Monday, November 15, 2010

Insiden Pemilihan Kepimpinan PKR banyak manfaatnya?

Keputusan Zaid keluar PKR bukanlah mengejutkan, walaupun pada ketika beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri amat mengejutkan, namun beberapa kenyataannya berkaitan pemilihan PKR,  jelas memperlihatkan bahawa beliau adalah seornag pemimpin yang kemaruk kuasa. Beliau cuba berselindung disebalik ketulusan demokrasi. Demokrasi apakah yang dikehendaki oleh beliau? Sebagai mana pandangan MSO, apakah beliau begityu suci dan bersih daripada noda dan dosa, atau apakah beliau berpendapat bahawa beliaulah satu-satunya pemimpin politik yang paling bersih dan suci di negara ini? Kalau demikian ada baiknya beliau menubuhkan parti sendiri, dan selepas itu kita lihat bagaimana sambutan rakyat terhadap parti mereka. Saya cadangkan Zaid tidak menggunakan apa-apa perkataan yang sinonim dengan keadilan kerana jika beliau berbuat demikian beliau akan dilihat sebagai pengacau yang dihantar oleh Najib untuk mengucar-ngacirkan PKR.
     Tindakan Zaid keluar daripada  PKR memang sudah dinanti-nantikan oleh mereka yang tidak mahu melihat Zaid terus memporak porandakan PKR. Bagi rakyat Malaysia yang tidak menyertai mana-mana parti atau mereka yang berada di atas pagar, mereka masih mahu melihat PKR terus berjuang mempertahankan keadilan dan kebajikan rakyat. PKR, Pas dan Dap adalah harapan bagi rakyat yang inginkan perubahan. BN dan komponennya bukan tidak bagus, tetapi mereka sudah teruji dalam tempoh yang agak panjang dan ternyata sejak akhir-akhir ini pemimpin lebih banyak beretorik daripada berusaha bersungguh-sungguh membela rakyat. Pemimpin yang beramanah dalam barisan kepimpinan BN sudah tidak wujud. Oleh kerana pemimpin BN sudah tidak suci lagilah yang mungkin menyebabkan Zaid menyertai PKR selain tidak bersetuju dengan ISA. Ternyata pemimpin-pemimpin PKR juga tidak sesuci Zaid.
    Dari sudut lain, Zaid sebenarnya menjadi liabiliti kepada PKR dan juga BN. Jika Pas berhasrat untuk mengutip Zaid maka perbuatan itu sebenarnya akan menjadi kesilapan besar yang akan disesali oleh generasi muda pas pada masa akan datang, walau pun mulut Zaid tidak secelupar Zul Nordin atau Ezam Senator namun, Zaid juga boleh dikelompokkan kepada golongan tersebut. Sebagai pemerhati politik, saya sebenarnya benar-benar bersyukur dengan tindakan Zaid keluar daripada PKR. Sekurang-kurangnya sebelum PRU ke-13, PKR akanbersih dan mampu menampilkan pemimpin-pemimpin yang bersih, suci dan bukan dari kalangan yang kemaruk kuasa seperti mereka yang sudah menjadi kata.

No comments: