Thursday, April 29, 2010

Kejadian Menembak Remaja Balasan Allah.

Assalamualaikum semua.
Peristiwa mengejutkan dan menggemparkan semua pihak baru-baru ini adalah sebahagian daripada balasan Allah kepada Jabatan Polis dan kerajaan. Selama ini memang banyak kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh jabatan berkenaan tetapi sering disembunyikan oleh mereka untuk menjaga nama baik mereka dan juga kerajaan. Walaupun pelbagai aduan dikemukan kepada pihak kerajaan, tetapi pihak kerajaan sering mempertahankan jabatan ini. Bahkan kakitangan dan anggota polis dilayan begitu istimewa dalam zaman pentadbiran Najib dan Pak dahulu. Ketika Pak Lah menggembirakan semua kakitangan kerajaan dengan kenaikan gaji 10 peratus pada waktu itu, polis mendapat habuan dua kali ganda bila elaun mereka sebelum itu telah dinaikkan.

Pada tahun ini, sekali lagi polis dinaikkan gaji dan elaun selain peluang kenaikan pangkat tetapi inilah balasan pihak polis kepada orang awam kerana mereka tahu kerajaan hari ini pasti akan membela mereka. Walaupun beberapa orang pemimpin BN dan UMNO mengeluarkan kenyataan yang seakan tidak berpihak kepada mereka yang terlibat menembak remaja terbabit tetapi bagi saya, itu cuma lakonan semata-mata. Risau rakyat menentang mereka. Pemuda UMNO yang biasanya lantang, hari ini membisu seribu bahasa. M Walhal jenyah sebenarnya yang masih berleluasa hari ini bukan kerana kealpaan ibu bapa tetapi kerana polis sibuk berpolitik dan menekan pemimpin pembangkang sehingga mereka lupa mendisiplinkan anggota bawahan mereka. Kalau diteliti di seluruh negara, ternyata sebilangan besar anggota polis hari ini sudah tidak bermoral. Nilai agama sudah jauh daripada kehidupan mereka. Mereka bukan sahaja kerap berjudi, minum arak, dan terlibat dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral, bahkan mereka juga yang kerap mengamalkan rasuah.

Saya mohon agar kerajaan menenamkan nilai-nilai agama kepada mereka ini agar keharmonian negara ini dapat dikekalkan dan bukan menjadi alat kepada pihak tertentu. Musa Hassan yang sibuk membantu BN dan UMNO sewajarnya dipencenkan awal. Kempen "Kepimpinan Melalui Teladan" yang polpular dalam era Mahathir sudah tidak diamalkan lagi dalam zaman 1 Malaysia ini. Amat malang bagi rakyat negara ini bila amalan murni itu mula dilupakan dalam kalangan kakitangan kerajaan seperti Musa Hassan.

Lantas, kejadian yang menggemparkan semua pihak itu tidak lebih daripada amaran Allah kepada rakyat Malaysia dan semua pihak betapa Jabatan PDRM sudah sampai ke tahap yang begitu kritikal. Pihak bertanggungjawab perlulah insaf dan sedar dan mengambil langkah yang wajar untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum ia membarah dan menjadi lebih kronik.

Wallahualam bisawab. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

No comments: