Sunday, May 2, 2010

UMNO dan Barisan Nasional Sudah Terlalu Lama Berkuasa

Assalamualaikum.

Tahun ini genaplah saya menjadi ahli UMNO selama 17 tahun. Sewaktu menjadi ahli UMNO Tun Mahathir masih menjadi PM. Tun Mahathir menjadi pemimpin idola saya selain Anwar Ibrahim. Kebijaksanaan Tun Mahathir membiarkan rakyat hidup selesa dengan mengawal harga minyak dan barangan menyebabkan kehidupan pada zamannya penuh dengan kemakmuran dan kemewahan walaupun pada ketika negara dan dunia mengalami krisis kewangan yang teruk. Krisis kewangan 1998 walaupun diakui secara "gentlemen" oleh kerajaan pada ketika itu namun keperitan hidup rakyat masih macam biasa, bahkan rakyat sanggup mendermakan RM 2 setiap seorang sebagai tanda sokongan kerajaan. Kekukuhan ekonomi pada era Mahathir dan Anwar Ibrahim menenggelamkan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Kebijaksanaan Mahathir dan Anwar Ibrahim, maka dikatakan pada waktu itu rakyat hidup senang lenang.
Berakhirnya era Mahathir dan Anwar Ibrahim, maka muncul era Pak Lah. Kepincangan dan rasa tidak puat hati terhadap kerajaan mula terserlah, bukan kerana Pak Lah lembik, tidak tegas atau beliau tidak berwibawa, tetapi kerana beliau tidak mendapat sokongan daripada orang bawahannya khususnya Najib dan konco-konconya. Maka selain mendapat tekanan dari dalam, Pak Lah juga terpaksa berhadapan dengan tekanan pihak pembangkang yang semakin mendapat keyakinan rakyat dengan isu dan buah fikiran yang lebih baik berbanding pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang kelihatan lebih dungu dan kurang daya fikiran. Kenyataan-kenyataan mereka sering kali memerangkap diri kerana apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini, semuanya berpunca daripada mereka atau kalau tidak pun nampak jelas mereka tidak bertanggungjawab dan lebih pentimngkan diri. Saya berikan contoh yang paling mudah, kemiskinan tegar yang kononnya ingin diatasi sudah saya dengar sejak tahun 1993, ketika saya mula menjadi ahli UMNO. Kalau pemimpin-pemimpin ini ikhlas isu ini sudah lama diselesaikan sejak dahulu lagi, masalahnya pemimpin Barisan Nasional dan komponennya tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat. Mereka kerap hanyut kerana berjuang untuk memenuhkan poket sendiri. Akhirnya tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka diabaikan. Demikianlah sikap sebahagian besar pemimpin UMNO dan BN hari ini.
Era Najib bermula bila mana Pak Lah, secara"rela paksa" mengundurkan diri. Najib ketika mengambil alih tampuk pentadbiran negara akan membuat perubahan besar dan akan membawa pelbagai perubahan untuk menarik semula sokongan rakyat kepada UMNO dan BN. Namun, setelah setahun lebih menarajui pentadbiran negara, Najib bukan sahaja gagal mengubah UMNO, bahkan gagal menjadi pemimpin "mesra rakyat". Mesra dengan rakyat bukan bermakna setakat turun padang sewaktu pilihan raya. Bukan juga setakat turun bersembang dan minum dengan rakan facebook. Atau turun setakat mendengar keluhan dan luahan masalah sebilangan rakyat. Kalau dibandingkan dengan era gandingan Mahathir dan Anwar Ibrahim, asaya fikir mereka boleh dikatakan pemimpin yang mesra rakyat, tanpa mengira golongan dan pekerjaan. Rakyat di sektor manapun tetap mendapat kesan daripada usaha kerajaan pada waktu itu. Rakyat keseluruhan merasa mereka dihargai. Kakitangan kerajaan mendapat bonus setiap tahun. Harga barang tidak naik secara mendadak. Harga minyak dapat dikawal dengan baik. Pelbagai sudsidi yang diberikan oleh kerajaan tidak pernah menjadi masalah. Bahkan aada subsidi yang tidak disedari rakyat pada waktu itu, dan pada waktu itu kerajaan tidak pula suka mengunkit-ungkit tentang subsidi yang diberikan. Kalau ada kenaikan gaji, maka seluruh kakitangan kerajaan akan mendapatnya tanpa mengira di jabatan mana mereka berkhidmat. Begitulah prihatinnya pemimpin dalam era Mahathir dan Anwar Ibrahim. Mereka lebih mesra rakyat.
Bermula dengan era Pak Lah, subsidi kerajaan kepada rakyat mula diungkit-ungkit sehinggalah kepada penarikan pelbagai subsidi minyak. Keadaan itu menyebabkan sebahgian besar rakyat mula tidak percayakan dengan kepimpinan negara di bawah tadbiran Pak Lah dan Najib. Kakitangan kerajaan tidak kira mereka ahli mana-mana parti komponen BN mula mengalihkan perhatian kepada Pakatan Rakyat. Apa tidaknya, pelbagai subsidi baru yang diumukan sepertis suatu pembohongan dan tiada kesungguhan kerana subsidi itu tidak sampai kepada sasaran. Saya berikan contoh, beras nasional yang dikatakan beras bersubsidi tetapi kami rakyat biasa kempunan nak merasa beras itu. Khabarnya para peniaga menukarkan kulit beras itu agar mereka mengaut keuntungan yang lebih. Kerajaan pula termasuk agensi yang terlibat hanya berdiam diri. Oleh itu jangan marah bila timbul pelbagai persepsi bahawa subsidi yang diumumkan tidak lebih daripada satu kaedah baru untuk kerajaan "memberi keuntungan kepada pihak tertentu" dan bukan untuk membantu rakyat. Kalau tidak sudah lama kerajaan menggunakan kaedah yang lebih berkesan agar beras bersubsidi ini sampai kepada golongan sasaran.
Belum habis krisis kenaikan minyak secara mendadak, timbul pula masalah kurang gula, kurang beras dan sebagainya. Inilah hakikat yang rakyat terpaksa terima kerana gagal memberikan pengajaran kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang tidak cekap. Adakah kerana mereka sudah lama duduk di atas maka mereka tidak perlu lagi melaksanakan tugas dengan penuh iltizam dan penuh tanggungjawab? Atau mereka sudah pasti mampu mengekalkan kuasa kerana ada pelbagai strategi untuk menang dalam pilihan raya umum dengan bantuan SPR. Inilah andaian dan persepsi rakyat secara umumnya.
Berbalik kepada pentadbiran Najib yang pada mulanya dibesar-besarkan dengan pelbagai tanggapan bahawa akan berlaku perubahan besar selepas Pak Lah menyerahkan tanggungjawab mentadbir negara kepadanya. Ternyata tanggapan itu meleset sama sekali. Apa yang berlaku ialah banyak slogan yang diperkenalkan Najib. Konsep 1 Malaysia yang menelan belanja berjuta-juta ringgit untuk meuar-uar dan mempopularkannya tidak lebih daripada slogan politik untuk meraih semula undi masyarakat bukan Melayu. Dalam pedntadbiran negara tidak pun nampak konsep 1 Malaysia. Bahkan agensi-agensi kerajaan yang melibatkan kuasa seperti SPR, SPRM, PDRM dan badan kehakiman, memperlihatkan tindakan "double standard". Kalau ada apa-apa perkara yang melibatkan mahkamah dan kerajaan yang memerintah, pasti pihak yang mendakwa akan kalah walaupun dengan pelbagai bukti yang sahih dan boleh dipercayai. Mereka akan memanipulasi undang-undang dan menggunakan tafsiran yang membolehkan mereka menang. Misalnya kes merampas kuasa kerajaan di perak, kes liwat, kes pembunuhan Teo Beng Hock, kes lembu Mentreri Besar Sealangor dan pelbagai lagi kes yang memuakkan. Semua keputusannya dapat dijanghka. Saya percaya kalau kes royalti minyak yang membabitkan kerajaan di bawah ke mahkamah Malaysia, walau pun kerajaan menggunakan akta yang sudah tidak terpakai pasti kerajaan persekutuan juga akan menang. Saya tabik kerajaan Kelantan yang tidak membawa isu ini ke mahkamah antarabangsa kerana pentingkan keselamatan negara. Takut negara luar menggunakan isu itu untuk campur tangan dalam urusan negara yang seteryusnya boleh memudaratkan negara. Tapi Barisan Nasional sanggup bersengkongkol dengan zionis untuk berkuasa. Inilah perbezaan yang nyata antara pemimpin BN yang tidak bermoral dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih beramanah.
Beberapa perkara yang saya nampak dalam pentadbiran Najib ini ialah seperti berikut:
1. Najib cuba mengambil hati anggota PDRM dan tentera agar boleh digunakan jika mereka tersepit kelak. Sebab itulah gaji dan elaun polis dinaikkan beberapa kali.
2. Najib sibuk berpolitik dengan menindas dan menekan mereka yang dilihat boleh menguggat kekuasaan mereka. Kes liwat Anwar Ibrahim antara contohnya tindakan kejam Najib. Hal ini kerana Anwar sering kali menimbulkan isu pembunuhan Altantuya. Anwar juga menjadi faktor penyatu parti-parti dalam Pakatan. Inilah yang menggerunkan rakyat.
3. Najib tidak cuba membantu meringankan beban rakyat secara bersungguh-sungguh dan meneyeluruh. Kalau ada pun bantuan yang diumumkan itu, lebih kepada tujuan politik. Elaub dabn gaji tentera naik tetapi kakitangan kerajaan lain? Nelayan dapat subsidi minyak tetapi golongan lain? Oleh kerana itu, saya tidak pernah menganggap pentadbiran Najib berbeza dengan Pak Lah. Slogan sahaja yang nampak hebat, mempunyai nama yang besar tetapi hakikatnya zaman Pak Lah dan Najib tetap sama. Kos hidup meningkat seluruh rakyat tetapi pendapatan tetap ditakuk lama. Najib begitu berselindung tentang keadaan ekonomi negara.
Sejak era Pak Lah dan Najib, saya menjadikan Nik Aziz sebagai idola. Beliaulah satu-satunya pemimpin hari ini yang bertindak seperti Saidina Umar Al-Khattab. Menolak kemewahan tetapi mentadbir negeri dengan ikhlas. Rumah beliau begitu jauh lebih naif berbanding ketua Bahgian UMNO. Apatah lagi jika dibandingkan dengan menteri, timbalan menteri dan ketua menteri. Jauh panggang dari api. Tuduhlah Nik Aziz dengan pelbagai hinaan dan tuduhan, dia tetap seorang pemimpin yang beramanah. Kuat pegangan agama. Sebagai manusia memang kadan-kadang ada kesilapan dan kelemahan tetapi ini bukan bermakna beliau tidak bermoral seperti kebanyakan pemimpin UMNO dan BN.
Hilangnya amalan moral dan nilai agama kerana saya fikir UMNO dan BN sudah terlalu lama berkuasa. Ini menjadikan mereka angkuh dan lupa diri. Rakyat sepatutnya menolak dan membiarkan UMNO dipencenkan sementera. Kalau mereka didapati lebih baik, apa salahnya mereka diberikan peluang pada masa akan datang. Mengapa UMNO dan pemimpinnya tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sudah ditolak rakyat. Adakah mereka takut jika orang lain yang mentadbir negara maka rakyat akan tahu ada pemimpin yang lebih baik dari mereka? Hanya BN dan UMNO yang tahu hakikat sebenarnya.

No comments: