Wednesday, October 6, 2010

Datuk Raden berjasa Kepada Rakyat Tenom?


Dari segi pengalaman, Datuk Raden Maleh adalah antara wakil rakyat yang cukup 'berpengalaman'. Beliau sudah menjadi wakil rakyat bagi Dun Melalap sejak saya di bangku sekolah lagi. Ketika itu saya di tingkatan 6 rendah di sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Kini,  sudah 17 tahun saya menamatkan pengajian di universiti, tetapi Datuk Raden masih belum diganti dan masih menjadi pilihan utama PBS setiap kali pilihan raya. Kemunculan beliau seiring dengan kemunculan Datuk Kadoh Agundong yang sudah lama berkubur perjuangan politiknya.  Dinilai dari segi angka, Datuk Raden sudah menjadi wakil rakyat lebih 20 tahun. Memang cukup berpengalaman. Wakil rakyat yang cukup pengalaman seperti itu sudah pastinya boleh membaca dan memahami aspirasi rakyat. Tetapi  sayangnya majoriti rakyat Tenom membenci beliau khususnya generasi muda. Dalam PRU ke-12 beliau dilabelkan sebagai YB kedekut, YB karaoke, YB bukan perancang, YB tiada pembangunan dan sebagainya.

     Pada dasarnya rakyat Tenom, khususnya DUN Melalap mengharapkan agar akan tampil pemimpin muda untuk menggantikan Datuk Raden Maleh. Dikatakan Datuk Raden Maleh tidfak prihatin dan gagal melaksanakan tugasnya sebagai YB. Ramai rakyat yang tergolong sebagai miskin tegar tetapi terbiar dan tidak beliau peduli. Gambar di atas dan di bawah ini memperlihatkan betapa daifnya rumah rakyat yang berbangsa Murut ini. Bangsa Datuk Raden Maleh sendiri. Ketika di rumah orang tua ini saya ajukan soalan apakah  parti yang beliau sertai. Ternyata beliau adalah penyokong kuat Datuk Raden sejak dulu, namun Datuk Raden tidak pernah ambil kisah tentang keadaan orang tua ini. Memperkatakan tentang kegagalan Datuk Raden sebagai wakil rakyat Tenom, sebagai pengundi Dun Melalap saya akui walaupun sudah cukup berpengalaman, namun Datuk Raden Maleh adalah antara pemimpin Murut yang gagal merubah masyarakat yang diwakili. Beliau memang mesra rakyat, selalu menghadiri majlis-majlis keramaian, bahkan kerap berkaraoke dan menyumbangkan lagu. Pak Cik isteri saya menyukainya kerana mereka adalah golongan tua, namun banyak golongan muda yang benci kepada YB PBS ini. Saya harap pada masa akan datang, PBS perlu membuat pertimbangan yang rasional sama ada mencalonkan beliau atau tidak. Bukan tidak ada pemimpin lain di kawasan Dun Melalap ini. Kalau disebutkan memang banyak. Saya tidak bermaksud hendak menyebut nama-nama pemimpin itu tetapi saya harap pemimpin PBS tidak semata-mata melihat jawatan Datuk Raden dalam parti PBS. Pandangan dan hasrat akar umbi juga perlu diambilkira.

No comments: