Saturday, May 14, 2011

TPM Masih menganggap bahawa Rakyat terlalu bebal dan dungu.

TPM: K'jaan sentiasa cari jalan kurang beban rakyatMei 14, 11 1:09pmKerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.
"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.
"Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia di Kampung Sungai Ular sempena lawatan kerja sehari di Kuantan, hari ini.
Turut hadir bersama kira-kira 1,500 penduduk ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Muhyiddin berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Isnin ini untuk membincangkan langkah jangka panjang menambah bekalan makanan dalam negara.
Beliau berkata, kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara.
"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya.
Bagaimanapun katanya, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.
"Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta untuk mendirikan masjid baru bagi kemudahan penduduk di Kampung Sungai Ular.

- Bernama 

Demikianlah bunyi ucapan Muhyiddin Yassin setiap kali minyak atau barang akan naik, beliau masih percaya bahawa rakyat akan percaya dengan apa yang diperkatakannya. Mat Sembab ini masih menganggap bahawa rakyat di bawah ini masih terlalu dungu untuk memahami  apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO demi kepentingan diri mereka. Saya sudah tahu lagi apa yang perlu saya tulis untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO ini agar rakyat tidk terus menjauhi parti ini. Apakah ini balasan Allah kepada segala dosa dan pembohongan pemimpin-pemimpin UMNO sejak dahulu. Mereka terus menerus berbohong dan memuyar belitkan fakta. Setiap kali rakyat terbeban dengan pelbagai kenaikan maka mereka katakan kenaikan itu berlaku disebabkan kenaikan barang di peringkat global. Yang anehnya mengapa pula harga produk  pertanian tidak naik dan mampu menampung perbelanjaan para petani?
    Sebagai ahli UMNO saya sedikit pun tidak lagi mempercayai apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Lihat berapa orang yang sudah mati di tangan SPRM?  Lihat juga tinda-tanduk polis yang memualkan. Polis hari ini bukan lagi untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat sebaliknya polis bertugas untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin UMNO. Demikian juga dengan SPR dan sistem kehakiman. SPR sering kali bersengkongkol dengan UMNO untuk membolehkan pendatang asing mengundi bagi memenangkan mereka. Apa mereka ini masih boleh dianggap sebabagi pejuang bangsa? Bukan mereka ini pengkhianat yang amat nyata? Saya meneyru ahlki-ahli UMNO yang belum memahami segala pengkhianatan pemimpin-pemimpin UMNO agar meninggalkan parti tersebut atau memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Sebelum PATI yang menentukan hala tuju negara kita, ada baiknya kita menjatuhkan kerajaan pengkhianat ini. Kalau Najib sanggup mempertahankan kerajaan yang zalim itu dengan darah, maka kita sebagai rakyat yang cintakan negara ini wajar menentang mereka dengan darah juga. Jika dalam PRU ke-13 kelak kita tidak dapat menurunkan kerajaan zalim ini, saya harap kita mampu menurunkan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini seperti yang dilakukan oleh rakyat Mesir. Kalau dalam zaman penjajahan dahulu, datuk nenek kita sanggup menggadaikan darah dan nyawa, mengapa pada zaman ini kita boleh berjuang berhabis-habisan untuk menggunlingkan kerajaan yang zalim dan rakus ini?

    Oleh kerana itu sebelum perjuangan menjadi lebih sukar, marilah kita sama-sama menjatuhkan kerajaan UMNO yang zalim dan tamak haloba ini dalam PRU ke-13 kelak.

No comments: