Tuesday, October 5, 2010

Apakah Datuk Seri Najib Tidak Faham?

Saranan salah seorang pemimpin Pas agar UMNO tidak perlu bertanding dalam PRK Dun Galas demi perpaduan Melayu, saya fikir, bukan saranan yang serius dan bersungguh-sungguh. Sebaliknya, saranan itu adalah peluru yang dilepaskan untuk menempelak perjuangan 'rasis' UMNO. Saranan itu diajukan untuk menguji kesungguhan perjuangan UMNO yang kononnya berjuang demi orang Melayu dan bumiputera. Inilah agaknya maksud tersirat pemimpin Pas tersebut. Dan dapat dilihat respons Datuk Seri Najib tentang saranan tersebut. Dengan nada yang yakin dan bersahaja beliau mengulas bahawa BN akan tetap menyertai PRK Dun Galas untuk memberikan "pilihan" kepada rakyat. Apakah pada fikiran beliau bahawa pemimpin Pas itu bersungguh-sungguh? Atau beliau tidak memahami isi tersirat daripada saranan tersebut? Kalau benar beliau tidak memahami maksud tersirat saranan itu, maka ternyata betapa ruginya rakyat negara ini mempunyai seorang pemimpin seperti itu.
Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat terus menyepi dan enggan mengulas panjang lebar tentang saranan itu, saya fikir saranan itu akan menjadi sebahagian daripada hujah dalam PRK Dun Galas kelak. Kita tunggu dan lihat.

No comments: