Monday, October 11, 2010

Manakah Yang Lebih Penting, Adun Galas atau Parlimen Batu Sapi?

Assalamualaikum. Dalam kekecohan pemimpin UMNO dan Pakatan Rakyat  berdebat secara terbuka tentang perlantikan Kuli sebagai pengarah dan mungkin jadi calon PRK Dun Galas, tiba-tiba kita dikejutkan lagi dengan kematian ahli Parlimen Batu Sapi  mendiang Edmund  Chong Ket Wah ahli Parlimen Batu Sapi. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Jasa beliau tetap akan dikenang. Dari sudut politik, BN dan UMNO sekali lagi berhadapan dengan PRK. Kalau di Sibu,  tanggapan bahawa Sarawak dan Sabah adalah "fix deposit " kepada BN tetapi sebaliknya keputusan tersebut menunjukkan bahawa tanggapan pemimpin BN adalah meleset. Apakah PRK Batu Sapi akan memberikan petunjuk positif kepada BN bahawa sokongan rakyat terhadap BN masih kuat atau sebaliknya? Dilihat dari sudut parti pemerintah kemenangan dalam PRK Batu Sapi kelak adalah lebih penting berbanding Dun Galas. Ahli Parlimen kerajaan yang tidak sampai 2/3 telah merencat persediaan parti pemerintah untuk kekal berkuasa. Kalau penggal -penggal yang lepas, setahun sebelum pilihan raya umum, SPR sudah sibuk membuat analisis untuk melakukan persempadanan semula. Dan persempadanan  semula itu biasanya lebih kepada uaaha untuk memenangkan BN. Apa dalam PRU ke-13 kelak pilihan raya diadakan berdasarkan persempadana semula? Jawabnya, taktik lama itu tidak mungkin  akan berlaku lagi kalau tiada ahli parlimen yang sanggup menjadi katak. Beberapa bulan lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita yang kononnya 14 orang ahli parlimen akan menukarkan  ideologi politik mereka tetapi akhirnya cuma empat orang sahaja yang keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi calon bebas. Jumlah itu sudah pasti tidak mencukupi untuk mencukupkan majoriti  2/3  kerajaan. 10 orang lagi sama ada tidak cukup bayaran atau mereka menyedari bahawa sekiranya mereka menjadi katak maka nilai dan harga mereka akan merudum. Sekali pun  kelak mereka dilelong di pasar Chow Kit dengan harga 1 sen, belum pasti ada yang akan membelinya. Bagi saya karier politik YB-YB katak setelah PRU ke-12 yang lalu pasti akan berkubur perjuangan mereka dalam PRU ke-13 kelak.
     Kerajaan kerap meuar-uarkan bahawa kerajaan hari ini kekurangan wang untuk mentadbir negara. Justeru itu pelbagai subsidi ditarik, harga minyak dinaikkan dan pelbagai lagi tindak-tanduk kerajaan yang kebanyakannya untuk mengutip wang daripada rakyat. Biarlah rakyat didahulukan menderita, asalkan kuasa dapat dikekalkan. Begitulah agaknya prinsip perjuangan Najib dan kerajaannya. Apa tidaknya, kerajaan ada wang untuk membeli YB-YB katak sebaliknya, kerajaan tiada wang untuk membantu meringankan beban rakyat. Kerajaan hari ini ada wang untuk melaksanakan projek-projek besar tetapi kerajaan tiada wang untuk melaksanakan projek-projek kecil yang membabitkan kepentingan  rakyat bawahan. Hal ini kerana nilai undi rakyat bukanlah mahal sangat, setakat RM20-RM150. Manakala YB-YB mempunyai nilai yang tinggi di mata kerajaan. Boleh mencecah jutaan ringgit. Oleh kerana itu setiap kali PRK pemimpin-pemimpin kerajaan sanggup bergadai bergolok untuk memenanginya. Namun, kuasa Allah lebih besar dan Allah lebih mengetahui. Sesungghuhnya, PRK yang kerap sejak PRU ke-12, adalah sebahagian daripada kejadian atau petunjuk bahawa UMNO dan BN sudah terlalu banyak dosa kepada rakyat dan negara. Allah mahu menguji setakat manakah kuasa wang yang dimiliki oleh mereka untuk membantu BN dan UMNO kekal berkuasa. Ternyata kuasa wang yang menjadi sandaran kepada kerajaan UMNO dan BN hari ini mula teruji. Manakah yang boleh memberikan manfaat yang banyak kepada BN? PRK Dun Galas atau PRK Batu Sapi? PRK Dun Galas sebenarnya tidak lebih dari usaha untuk membenamkan karier politik Ku Li. Sama ada BN menang atau kalah di Dun Galas, sebenarnya tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kerajaan Persekutuan kalau adapunn kesannya tidaklah besar tetapi sekiranya Pakatan Rakyat menang di Batu Sapi, pasti kedudukan kerajaan Persekutuan akan goyah. Keyakinan rakyat di Semenanjung bahawa UMNO sedang menuju kehancuran semakin kuat. PRK Sibu sekalipun dengan bantuan SPR, BN tetap kalah. PRK itu menunjukkan bahawa pengaruh BN di Sarawak juga makin merosot sebaliknya keyakinan terhadap Pakatan Rakyat bertambah kukuh. Ini bermakna bahawa peluang BN untuk kekal berkuasa di Sarawak hanya 50%. Janji pembangunan dan kuasa wang tidak selamanya boleh membantu kerajaan. Rakyat hari ini sebahagian besarnya sudah bijak menilai. Oleh kerana itu pemimpin BN perlu berubah sikap. Mereka perlulah ikhlas membantu rakyat. Hentikan sikap suka memburu-burukkan orang lain khususnya pemimpin-pemimpin pembangkan kerana tindakan itu tidak membantu menarik sokongan rakyat kepada mereka tetapi sebaliknya rakyat akan menjauhi mereka.

No comments: