Tuesday, May 17, 2011

Berita Gembira Oleh TPM Hanya Gimik Murahan Politik UMNO.

Berita 1
Guru diseru berjuang bersama Pakatan Rakyat


Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Muslimat PAS Pusat menyeru guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab berkata, pihaknya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2011.
“Kepada semua yang bergelar pendidik yang terdiri daripada guru-guru di sektor awam dan swasta di semua peringkat persekolahan, Pasti, tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi tinggi, kakitangan pejabat-pejabat pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta semua yang terlibat dengan profession perguruan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir.
Tambahnya, guru-guru berada di seluruh pelosok negara dan menjadi nadi yang menghidupkan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan.
Menurutnya, mereka tekad menjalankan tugas rasmi dan tidak rasmi profesyen perguruan tanpa mengira dan mengenal penat-lelah.
“Mereka jugalah yang diamanahkan untuk mempersiapkan dan menyediakan generasi pemimpin pelapis, yang berkebolehan dan berkeupayaan menyumbang tenaga dan bakti untuk kesejahteraan ummah dan ekonomi negara di masa hadapan negara,” ujarnya.
Oleh itu, tambahnya guru-guru mesti bersifat cekal dan anjal serta istiqamah dan bertaqwa kerana proses pendidikan sambung-menyambung dalam dunia yang semakin mencabar.
“Didiklah anak-bangsa tanpa mengira ras keturunan, insya Allah pengorbanan dan khidmat bakti anda akan membuahkan hasil apabila Pakatan Rakyat mengambil teraju kepimpinan negara di dalam PRU13 akan datang,” katanya.
Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai menyertai profesyen perguruan.
Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’, Dewan Muslimat berharap ia bukan transformasi retorik pemerintah BN Umno.
“PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan negara dunia dan akhirat,” ujarnya


Berita 2
Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat



16/05/2011 3:46pm
OLEH SAIFUL HAIZAN HASAM
KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.
Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

Ulasan Komen seorang yang bernama Guru

Dua berita di atas memaparkan tentang guru. Nampak berita kedua itu seakan-akan mampu menceriakan semua guru di seluruh negara yang menyambut Hari Guru pada 16 Mei lalu. Namun, hasil penelitian dan kajian skeptikal menunjukkan bahawa tidak semua guru gembira dengan berita itu. Seorang guru yang berjawatan sebagai penolong kanan berkata,
     " Berita itu hanya temberang, dan hanya untuk menggabui mata rakyat, lihatlah nanti bagaimana perlantikan itu dibuat. Saya pasti akan banyak sekatan dan syarat dikenakan. Saya pasti ebanyakan guru yang sudah lama berkhidmat sudah maklum dengan kerenah dan sikap kerajaan BN. Sistem kenaikan pangkat itu sengeja dijadikan berita gembira, walhal perkara itu sama sahaja dengan sisitem yang telah sedia ada. Mungkin ada beberapa jawatan baru diwujudkan tetapi perkara itu tidaklah menyeluruh, tidaksemua guru menikmatinya.Demikian juga beberapa dasar sebelum ini, misalnya sekolah kluster yang gurunya berikan imbuhan lain berbanding guru-guru di sekolah biasa, juga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan guru. Apa tidaknya, sekolah kluster yang guru-gurunya berhadapan dengan murid-murid yang kebanyakannya bijak dan bermotivasi tingi, tidak perlu memerah otak  berbanding guru-guru di sekolah biasa yang terpaksa berhadapan dengan pelajar yang lemah, kurang bermotivasi dan tidak berdikari.ni memaksa guru-guru sekolah biasa bekerja lebih kuat, lebih masa dan adakalanya terpaksa mengorban wang daripada kocek sendiri untuk menampung kekurangan yang dihadapi sekolah. Bukankah dasar ini tidak adil dan bodoh. Orang yang kerja senanag, kemudahan lengkap, selesa dan sebagainya dibayar lebih, sebaliknya mereka yang berhadapan dengan pelbagai kekurangan tidak mendapat apa-apa. Sama juga dengan berita terbaru ini, guru-guru biasa yang bertungkus lumus bekerja tidak mendapat apa-apa sebaliknya mereka yang menduduki jawatan tertinggin mendapat imbalan, walhalkerja mereka biasanya hanya mengarahkan sahaja. Mengapa dalam pelbagai hal gred DG41 diabaikan? Kalau ada kenaikan gaji, elaun atau sebagainya pasti gred terendah yang mendapat banyak manfaat. Mereka yang setakat belajar hingga maktab atau diploma atau mereka yang mengajar di sekolah rendah terus diberikan keutamaan, sedangkan kerja guru DG41 atau guru-guru di sekolah menengah, beban mereka lebih berat tetapi mereka diabaikan. Terbaru berita yang dikhabarkan menggembirakan guru, terus menjadikan guru-guru di gred DG41 murung dan rasa tidak pas hati." Demikian luahan rasa tidak puas hati dengan seorang guru terhadapapa yang diumumkan oleh kerajaan.
     Pada saya, berdasarkan pemerhatian, berita itu tidak lebih daripada gimik murahan politik UMNO. Yang mengumumkan dasar itu adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang terdesak untuk meraih sokongan guru yang mula menjauhkan parti itu. Tetapi mereka lupa bahawa guru adalah golongan intelek yang cepat dan mudah memahami tindak-tanduk para pemimpin UMNO hari ini. Banyak dasar yang sengeja diperkenalkan tanpa kajian yang mendalam sehingga dasar itu tempang, tidak menyeluruh dan tidak adil. Dasar yang masih tergantung-gantung perlaksanaannya, perlantikan guru Akademik Tingkatan Eenam sehingga ke hari ini masih belum selesai. Sistem modular yang dikatakan akan digunakan dalam sisitem pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam sehingga hari ini belum dimulakan. Apakah makna semua ini? Bukankah ini gimik semata-mata. Hendak melaksanakannya tetapi tiada peruntukan atau bahasa mudahnya tiada duit. Bukankah  ini kartun namanya?
    Cuba kita lihat beberapa dasar yang diperkenalkan sebelum itu, Dasar PPSMI, Sekolah Betari, Sekolah Kluster atau Sekolah Berprestasi Tinggi dan sebagainya. Dasar itu pada saya, tidak dibuat kajian secara mendalam. Dasar PPSMI jelas bertentangan denga perlembagaan, Perkara 152, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi? Bukan ini menampakkan kegelojohan pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. Mereka akan terburu-terburu melaksanakan sesuatau perkara jika ia menguntungka diri dan kroni, tetapi jika dasar itu melibatkan kemaslahatan rakyat, mereka akan bertangguh dan memberikan pelbagai alasan.
     Kesimpulan yang boleh saya buat, ialah berita baik itu sebenarnya tidak menggembirakan hampir semua guru di seluruh Malaysia. Yang dikehendaki oleh majoriti guru ialah bantuan serta merta, misalnya kenaikan elaun ITP, wilayah, gaji dan sebagainya yang melibatkan semua guru tanpa mengira gred. Dasar itu haruslah saksama, menyeluruh  dan tidak berpilih. Masalah bebanan guru sampai kiamat pun tidak akan selesai  selagi BN dan pemimpin-pemimpin UMNO menarajui kerajaan kerana ternyata mereka tidak ikhlas. Guru kelas, ketua panitia, guru-guru penasihat persatuan, kelab, dan uniform masih terus diabaikan seangkan mereka inilah yang sering terbeban. Mengapa mereka ini tidak diberikan elaun tanggungjawab? Mengapa kerajaan begitu kedekut dan berkira dengan guru, insan yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk masyarakat. Sehingga hari ini secara diam-diam guru-guru masih mengharapkan imbuhan khas guru sebanyak RM500 setiap bulan. Harapan itu pastinya hanya akan berlaku jika Pakatan Rakyat diberikan peluang untuk mentadbir negara. Kami guru-guru Malaysia mengharapkan Pakatan Rakyat mampu mengekang takti keji dan kotor BN dalam PRU ke-13 kelak untuk kekal berkuasa.

No comments: