Thursday, October 7, 2010

Bolehkah BN Mengekalkan Kerusi Dun Melalap, Dun Kemabong dan Parlimen Tenom Dalam Pilihan Raya Ke-13?

Mendengar berita yang disiarkan dalam berita arus perdana, seakan-akan kelihatan bahawa Bn tiada masalah di Sabah. Datuk Musa Aman, dalam ucapannya memperlihatkan keyakinan bahawa rakyat Sabah keseluruhannya amat menyokong dan bersetuju 100% dengan dasar pemerintahannya. Tetapi berdasarkan  pemerhatian  yang saya dengan berpandukan pandangan rakan-rakan, orang-orang kuat UMNO dan parti komponen lain, ternyata bahawa Musa Aman hanya syok sendiri. Boleh dikatakan bahawa peluang untuk BN mengekalkan kerajaan di Sabah selepas PRU ke-13 hanya 50% sahaja. Bahkan beberapa orang kuat UMNO sudah pun menyertai PKR. Miling Oyot yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai pelopor kuat UMNO Bahagian Tenom, kini menjadi ajk Cabang PKR Tenom. Bahkan beberapa ahli UMNO Tenom yang sempat saya temui, berpandangan bahawa Pakatan Rakyat perlu diberi ruang untuk mentadbir negara. UMNO dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu, gagal mentadbir negara dengan baik dan berkesan. Kalau tidak takkan sehingga hari ini soal kemiskinan, kekurarangan infrastruktur dan prasarana di kawasan pedalaman terus menjadi isu.

     Bahkan ramai yang bersetuju bahawa kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO hari ini sebenarnya sudah lama ditolak rakyat jika pilihan raya yang bersih dan adil dilaksamnakan.

No comments: