Monday, May 10, 2010

Mari Kita Tengok gambar-gambar ini.



Cuba kita bandingkan ahli politik pembangkang dan ahli-ahli politik UMNO. Dalam gambar ini seorang menteri besar manakala seorang lagi perdana menteri. Melihat kedua-dua gambar ini, macam-macam kita boleh tafsir terhadap sikap dan keperibadian pemimpin-pemimpin tersebut.
Cuba kita renung mana satu yang benar-benar berjwa rakyat, bukan yang plastik. Mana yang lebih mesra dengan kehidupan rakyat.
Kalau Nik Aziz menyeru rakyat agar berjimat cermat, memang tepat benar beliau berbuat demikian. Demikian juga kalau beliau mengeluarkan kenyataan yang ada kaitan dengan agama, tentang hukum-hakam agama. Memang sesuai. Tetapi kalau Najib menyeru rakyat agar berjimat- cermat ketika berbelanja, adakah anda akan terkesan dengan seruan itu. Demikian juga bila Najib menyelitkan ayat-ayat Al-Quran dalam ucapannya, berdiri bulu roma saya, bukan kerana rasa insaf tetapi rasa geli geleman. Bayangkanlah jika anda melihat seorang penjenayah datang kepada seorang ustaz dan berdakwah terhadap ustaz tersebut. Apa agaknya yang ada dalam fikiran anda jika situasi itu berlaku. Saya fikir, tidak keterlaluan jika katakan rakyat lebih suci dan murni berbanding pemimpin-pemimpin UMNO dan BN.
Dalam gambar itu dapat dilihat gaya hidup pemimpin BN dan pembangkang. Tidak hairanlah pendapatan Kedah meningkat secara mendadak selepas Pakatan Mengambil alih pentadbiran negeri tersebut. Kerana sikap dan amalan hidup mereka yang patuh kepada amalan agama dan nilai-nilai murni. Tidak boros kerana perbuatan boros itu amalan syaitan. Manakala kerajaan pula amat boros, dan pemborosan mereka pula tidak bertempat. Nak memberikan subsidi dan kesenangan kepada rakyat mereka berkira. Perbelanjaan yang membabitkan kebajikan rakyat mereka rasa rugi. Tetapi majlis-majlis politik yang dirasakan bukan keutamaan, boleh pula diberikan peruntukan berjuta-juta ringgit. Program 1 Malaysia, entah berapa juta habis untuk program itu, walhal perkara itu bukanlah mendesak. Ada rakyat yang mempunyai rumah yang daif, kakitangan kerajaan pula kini sering mengeluh kerana kuasa beli mereka yang telah merosot kerana kenaikan harga minyak yang mendadak, pelbagai peruntukan untuk jabatan dikurangkan walaupun perkara-perkara itu penting dalam operasi sesuatu jabatan dan banyakj lagi perkara yang lebih penting diabaikan oleh kerajaan. Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang lebih mementingkan 'survival poliktik mereka" berbanding kebajikan rakyat dan kakitangan kerajaan.
Kalau dibandingkan gaji kakitangan hari ini dengan gaji kakitangan15 tahun lalu, gaji mereka tidak banyak berubah. Kakitangan kerajaan belum melepasi kehidupan yang senang. Patutlah kebanyakan kakitangan kerajaan banyak berhutang, banyak yang meminjam atau banyak yang tidak mempunyai rumah. Kalau pun ada yang hidup mewah dan senang ini bukan bermakna hasil daripada gaji mereka melainkan mereka ada perniagaan atau pendapatan sampingan. Kalau dalam bab menaikan gaji kakitangan kerajaan, pemimpin-pemimpin UMNO hari ini memang liat dan berasa amat rugi, tetapi mereka tidak rasa rugi pula jika program politik mereka menelan berjuta bahkan berbillion ringgit semata-mata untuk tujuan politik.
Oleh itu, jika ramai kakitangan kerajaan terlibat dengan pelbagai skim dan kerja-kerja sanbilan, janganlah marah mereka. Kerana gaji mereka tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka. Jauh daripada untuk hidup mewah atau senang. Bandingkan dengan pekerja sektor swasta, saya fikir pendapatan kakitangan kerajaan jauh lebih kecil. Jika tidak kerana takut kehilangan pekerjaan, sudah ramai kakitangan kerajaan yang menentang kerajaan hari secara terang-terangan.






















No comments: