Friday, June 3, 2011

Ahli UMNO banyak yang sudah Tawar Hati Dengan UMNO Hari Ini.

Kelmarin rakan ahli UMNO, Ketua Cawangan menjemput saya minum d restoran Mahmud & Ketering. Restoran baru. Menu restoran tersebut bagus juga. Services pun ok. Apa yang diorder cepat siap. Tidak lama duduk, datang beberapa orang rakan turut serta dengan kami. Apa yang menarik pada petang itu, pandangan beberapa orang rakan terhadap parti dan pemimpin hari ini membayangkan bahawa pemimpin UMNO dan BN hari ini sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat biasa. Rakyat akar umbi sudah tawar hati dengan kepimpinana UMNO sama di peringkat bahagian, negeri, atu kebangsaan. Menurut Ketua Cawangan UMNO tersebut, pemimpin hari ini sudah tidak mampu menyelami kehendak rakyat. Mereka tidak dapat menyelami penderitaan yang dialami oleh rakyat. Pada mereka kenaikan minyak, tarif elektrik itu tidak mempengaruhi kehidupan rakyat. Subsidi kepada rakyat itu amat membebankan tetapi bila menganjurkan sesuatu program yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat kerajaan tidak pula terbeban. Misalnya, ,menurut rakan tersebut himpunan sejuta belia yang dianjurkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak lebih daripada untuk mendapatkan keuntungan politik semata-mata tetapi tiada manfaatnya kepada rakyat. Saya setuju dengan rakan tersebut. Saya pasti program seumpama itu memakan belanja yang besar. Dan jika perbelanjaan program itu digunakan untuk memperbaiki jalan-jalan kampung, saya pasti manfaatnya akan lebih besar. Manfaatnya akan dinikmati oleh rakyat. Malangnya kerajaan hari ini suka dengan program seumpama itu tanpa rasa terbeban. Sebaliknya subsidi minyak, gula dan tarif elektrik yang lebih banyak manfaatnya kepada rakyat, kerajaan begitu terbeban menanggungnya. Demikinalah prihatinmya kerajaan yang ada hari ini. Menurut ketua cawangan tersebut, pemimpin-pemimpin lama yang ada pada hari ini perlulah digantikan dengan generasi baru, pemimpin yang ada wawasan dan kaedah baru untuk membantu rakyat. Apalah makna pembangunan itu jika pembangunan itu hanya dinikmati oleh segelintir manusia sahaja. Peruntukan berbilion ringgit diberikan untuk memperbaiki pengangkutan di bandar-bandar besar tetapi dalam masa yang sama penduduk desa dan luar bandar terus diabaikan. Apa bila pilihan raya tiba, maka macam-macam gula-gula dan janji manis ditaburkan untuk memperbodohkan orang-orang kampung. Pandangan rakan tersebut  membayangkan bahawa orang-orang kampung sudah mula ada kesedaran betapa selama ini mereka terus diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin BN hari ini. Oleh kerana itu tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sokongan kepada pemimpin-pemimpin hari ini tidak lebih daripada lakonan semata-mata. Bila tiba pilihan raya kelak kita akan dapat tahu rakyat masih menyokong BN atau sebaliknya. Jila ahli-ahli UMNO akar umbi sudah mula mempersoalkan dasar-dasar kerajaan, apatah lagi mereka yang tidak menyertai mana-mana parti kerajaan. Dalam keadaan demikian, masihkah pemimpin-pemimpin BN boleh mendabik dada menyatakan bahawa mereka masih mendapat sokongan rakyat seluruhnya? Kita tunggulah PRU ke-13, adakah pemimpin-pemimpin BN berani mengadakan pilihan raya yang bersih?

No comments: