Sunday, April 18, 2010

Pemimpin UMNO mengajak kita b elajar daripada Sejarah, tetapi mereka sering melupakan sejarah.

Dalam keadaan parti-parti pembangkang berusaha memahami aspirasi rakyat dan genarsi baru, pemimpin-pemimpin UMNO terus ketinggalan zaman. Kalau tidak menguasai dan mempengaruhi SPR untuk memenangkan mereka, sudah lama parti UMNO dan Barisan Nasional berkubur. Setiap kali pilihan raya amat jelas fitnah, janji kosong, serta ugutan tiada pembangunan sering kali menjadi modal kepada mereka. Saya fikir generasi muda yang mengikuti perkembangan semasa tidak lagi melihat isu-isu itu sebagai tarikan.
Malahan tindakan memburuk-burukan parti pembangkang tidak menjadi senjata yang mampu memenangkan calon BN jika tidak ada unsur penipuan dan manipulasi SPR untuk memenangkan calon BN. Secara perinbadi, sebagai ahli UMNO saya sudsah lama kurang senang dengan tindak-tanduk SPR yang terlalu bias. Mereka kerap kali memanipulasikan akta dan undang-undang buatan manusia untuk menghalalkan tindakan mereka. Tapi bagi rakyat yang mampu berfikir secara waras dan rasional, tindakan SPR itu hanya akan menambahkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN.
Pemimpin UMNO tidak pernah belajar daripada sejarah.

No comments: