Tuesday, May 25, 2010

SPR Perlu Bebas.

Berakhirnya pilihan raya kecil Sibu bermakna terlakar satu lagi sejarah politik tanah air. Bagi kami rakyat biasa kemenangan itu cuma perkara biasa. Sama ada pihak BN atau parti lain yang menang, kami tidak terkesan dengan keputusan itu melainkan orang-orang politik. BN khususnya yang telah menjanjikan pelbagai perkara yang saya fikir mencacah bilion ringgit, sudah tentunya perlu memikirkan strategi yang mereka gunakan khususnya kepada masyarakat yang bergantung hidup kepada kemampuan diri. Berbeza dengan masyarakat Hulu Selangor, masyarakat Cina di Sibun tidak terlalu bergantung kepada kerajaan, mereka b erusaha tanpa bantuan yang banyak daripada kerajaan. Justeru umpan pembangunan, pelbagai bantuan yang dijanjikan tidak menjadikan mereka teruja dengan janji-janji muluk-muluk BN. Bahkan tiupan kencang berita penjajahan Taib Mahmud dan kroninya terhadap Sarawak dan sibu khususnya menjadi kebencian kepada masyarakat Sibu. Tidak sepereti Sabah yang sering bertukar kerajaan, Sarawak amat konsisten menyokong Kerajaan BN. Namun kali ini saya fikir Taib Mahmud dan pemimpin-pemimpin BN Sarawak tidak lagi mampu tidur nyenyak ekoran angin perubahan pengundi-pengundi Sarawak yang bermula di Sibu.
Namun satu perkara yang menimbulkan kemarahan rakyat di seluruh negara ialah tindak tanduk SPR yang mengisytiharkan badan itu bebas, telus dan berkecuali tetapi dari segi tindak-tanduk mereka amat ketara bias terhadap kerajaan atau BN. PRK Sibu mendedahkan satu lagi tindakan tidak profesional dan bias SPR. Menurut pendedahan bloger-bloger khususnya mereka yang mengikut dan memantau PRK Sibu, kelewatan pengumuman keputusan yang sepatutnya diumumkan lebih awal ialah kerana tindakan tidak profesional SPR. Walau pun pengerusi SPR meuar-uarkan bahawa kelewatan itu disebabkan penyokong-penyokong DAP menghalang kerja-kerja membawa peti undi ke pusat pengiraan undi, namun dapatan penulis-penulis blog seperti MSO mendapati bahawa SPR menipu masyarakat umum dengan kenyataan itu kerana penyokong-penyokong DAP tidak seperti yang didakwa sebaliknya SPR cuba mencari masa dan ruang dengan melengah-lengahkan pengumuman keputusan itu untuk memenangkan BN. Membaca tulisan MSO tentang perkara ini saya bertambah mennyampah kepada SPR, memang benarlah dakwaan Parti Pakatan Rakyat bahawa SPR adalah sayap kepada parti UMNO dan BN dan bukan badan bebas yang layak untuk mengendalikan pilihan raya. Saya harap teguran MSO dan penulis-penuilis blog lain tentang perkara ini mampu menginsafkan pengerusi SPR. Buatlah kerja dengan telus dan jujur. Jangan menipu. Mereka patut bebas. Justeru, pemimpin-peukan mimpin Pakatan perlu mencadangkan agar pengerusi SPR dilantik oleh YDP Agung dan bukan perdana menteri. Perlantikan itu pula bukan atas nasihat perdana menteri atau pemimpin-pemimpin politik. Kakitangan SPR pula tidak harus dikategorikan sebagai kakitangan awam, kerana jika ini berlaku pengaruh kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik sukar dibendung terhadap badan ini.

No comments: