Tuesday, April 27, 2010

Kemenangan BN Di Hulu Selangor SUdah diDuga.

Kemenangan UMNO di HS tidak mengejutkan saya, kerana sebagai ahli UMNO saya tahu dan masak benar dengan taktik pemimpin-pemimpin UMNO. Kehadiran Tun Mahathir, pasti mampu memberikan kemenangan kepada BN. Orang masih mengenangkan jasa beliau kepada rakyat, pada era beliau rakyat hidup senang lenang, tidak macam nhari ini. Dan SPR yang sudah dizioniskan oleh UMNO memang bias, selagi SPR dibawah kerajaan hari ini, jangan harap ada pilihan raya yang telus dan jujur. Demikian juga dengan PDRM dan SPRM. Kematian remaja membabitkan polis adalah musibah yang berupa peringatan bahawa pada masa akan datang jika UMNO terus dibiarkan memanarjui negara, PDRM akan lebih ganas seperti regim dan polis di Isreal. Saya fikir, inilah kejayaan reformasi yang dilaung-laungklan oleh Najib dan pendokong-pendokong UMNO hari ini.
Hendak mengaharpkan keselasaan hidup dalam zaman Najib ini, jangan haraplah. Berbalik kepada PRK HS, kejayaan calon BN itu dibesar-besarkan walhal para pemimpin UMNO sedar betapa tingginya nilai RM yang terpaksa dikorbankan untuk meraih kemenangan tersebut.

Mungkin orang atau pembaca blog ini sering bertanya, mengapa saya yang mendakwa diri sebagai ahli UMNO tetapi kebanyakan tulisan saya memperlihatkan kebencian kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Jawabnya ialah saya menyokong UMNO kalau parti itu memberikan kesenangan dan keselesaan kepada rakyat selutruhnya, tetapi sayangnya yang hdiup senang lenang hanya mereka yang menjadi kroni UMMNO, hanya mereka yang menjadi tali barut UMNO, bukanm orang macam kami, ahli biasa. Kali terakhir saya menyokong UMNO ialah ketika mula-mula Pak Lah menjadi PM, tetapi dalam penggal seterusnya, saya amat membenci pemimpinm-pemimpin UMNO dan BN kerana menaikkan minyak secara mendadak. Hal ini menyebabkan barang naik, kos hidup naik dan sebagainya. Bila Najib naik tiada apa pun yang dilakukan untuk meringankan beban rakyat, beban golongan miskin, beban kakitangan kerajaan, beban guru, beban petani. Najib cuma sibuk dengan politik, sibuk menindas dan menekan Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang. Inilah menjadi asas kebencian sebilangan besar daripada kami terhadap pemimpin negara hari ini. Janji semasa pilihan raya tinggal janji. Tunggulah PRU ke-13. Kami tidak mudah lagi ditipu dan ditabur janji kosong. Tunggulah Najib. Tak lama lagi, tinggal 2 tahun lebih. Insyallah kebankitan rakyat akan merenapkan keangkuhan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa dan rintihan rakyat lemah macam kami ini.

No comments: