi ikutan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain yang telah mereka kuasai. Tahniah sekali lagi.

No comments: