Sunday, May 22, 2011

Saya Setuju Dengan YB Pakatan Rakyat, Mana Slogan Rakyat Didahulukan?

Bantulah rakyat bukan minta persiap mental


Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara.
"Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

“Kerajaan yang dikuasai oleh BN telah untung besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di sini. Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti ianya satu pembohongan kepada rakyat.
“Pada hemat saya usaha BN untuk membela rakyat yang sebetul tidak dibela sejak 50 tahun, tetapi ditutup mata melalui media pro BN untuk mengaburi rakyat dari mengatahui perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat secara terhormat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah,” ujarnya.
Katanya, pemimpin Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13 kerana rakyat telah muak dengan lakonan mereka.

Saya setuju dengan pandangan ketua Penerangan Pas Perak bahawa pemimpin-pemimpin BN sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat menghadapi kenaikan harga ini bukan minta rakyat bersedia dari segi mental. Kalau sudah tidak mampu mentadbir negara,saya setuju mereka perlu menyerahkan kuasa mentadbir negara kepada orang yang lebih mampu. Sayangnya, mereka tidak rela kehilangan kuasa kerana sama ada mereka takut penyelewengan yang telah mereka lakukan selama ini terbongkar yang memungkinkan mereka didakwa dan dikenakan tindakan atau mungkin mereka takut tidak dapat lagi mengaut kekayaan negara untuk diri sendiri jika mereka sudah kehilangan kuasa. Dan oleh kerana itu juga, mereka sering menggunakan pelbagai taktik keji, hina dan melanggar batas undang-undang untuk kekal berkuasa.
    Hal ini menyebabkan rakyat walaupun sudah muak dan benci dengan kerajaan BN, mereka masih kekal berkuasa kerana taktik keji dan tidak bermoral itu. Walau bagaimanapun, rakyat keseluruhannya sudah tahu taktik keji dan tidak bermoal itu. Kami sebagai rakyat biasa ini tidak lagi mudah percaya dengan pelbagai alasan dan taktik yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin BN. Jika TPM kata, kemungkinan minyak Ron95 akan dinaikan atau kemungkinan juga tidak dinaikkan, bergantung kepada kajian yang akan dibuat, rakyat secara umumnya sudah buat kesimpulan bahawa minyak Ron 95 juga akan dinaikkan. Bahkan sebelum media menyiarkan pandangan TPM itu, rakyat sudah meramalkan bahawa Ron 95 juga akan dinaikkan, kerana amalan ini sudah menjadi kebiasan pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. Ketika menghadapi masalah kewangan, rakyatlah yang akan menjadi sasaran mereka untuk menanggung beban kewangan ekoran ketidakcekapan dan ketirisan yang mereka lakukan. Mereka hanya perlu mencari alasan untuk mengesahkan kenaikan itu, dan ternyata pandangan TPM itu adalah sebahagian daripada alasan yang digunakan untuk menaikkan harga Ron 95.  Kerajaan begitu terkesan kerana menanggung subsidi yang diberikan kepada rakyat tetapi tidak pula terbeban ketika memberi subsidi kepada golongan korparat.
     Pada pandangan saya, rakyat yang daif dan tidak ada apa-apa ini kerajaan hari ini adalah kerajaan yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang suka berbohong, suka menipu, suka memutarbelitkan fakta dan suka mengekspliotasi keadaa rakyat. Rakyat yang tidak berfikir panjang mungkin mudah terpengaruh, tetapi agi kebanyakan rakyat yang sudah terdedah kepada pelbagai maklumat terkini kami tidak lagi mudah terpengaruh. Berdasarkan tinjauan skeptikal yang saya buat 95% bersetuju untuk menukar kerajaan BN yang ada pada hari ini. Bagi mereka ada baiknya kerajaan BN ditukar hari ini sebelum terlambat, sebelum undi dan suara kami masih berupaya untuk mengubahnya. Kami takut PATI yang diberikan  hak kerakyatan dan hak mengundi akan menjadikan kami pelarian di negara sendiri pada masa akan datang. Oleh kerana itu sebagai ahli UMNO, saya menyeru kepada mereka yang masih menjadi ahli UMNO agar melepaskan anutan dan gahaman politik yang boleh menjahanamkan rakyat dan negara ini dengan memberikan kemenangan dan undi kepada Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Pada saya pemimpin-pemimpn BN hari ini "cakap tak serupa bikin". Mereka cakap lain, tetapi mereka buat lain. Hanya rakyat biasa dan ahi UMNO biasa sahaja yang tahu betapa pemimpin-pemimpin BN dan UMNO hari ini  telah tersasar jauh  daripada perjuangan murni untuk membanunkan bangsa dan negara. Sekian wassalam.

No comments: