Tuesday, May 11, 2010

Anwar dan Najib

Kes liwat DSAI 2, pada tanggapan umum adalah merupakan konspirasi politik Najib. Saya fikir jika bertarung secara gentlemen dalam arena politik negara Najib tidak mampu menandingi Anwar Ibarhim dan Najib tahu itu. Justeru, Najib meniru konspirasi yang dilakukan Mahathir untuk menumpaskan Anwar, tetapi dalam masa yang sama Anwar sudah matang dan berpengalaman menghadapi konspirasi ini. Perbicaraan di mahkamah hanya untuk melengkapkan syarat konspirasi itu, keputusannya semua orang dah duga.

Perkara ini adalah sebahagian daripada usaha Najib untuk kekal berkuasa. Selepas Najib tentunya Hisyamuddin akan mengambil alih, dan selepas itu Mukhriz. Jadi Mat sembab jangan mimpilah untuk menjadi PM. Namun begitu yang ,menjadi penghalang kepada impian ini ialah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim nampaknya sukar untuk dibawa berunding. Sebelum PRU-12, pemimpin-pemimpin UMNO menyatakan dengan penuh yakin bahawa PKR akan berkubur. Pandangan ini berdasarkan pencapaian PKR dalam PRU ke-11 pada tahun 2003. Tetapi selepas Anwar Ibrahim keluar daripada Sungai Buluh, Pakatan Pembangkang semakin kukuh. Rakyat mula sedar tentang penipuan dan pembohongan pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin UMNO dan agensi kerajaan yang menjadi sayap tidak rasmi UMNO.
Pembohongan dan ketidaktelusan SPR, SPRM, PDRM dan pelbagai agensi kerajaan yang pro UMNO hanya menyebabkan UMNO dan BN mula dijauhi oleh generasi muda. Sebutlah apa sahaja kes yang membabitkan Anwar Ibrahim, semuanya tidak dihiraukan generasi muda. Anwar ditangkap dan dipenjarakan sekalipun, semangat Anwar yang ada pada rakyat tetap akan membara. Hasrta untuk mengguling kerajaan tetap membara.

Strategi untuk menekan dan menangkap Anwar sebenarnya strategi yang silap. Strastegi itu hanya akan menjadikan Anwar dilihat sebagai pejuang tulen, pejuang keadilan yang berjiwa besar. DSAI akan menjadi sebutan seluruh rakyat. Propaganda media UMNO untuk memburuk-burukkan DSAI dalam keadaan komunikasi yang begitu baik hari ini tidak akan lagi memuahkan hasil seperti dalam zaman Mahathir dahulu.
Oleh itu, secara peribadi saya mengagumi DSAI yang tabah, tidak mudah putus asa, berjiwa besar dan teguh perjuangannya. Sebagai rakyat saya merasa negara kita rugi besar tidak memberi ruang kepada p;emimpin macam ini untuk me ntadbir negara.

No comments: