Monday, April 12, 2010

Pilihan Raya Menguntungkan Rakyat.

Pilihan raya memang mempunyai manfaat yang besar kepada rakyat. Tapi menjadi igauan ngeri kepada pemimpin-pemimpin politik khususnya mereka yang berada di tampuk kuasa. Pilihan kecil yang begitu banyak sejak PRU ke-12 yang lalu sebenarnya adalah ruang kepada pelbagai pihak. Dari sudut rakyat, pada waktu inilah mereka memohon pelbagai peruntukan, mengadukan pelbagai masalah kepada mereka yang bertanding agar masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan kadar segera. Pada waktu ini jugalah pelbagai peruntukan diumumkan oleh pemerintah agar pengundi di kawasan tersebut terus menyokong mereka. Apakah janji dan pelbagai peruntukan itu dapat ditunaikan, itu soal kedua. Tugas rakyat ialah menagih janji mereka kelak.

Di pihak pembangkang, pilihan raya ini adalah ruang kepada mereka untuk mendedahkan pelbagai kelemahan dan keburukan kerajaan. Jika janji pilihan raya lalupun belum ditunaikan, maka habislah calon yang diketengahkan oleh kerajaan. Lazimnya tiada cara lain selain berbohong atau berjanji.

Dalam pilihan raya ini juga muncul pelbagai pekerjaan baru. Tampal poster, pasang banner, jadi tukang masak dan sebagainya.

Di Sabah, sebelum zaman Pak Lah, peniaga-peniaga khususnya pembekal barangan hardware kerap kali mengaut keuntungan yang banyak semasa pilihan raya ini. Stok zink, tangki air, meja, kerusi dan pelbagai lagi habis laris kerana barangan itu habis ditempah oleh bakal YB yang mengagihkannya kepada penduduk-penduduk kampung. Tidak cukup dengan itu, beras, sardin, susu dan pelbagai jenis makanan diserahkan kepada pengundi-pemgundi. Selain mendapat pelbagai barangan para pengundi juga diberikan sagu hati antara RM20-RM150. Bahkan semasa pilihan raya itu juga para ketua peti undi mengaut keuntungan yang banyak kerana habuan yang diberikan kepada pengundi-pengundi sesuatu peti undi kerap tidak disampaikan.
Sekepas pilihan raya, tidak kira siapa yang menang, keadaan akan menjadi seperti biasa. Orang-orang kampung dan para pengundi, kehidupan mereka tidak juga berubah. Yang yang menang menghilang entah ke mana. Kadangkala hutang di kedai-kedai belum lagi dilunaskan.

Inilah hakikatnya pilihan raya di negara kita. Setiap kali pilihan raya, kita gagal menampilkan pemimpin sejati. Pemimpin yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat. Namun begitu, pilihan raya tetap menguntungkan rakyat jelata.

No comments: