Monday, April 19, 2010

Budaya Memfitnah Dalam UMNO menyebabkan penyokong Akar Umbi Parti Serba Salah.

Sudah menjadi budaya UMNO. Bila ada sahaja pilihan raya banyaklah isu yang timbul untuk memburuk-burukkan individu yang terlibat dalam pilihan raya itu. Pemimpin-pemimpin UMNO memang hoipolkrit. Suka lempar batu sembunyi tangan. Wahai pemimpin-pemimpin UMNO, rakyat hari ini bukan lagi sebodoh dan sedungu generasi lampau. Generasi yang mudah menelan apa sahaja yang disogokkan kepada mereka.

Hari ini genarasi muda lebih tertarik dengan pemimpin yang ikhlas, beramanah, bermoral dan mempunyai pegangan agama yang kuat. Bukan yang kuat memfitnah, berbohong dan memburuk-burukkan orang lain. Kadang-kadang bila bermuhasabah diri, perasaan takut itu timbul. Takut dengan budaya fitnah yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Bukan saya seorang, tetapi lebih ramai lagi ahli akar umbi yang sudah mula menjauhi parti ini. Tapi yang aneh dan peliknya pemimpin-pemimpin UMNO makin gelak memfitnah. Boilakah mereka akan insaf?

No comments: