Wednesday, November 3, 2010

Kelulusan Kewarganegaraan Orang Asing Untuk memenangkan BN?

Pengumuman pemimpin BN tentang kelulusan permohonan warga asing ketika PRK Batu Sapi nampak semacam ada udang disebalik batu. Saya beranggapan demikian kerana pengumuman itu tidak lain sebagai usaha untuk memenangkan BN. Sebab itulah agaknya, Musa Aman dengan berani menyatakan bahawa BN tidak lagi memerlukan undi orang Cina. Kalaulah tiada pengundi warga asing ini, sudah pasti Musa Aman tidak tergamak memanculakan pandangan bodoh beliau. Kalau dikirakan, Musa Aman ini bukannya golongan bumiputera, dia juga keturunan Benggali, jika saya berada di kawasan Musa Aman, saya tidak akan mengundi beliau. Bagus lagi undi orang tempatan. Dusun, orang Sungai, Bajau, Cina, Kedayan atau siapa sahaja asalkan bukan macam Musa Aman. 
     Berbalik kepada pengumuman kelulusan permohonan warga asing untuk menjadi warga negara ini, dapat diperhatikan bahawa kelulusan permohonan itu ada kaitannnya dengan usaha untuk mengekalkan kuasa di pihak pemerintah. Warga asing yang sudah menjadi warga Malaysia ini akan menjadi fix deposit BN dan UMNO untuk kekal berkuasa. Demikianlah telahan saya sebagai rakyat biasa.
     Tindak-tanduk dan pelbagai dasar kerajaan yang kebanyakannya serampang dua mata perlu dilihat dan diteliti oleh rakyat secara kritis. Kita tidak lagi wajar  menganggap pemimpin hari ini adalah pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat sebagaimana pemimpin ketika kita mula-mula mencapai kemerdekaan dahulu. Nawaitu dan niat mereka sudah terpesong jauh. Ini berlaku kerana mereka sudah terlalu lama duduk di atas sehinggakan sukar bagi mereka memandang ke bawah. Bahkan mereka menganggap bahawa pemerintahan di negara ini adalah milik mereka yang perlu diwarisi oleh keturunan mereka sahaja. Oleh kerana itu, siapa pun yang berdiri sebagai peimpin di pihak pembangkang maka sepatutnya rakyat perlu sokong mereka. Rakyat tidak wajar mudah dipancing dengan pelbagai gula-gula yang disogokkan oleh pemimpin-permimpin semasa pilihan raya. Ini kerana hanya dengan cara menjatuhkan pemimpin-pemimpin BN yang ada pada hari ini mereka boleh insaf dan kembali ke pangkal jalan, kalau tidak mereka sombong, lupa diri dan menganggap bahawa hanya mereka yang mampu membantu rakyat. Sekalipun rakyat menganggap bahawa tanggapan itu adalah bodoh dan tidak masuk akal, bahkan sudah melampau kesombongan sebagai manusia beragama, namun amalan itu sudah mendarah daging kepada mereka.

No comments: