Monday, July 19, 2010

Tanda-tanda UMNO akan Tumbang PRU-13

UMNO atau Muhyidin yang tidak faham-faham dengan penjelasan beberapa pemimpin Pas bahawa mereka tidak mahu lagi tertipu dengan tipu daya UMNO. Diperlukan bila susah, bila senang dilupakan bahkan dihina golongan ulama ini tidak boleh mentadbir negara. Itulah UMNO dari dulu, tidak berubah-ubah. Najib pula dengan penuh muslihat mahukan kononnya agar Pas menghormati UMNO. Najib sebagai perdana menteri 1 Malaysia, pernahkah menghormati Pas. Kalau Najib menghormati Pas, mengapa royalti minyak dinafikan oleh kerajaan beliau. Kekadang kita rasa lucu, cuak bercampur pelik dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Apakah UMNO sudah tahu bahawa dalam PRU ke-13 mereka akan tumbang maka mereka beria-ia mahu berunding dengan Pas, kononnya demi masa depan Melayu. Tidak cukupkah pemimpin-pemimpin UMNO sahaja yang memikirkan masa depan orang Melayu dan bumiputera yang tak sudah-sudah sehingga ke hari ini. Bukankah selama ini para pemimpin UMNO begitu sombong dan bongkak dengan mengatakan bahawa hanya mereka yang mampu mentadbir negara dengan baik. Kalau Pas yang menarajui negara ini pasti negara akan kucar-kacir. Najib dan Muhyidin sudah lupa agaknya dengan kenyataan-kenyataan mereka semasa pilihan raya umum ke-12 dahulu. Mereka lupa tetapi rakyat macam kami tidak lupa.
Dalam kenyataan lain, Najib dengan sombong mahu berbincang dengan Pas bukan kerana mereka tidak kuat tetapi demi masa depan Melayu. Sebagai rakyat biasa, saya fikir pemimpin-pemimpin hari ini tidak perlulah memikirkan masa depan Melayu atau rakyat Melayu kerana selama ini pun pemimpin-pemimpin UMNO tidak ikhlas. Para cukong Cina juga yang kaya. Dari projek kelas F hingga A, kebanyakannya diserahkan kepada tauke-tauke cina. Kontraktor bumiputera yang dilabel kelas F dapat komisen sahaja. Lihat berapa Melayu dan bumiputera yang sudah kaya raya. Kalau betul nak perjuangkan Melayu, naikkan gaji kakitangan kerajaan. Kebanyakan mereka yang menjadi kakitangan kerajaan adalah Melayu. Kalau nak bantu Melayu secara ikhlas, ringankan beban mereka. Ini tidak berapa kali minyak naik, barang naik tetapi gaji kakitangan kerjaan begitu-gitu juga. Ikhlaskah kerajaan hari di mata kami? Tepuk dada tanya selera. Harap pemimpin hari bermuhasabahlah.

No comments: