Thursday, May 6, 2010

Bila Pilihan Raya, Banyak Isu Timbul.

Tidak kira pemimpin pembangkang, kerajaan. Ada pilihan raya ja, semua jadi hero. Trend berkempen beberapa abad lalu terus menjadi amalan. Pelbagai isu timbul. Masalah yang dihadapi rakyat terus diberikan perhatian. Tembelang pemimpin kerajaan pecah. Beginilah senario politik tanah air.
Bagi kami rakyat biasa, semuanya ini amat menyampah. Kesimpulan yang paling tepat ialah banyak pemimpin hari ini yang hipokrit. Paku Dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih. Marilah kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita pemimpin yang benar-benar ikhlas dan bijaksana.

Satu contoh kenyataan pemimpin yang amat memalukan kedudukan beliau sebagai menteri, kenyataan beliau yang seakan-akan budak hingusan atau budak sekolah.
Menteri Keselamatan Dalam Nehgeri, Datuk Hisyamuddin, ketika mengulas sikap rakyat yang amat marah terhadap tindakan polis menembak remeja bawah 15 tahun baru-baru ini. Beliau berkata rakyat marah bila polis menembak remaja tetapi polis kena tembak rakyat tak marahpun. Rakyat tak kisahpun.

Nampak sangat betapa bodohnya kenyataan macam ni. Polis kena tembak kerana itulah tugas mereka. Mereka perlu berhadapan dengan kejadian-kejadian seumpama itu, sebab itu polis sahaja yang dibenarkan memegang atau mempunyai senjata api. Sama ada mereka ditembak atau mereka yang menembak. Orang yang berani menembak polis ini pula kebanyakannya penjenayah bukan orang awam. Orang yang cintakan keamanan.Bukan remaja yang takut kena saman kerana memandu tanpa lesen. Patut Hisyamuddin boleh membezakan perkara ini.

Kalau polis atau pemimpin kerajaan memohon maaf dan mengakui kesilapaan anggota mereka secara ikhlas maka kemarahan orang awam pasti reda. Tetapi kalau kita lihat pelbagai kenyataan dari pemimpin tertinggi polis atau pemimpin kerajaan yang menyakitkan hati, bukan sahaja kepada keluarga mangsa bahkan orang awam terus rasa tersinggung. Polis dan kerajaan pula sering mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan membela tindakan empat anggota polis terbabit. Maka jadilah isu itu panas dan hangat. Kebencian terhadap polis dan kerajaan membuak-buak.

Oleh kerana itu, pemimpin-pemimpin perlulah berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan. Jangan cakap ikut sedap mulut sahaja. Pemimpin kalau tidak boleh mengwal emosi bagus jangan jadi pemimpin, kerana mereka pun tiada bezanya dengan orang biasa. Pemimpin perlulah berjiwa besar, sabar, tidak mudah melatah. Lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, betapa orang mengagumi beliau kerana sikapnya yang 'cool', tidak mudah melenting bahkan adakalanya beliau tersenyum bila dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Percaya atau tidak, saya yakin Anwar Ibrahim terus dikagumi oleh rakyat Malaysia jika beliau terus ditekan dan diperlakukan secara tidak adil. Bukan hakim mahkamah yang akan menjatuhkan kerajaan hari ini tetapi mahkamah rakyatlah yang akan mengahkimi tindakan kerajaan hari ini.

Sekian wassalam.

No comments: