Friday, December 24, 2010

Buku Jingga Pakatan Janji Kosong?

Assalamualaikum kepada pengunjung blog ini. Mohon maaf kerana tidak mengemaskini blog ini dalam beberapa minggu. Maklumlah cuti sekolah, sibuk membawa anak-anak bercuti. Tambahan pula saya terpaksa berkursus sepanjang penghujung tahun ini. Kebiasaan. Seperti tahun-tahun lalu. Dalam kesibukan berkursus dan melaksanakan pelbagai tugas yang rutin, tiba-tiba hati tercuit untuk mengetahui apa yang terkandung dalam buku Jingga Pakatan Rakyat sehinggakan TPM dan PM melenting. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Setelah membaca beberapa media alternatif, akhirnya saya faham mengapa PM dan TPM melenting lantas melontarkan tuduhan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat cuma tahu berjanji tetapi tidak  melaksanakannya. Tuduhan itu kalau difikir secara sepintas lalu  memang benar. Tidak mungkin Pakatan Rakyat dapat melaksanakannya kerana mereka bukan pemerintah tetapi bila diperhalusi dan direnung secara mendalam tidak mustahil Pakatan Rakyat melaksanakannya jika mereka merampas pentadbiran negara dalam pilihan raya akan datang. Pada pandangan saya janji yang dibuat berdasarkan Buku Jingga itu bukanlah mustahil untuk dilaksanakan kerana kerajaan Barisan Nasionalpun boleh melakukannya. Cuma mereka mahu atau tidak. Dan bergantung juga kepada nawaitu mereka. Sama ada untuk menjaga kebajikan rakyat atau kebajikan diri, suku-sakat dan kroni. Kalau kebajikan rakyat yang diutamakan memang apa yang digariskan dalam Buku Jingga itu bukan keterlaluan dan mustahil. Beberapa perkara yang disentuh dalam Buku Jingga itu saya perturunkan di sini untuk tatapan dan renungan kita semua.

1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.



2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.


3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.


4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.


5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.


7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.


8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.


9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.


10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.


      Berdasarkan rumusan kandungan Buku Jingga itu ternyata apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak tercapai bahkan kerajaan BN pun boleh melaksanakannya. Saya fikir tidak wajarlah pemimpin-pemimpin BN melabelkan gegasan itu sebagai janji kosong. Saya percaya dan mudah-mudahan rakyat seluruh negara akan memberi ruang dan peluang kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji ini. Apa salahnya kita mencuba. Janji dan gegasan mereka lebih pragmatik dan menjurus kepada usaha untuk memakmurkan rakyat. Kerajaan hari ini ternyata gagal memainkan peranan untuk menjaga kebajikan rakyat sebaliknya hanya pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni serta suku sakat mereka yang hidup mewah di negara ini. Apakah kita rakyat biasa tidak ada hak untuk merasai kehidupan yang lebih senang dan selesa? Rakyat manakah yang tidak mahu kebajikan mereka dijaga. Minyak dan harga barang tidak membebankan. Hidup selesa dan bebas bersuara. Bukan macam hari ini, semua kebebasan disekat. Hanya pemimpin kerajaan sahaja yang boleh mengkritik. Orang tidak boleh. Semua agensi kerajaan pula di bawah telunjuk kerajaan. Kehakiman, pendidikan, keselamatan dan sebagainya sering dipolitikkan. Kakitangan kerajaan yang lantang mengkritik kerajaan digam. Dihantar jauh-jauh. Inilah kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan yang angkuh dan sombong. Kedaulatan negara sanggup dikorbankan. PATI diberikan kewarganegaraan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik. Inlah rupa dan wajah sebenar pemimpin-pemimpin BN. Penindasan dan jenyah berleluasa. Mereka bertindak kejam dan zalim. Oleh kerana itu dalam kesempatan ini saya dengan penuh rasa rendah diri, siapa pun anda, rakyat miskin, kaya, peniaga, petani, kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya. Marilah beriltizam untuk menukarkan kerajaan BN yang zalim, kejam dan tamak ini. Semoga tindakan kita mampu menyelamatkan negara yang semakin musnah dan bankrap kerana kerakusan pemimpin-pemimpin dan kerajaan BN.

1 comment:

Anonymous said...

Setuju sangat-sangat dengan pandangan saudara, mungkin saudara adalah antara kakitangan yang celik maklumat. Walau pun Najib melarang rakyat melakukan eksperimen politik dengan menukarkan kerajaan dalam PRU ke-13 kelak, tetapi bagi kita rakyat biasa ini, perubahan ini perlu kerana BN dan pemimpin-pemimpinnnya yang sudah terlalu lama berkuasa dan berada di tampuk kerajaan perlu disedarkan bahawa mereka boleg diturunkan bila-bila masa. Oleh kerana terlalu lama berkuasa maka mereka lupa diri, lupa tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Oleh kerana terlalu lama berkuasa juga menyebabkan mereka sombong, angkuh dan zalim. Mereka lupa bahawa kuasa mereka adalah amanah rakyat.