Thursday, April 7, 2011

Muhyiddin Yassin Memang Temberang.

Muhyiddin jangan temberang, selesai tuntutan guru



Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 7 April: PAS bersimpati dengan nasib guru-guru Kementerian Pelajaran yang lambat menerima tuntutan.



Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat.
Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tahun 2010.
Difahamkan perkara itu berlaku kerana peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan.
“Fenomena ini amat memalukan ketika Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran sibuk temberang rakyat Sarawak dengan berbagai projek sempena pilihanraya Negeri Sarawak,” kata Idris dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ke Sarawak, selesai dahulu nasib guru-guru di bawah kementeriannya.
Di dalam Islam, jelasnya kalau hendak bersedekah kepada orang lain biarlah anak sendiri tidak mengemis kepada orang lain.
“Nampaknya Tan Sri Muhyiddin sibuk buat amal sunat, perkara wajib diabaikan. Nampaknya Kementerian Pelajaran sejak di bawah beliau semakin bercelaru,” katanya.
Sebelumnya, katanya berlaku lambakan lebihan guru Sains dan Metematik seramai 26,000.
Menurutnya, mungkin Muhyiddin pening hendak menjawab tawaran Pakatan Rakyat yang dianggap satu cabaran kepadanya apabila guru-guru akan diberikan imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan.




Untuk melindungi kelemahan, katanya maka Muhyiddin memberi kenyataan jika mengikut tawaran Buku Jingga negara akan bankrap.
Soalnya, sekarang siapa yang bankrap sehingga guru-guru tidak mendapat tuntutan perjalanan walaupun hampir satahun.
“PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno jagalah kebajikan anak kandung dulu sebelum mempedulikan anak orang,” ujarnya.
Menurutnya, negara akan runtuh jika memperolehi kerajaan yang tidak mengambil berat kepada guru-guru kerana mereka ialah orang yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia pada masa akan datang.


Berdasarkan pandangan para pemimpin Pakatan Rakyat, misalnya dalam petikan Harakahdaily di atas, ternyata mereka  seakan-akan lebih memahami hati rakyat khususnya mereka yang bergelar guru. Ternyata pemimpin Pakatan Rakyat amat menghargai peranan guru khususnya dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bermoral, berketrampilan dan berdaya saing.  Namun hari ini guru yang berperanan mendidik generasi muda terpaksa menggalas pelbagai cabaran, beban dan tekanan daripada pelbagai pihak. Kerajaan yang diterajui Najib dan timbalannya gagal meringankan beban guru sebaliknya beban guru bertambah-tambah. Sekolah bestari yang diperkenalkan dalam era Najib menjadi menteri pendidikan bukan sahaja gagal berfungsi meringankan beban guru sebaliknya telah menambahkan beban guru dan kakitangan jabatan pendidikan. Guru-guru bukan sahaja menghadapi masalah lambat dibayar elaun, bahkan perlantikan guru ke jawatan-jawatan tertentu khususnya guru akademik tiungkatan enam  dari DG41 ke DG44 juga terpaksa ditangguhhkan kerana kerajaan kekurangan wang. Dalam keadaan kerajaan Barisan Nasional kekurangan wang, mereka boleh pula mengumumkan berbilion ringgit untuk melaksanakan projek-projek mega yang kebanyakannya tertumpu di kawasan-kawasan bandar selain peruntukan beratus-ratus juta ringgit yang diumumkan semasa PRK. Kini pilihan raya negeri Sarawak menjadi medan untuk mengumumkan pelbagai peruntukan tetapi tunggulah adakah janji itu mampu ditunaikan. Jika sebelum ini guru yang dijanjikan dengan pelbagai imbuhan dan kenaikan pangkat masih terus menunggu dan menunggu janji pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional itu, adakah janji pilihan raya itu mampu ditunaikan. Saya harap rakyat Sarawak lebih rasional dan memahami bahawa cakap dan janji pemimpin-pemimpin Barisan Nasional hari ini amat rendah nilainya. Kalau boleh dinilai dengan wang ringgit, janji pemimpin Barisan Nasional itu tidak lebih daripada RM0.10 sen sahaja. Kebarangkalian untuk tidk menunaikannya amat tinggi. Hal ini kerana mereka bukan pemimpin yang amanah, jujur dan ikhlas, sebaliknya kebanyakan mereka adalah pemimpin yang chauvinistik, hipokrit dan munafik. Cakap lain buat lain. Mereka adalah pemimpin yang bijak memberikan alasan tetapi bukan pemimpin  yang boleh berfikir secara bijak dan jujur.  Mereka mudah menabur janji, dan janji itu kerap mereka mungkir dengan pelbagai lasan untuk memperbodohkan rakyat.
        Sepanjang tempoh Muhyiddin Yassin menjadi menteri pendidikan, saya tidak dapat ada usaha untuk membantu guru-guru melonjakkan produktiviti mereka dengan menjaga kebajikan dan kepentimgan guru. Sebaliknya guru ditekan dengan pelbagai arahan dan hukum yang mereka cipta. Beban guru bertambah dengan dasar satu murid satu sukan. Guru tertekan dengan pelbagai larangan ketika mendidik murid agar berdisiplin dan bermoral. Guru sengeja dikaitkan dengan pelbagai isu sedangkan yang terlibat tidaklah sebanyak mana. Semalam media memaparkan seorang guru wanita ditumbuk pelajar tingkatan dua sehingga hidung guru tersebut patah atau cedera. Adakah guru itu akan mendapat pembelaan? Adakah orang-orang politik memberikan rsepons luar biasa? Kita tunggulah. Saya pasti guru itu sendirilah akan berusaha merawat luka yang dialamai. Saya juga pasti bahawa tekanan jiwa yang dilamai oleh guru itu akan ditanggung sendiri. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak akan berminat menyelesaikan isu itu. Tetapi jika sebaliknya berita itu terbalik, hidung murid patah ditumbuk guru?  Jika ini berlaku saya pasti para pemimpin Barisan Nasional akan berduyun-duyun untuk menyatakan pandangan, maka akan timbullah pelbagai cadangan untuk mengenakan tindakan yang tegas terhadap guru itu. Demikianlah nasib guru. dan demikianlah juga sikap para pemimpin Barisan Nasional khususnya menterim pendidikan. Mereka ini tidak ikhlas. Mereka cuma berpura-pura ikhlas untuk tujuan politik semata-mata. Dan tidak mungkin akan kedengaran akan wujud akta untuk melindungi guru daripada perlakuan ganas pelajarnya sedangkan guru adalah insan mulia yang sanggup mengahadapi pelbagai risiko untuk mendidik generasi muda. Yang pemimpin tahu ialah bagaimana mahu mengenyangkan perut diri, keluarga dan kroni. Yang mereka minat bagaimana mahu mengaut kekayaan negara selagi kuasa masih ada di tangan. Mereka yang dilihat sebagai pengahalang kepada sikpa negatif pemimpin-pemimpin BN ini akan ditentang habis-habisan. Ternyata para pemimpin BN seperti Muhyidin Yassin ini, memang temberang, hipokrit dan munafik.

No comments: