Monday, May 2, 2011

1 Mei Yang Kutunggu

Seorang rakan setugas pada bulan April bercerita bahawa akan ada berita gembira pada 1 Mei kelak. Berita gembira itu dijangka akan menggembirakan guru dan kakitangan awam. "Sama-samalah kita tunggu," kata rakan tersebut. Rakan tersebut menghiburkan rakan guru yang  merasa tidak puas hati  terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Kenaikan harga minyak itu memberikan impak yang besar kepada kehidupan rakyat seluruhnya. Mungkin pemimpin tidak merasai atau terkesan dengan kenaikan itu kerana bagi mereka semuanya percuma. Hal ini kerana segala perbelanjaan mereka mentadbir negara ditanggung dengan menggunakan wang negara dan bukan dari kocek mereka sendiri. Maka segala keluhan rakyat dan kakitangan kerajaan, tidak mereka hiraukan.
     Beberapa orang guru juga berang dengan kerajaan kerana sengeja melambat-lambatkan perlantikan guru-guru akademik tingkatan 6 seperti mana yang diuar-uarkan oleh sesetengah pemimpin bahawa banyak dasar kerajaan yang dibuat untuk menjaga kebajikan guru kononnya. Hakikatnya, semua dasar itu hanya cakap kosong. Masih ramai guru yang tidak dilantik oleh kementerian Pendidikan kerana kekurangan wang. Inilah padahnya jika pemimpin yang boros dan rasuah dipilih mentadbir negara. Demikisn jugsa dengan isu beban guru, sehingga hari ini isu itu belum selesai-selesai. Menteri bertukar silih berganti tetapi tiada seorang menteri pun yang mampu mneyelami permasalahan guru.
     Banyak anugerah yang disediakan oleh kerajaan untuk guru tetapi bila diperhalusi semua dasar itu tidak kena tempat dan tidak menyeluruh. Dalam perkataan lain, kebanyakan dasar yang dibuat itu tidak ikhlas untuk membantu menjaga kebajikan guru. Semuanya lakonan semata-mata kerana politik. Imbuhan kepada sekolah-sekolah berprestasi tinggi, apakah logiknya imbuhan itu sedangkan guru-guru yang berprestasi rendahlah yang banyak beban tugas. Mereka terpaksa berhadapan dengan murid yang bukan sahaja tidak bermotivasi, tiada minat untuk belajar, lemah dan adakalanya berhadapan dengan murid yang tidak mengenal huruf. Sebaliknya sekolah-sekolah berprestasi tinggi seperti MRSM, sekolah berasrama penuh dan sebagainya kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang bijak, bermotivasi dan penuh dengan daya usaha. Dalam hal ini mana yang lebih sukar mengajar murid yang lemah atau murid yang bijak? Inilah antara contoh dasar yang nampaknya diperkenalkan tanpa kajian yang teliti, atau mungkin demi untuk menjaga juak-juak politik semata-mata.
     Demikianlah beberapa luahan dan rasa tidak puas hati guru terhadap kerajaan Barisan Nasional hari ini. Isu atau topik rasa tidak puas hati ini acap kali menghiasai perbualan guru-guru ketika minum di kantin sama ada ketika sarapan, minum pagi atau makan tengah hari. Dan oleh kerana itulah agaknya seorang rakan cuba menghiburkan guru bahawa pada 1 Mei kelak akan ada berita gembira daripada Najib, Perdana Menteri 1 Malaysia yang diliaht masih gagal membantu rakyat meringankan beban hidup sehingga hari ini. Namun, hari ini 2 Mei, 1 Mei sudah berlalu, khabar gembira yang ditunggu-tunggu itu oleh guru dan kakitangan awam bagaikan menunggu durian tidak mungkin akan gugur. Nampaknya pemimpin-pemimpin lebih sibuk memikirkan bagaimana hendak menekan atau mengekang kemaraan seteru mereka seperti Datuk Anwar Ibrahim  berbanding menghabiskan masa untuk memikirkan mengatasi masalah yang menekan rakyat. Kalau demikian halnya, para pemimpin UMNO dan BN usah lagi bermimpi untuk kekal berkuasa jika mereka terus gagal memahami masalahn rakyat. Semoga semua pemimpin Pakatan Rakyat mampu terus menghadapi tindakan jijik pemimpin BN untuk merealisasi harapan rakyat seluruhnya.

No comments: