Sunday, July 4, 2010

UMNO SEHINGGA HARI INI BELUM NBERUBAH

Saya setuju dengan pandan MSO agar pemimpin BN tidak perlu sibuk memburukkan pihak pembangkang sahaja. Tindakan ini amat memuakkan.Saya ahli UMNO dari dahulu hingga kini, tetapi sejak 2 tahun lalu saya sudah muak dgn kerajaan hari ini. Bagi saya UMNO dan kerajaan khususnya pemimpin-pemimpin tidak perlulah membuang masa mengutuk dan memburuk-burukkan pembangkang. Ada baiknya kerajaan menumpukan usaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat, membantu menambahkan pendapatan mereka. Kakitangan kerajaan misalnya sudah lama sejak Pak Lah menaikkan harga minyak tidak berpuas hati dengan kerajaan yang ada hari ini. Bila difikirkan mengapa ini berlaku, sudah pastilah kuasa beli mereka sudah merosot manakala harga barang meningkat. Kerajaan asyik membantu golongan miskin tetapi dalam masa yang sama hidup kakitangan kerajaan semua kategori terasa terhimpit. Gaji mereka masih ditakuk lama. Dalam keadaan begitu pemimpin pula sibuk memburuk-burukkan pembangkang. Sudah pastilah kebencian terhadap kerajaan bertambah-tambah. Bila pemimpin dikutuk kerana isu-isu tertentu, rakyat akan cuba mencari fakta tentang isu itu. Dan dalam kebanyakan isu yang dikaitkan dengan pembangkang, ternyata pihak kerajaan semacam berbohong, memutarbelitkan fakta. Anwar hipokrit dengan memohon maaf kepada yahudi kerana menggunakan istilah zionis misalnya. Isu itu rakyta tdk kisahpun, tetapi bila kerajaan besar-besarkan, saya berusaha mencari pula teks asal ucapan Anwar dalam media US dan ternyata saya boleh labelkan pemimpin-pemimpin BN ini tidak faham atau berpura-pura tidak faham atau sengeja memutarbelitkan fakta yang mereka sebenarnya faham. Semacam pemimpin BN amat dungu dengan kehendak rakyat hari ini. Bukan propaganda atau putar belit yang kami mahu. Kami mahu beban kami diringankan dan dalam masa yang sama kami mahu juga kebenaran. Kami mahu pemimpin yang jujur. Pemimpin yang ikhlas. Bukan menyalahtafsirkan kenyataan pihak yang menjadi seteru mereka. Isu felda itu pun, isu yang remeh. Kalau tidak betul, jangan buang masa dengan mensensaikannya dalam media. Tunjukkan pengurusan kewangan felda selama ini. Telus atau tak. Rakyat tidak mudah menerima dengan mudah sesuatu perkara dengan menggunakan undang-undang dan kuasa semata-mata supaya kenyataan kerajaan itu benar dan kenyataan pemimpin pembangkang itu bohong. Dunia sudah berubah. Persepsi rakyat selama ini ialah kerajaan dan pemimpin-pemimpin sudah terlalu banyak berohong. Pemimpin-pemimpin hari ini tidak ikhlas negara. Semua yang mereka lakukan berkiblatkan kepentingan diri. Apa yang pemimpin buat ialah buktikan bahawa mereka ikhlas. Buktikan dengan perbuatan dan tindakan yang diharapkan oleh rakyat. Bukan menekan pemimpin pembangkang. Semakin pemimpin pembangkan ditekan, semakin benci rakyat terhadap kerajaan. Terserahlah kepada pemimpin UMNO dan BN. Bagi saya, sudah lama saya meninggalkan UMNO walaupun saya tidak pernah mengisytiharkan keluar parti.

Wallahualam bisawab.

No comments: