Wednesday, October 20, 2010

UMNO;Program Mentransformasikan Politik ?.

" Perhimpunan UMNO kali ini tidak lagi mendapat perhatian seperti sebelumnya. Kalau dahulu, dalam zaman Mahathir- Anwar, kami akan tertunggu-tunggu perhimpunan itu, saya dan ahli-ahli UMNO lain akan mendengar dengan teliti siaran langsung perhimpunan itu. Tapi sejak zaman Pak Lah hingga hari ini, zaman Najib, banyak yang sudah tawar hati. Tidak lagi berminat mendengar ucapan pemimpin-pemimpin yang berapi-api tetapi habuk pun tarak". Demikian komen seorang rakan yang merupakan ahli tegar UMNO tetapi kini beliau cenderung menghentam dan mencemuh pemimpin-pemimpin UMNO. Bila diteliti mengapa beliau bersikap demikian, hal ini disebabkan pemimpin UMNO dalam era Pak Lah dan Najib ini, rakyat kebanyakannya berjuang untuk hidup dengan pelbagai beban yang sengeja ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan. Kenaikan harga minyak, penarikan subsidi dengan pelbagai istilah dan sebagainya tetapi bila ada perhimpunan UMNO, ucapan berkobar-kobar dan berapi-api  untuk membela rakyat tetapi hakikatnya apa yang diucapkan hanya lahir dibibir sahaja. Hanya untuk menyedapkan hati. Realitinya pemimpin-pemimpin masih mengutamakan dasar dan projek-projek yang memberikan keuntungan kepada mereka. Rakyat terus terbeban. Dalam zaman Pak Lah -Najib ini, banyak dasar kerajaan yang hanya menguntungkan bebarapa pihak sahaja. Rakyat terbanyak sama ada kakitangan kerajaan, peniaga, pekerja swasta dan orang-orang kampung terus mengeluh. Mereka masih tidak  memahami kehendak rakyat sebenarnya.
     Program mentransformasikan politik, begitulah tajuk atau mungkin tema perhimpunan kali ini. Memang hebat. Para pemimpin mungkin akan berubah dengan pelbagai usul yang dibincangkan, tetapi biasanya lepas  perhimpunan maka transformasi politik itu  berakhir setakat di situ sahaja. Pemimpin-pemimpin masih ditakuk lama. Mengutamakan kroni, kelompok, keluarga dan sebagainya. Itulah tanggapan umum.  Apa yang dikehendaki rakyat ialah perubahan dari segi sikap dan tindakan. Sikap amanah, jujur serta ikhlas untuk berkhidmta serta membantu rakyat, itulah sebenarnya perubahan yang dikehendaki rakyat terbanyak. Tidak perlulah perkenalkan dasar itu, dasar ini, tetapi kebanyakan dasar itu lebih banyak manfaatnya kepada diri pemimpin itu dan kroni berbanding rakyat. Bila diteliti, banyak yang dibincangkan dan disentuh oleh para perwakilan, tetapi sayangnya, biasanya ucapan itu tidak lebih daripada uasaha untuk memnyedapkan telinga mendengar, pelaksanaanya tetap nul. Kita lihatlah kelak apakah pemimpin-pemimpin UMNO ikhlas untuk berubah?

No comments: