Tuesday, March 9, 2010

SEDARKAH WAHAI BANGSAKU ...... MELAYU atau MALAYU ????

Di sini bumi bertuah. Segala macam banga ada. Dari Melayu , Cina , India , Indon, Filipino , Bugis , Banjar , Bang La , Siam , Tator dan tidak ketingalan Om datang mencari rezeki .

Semua di atas belum masuk lagi Mat Saleh , Portugis , Sepanyol , Jepun , Jerman dan "Awang Hitam" atau Negro. Berduyun-duyun datang memenuhi KLIA. Untuk apa? Mencari rezeki sah atau tidak sah. Jual dadah , jual perempuan , rompak , bunuh . Itu antara punca rezeki di negaraku oh Malaysia.


Betapa mudahnya mencari rezeki di negaraku oh Malaysia. Punca rezeki begitu banyak tetapi masih ada yang makan nasi berulam air sehari sekali. Pembungkus kaki koyak-rabak ke sekolah. Gigi kuning tidak diberus berbulan atau mungkin bertahun. Masih ada lagi rakyat negaraku oh Malaysia kais pagi makan petang. Hidup untuk makan.

Kenapa jadi begini ? Salah siapa ? 50 tahun sudah merdeka beb !

Di mana pemimpin yang anda undi untuk membela nasib anda ? Nak undi datang beri itu-ini untuk mengumpan. Lepas undi tinggal rakyat terkapai-kapai. Bila rakyat bersuara sedikit , pemimpin cakap " Rakyat tidak berterima kasih pada pemimpin". Bodohlah , kita yang undi pemimpin kita pulak yang perlu berterima kasih kepada pemimpin. Minda rakyat telah berjaya dibengkokkan oleh pemimpin konon.

Pemimpin atau Yang Berhormat rasanya perlu dilurus kembali bengkokkan yang dihasilkan.
Yang Diundi atau Yang Dipilih itu yang lebih SESUAI.

Pemimpin telah membantu rakyat menyedia prasarana, menyedia peluang pekerjaan sektor awam dan swasta dan pelbagai lagi bantuan yang telah pemimpin sediakan. Nah apa lagi. Wahai rakyat , buat apa kamu mengundi pilihan kamu jika dia tidak menyedia semua itu. Iu sudah tanggungjawabnya. Jadi tak perlulah nak berterima kasih pada dia. Kita yang pilih dia supaya dia buat kerja. Betul tidak ? Jika dia tidak buat kerja buat apa kita pilih dia.

bersambung bhgn 2

1 comment:

negarakumalaysia said...

Betul tu beb... Pemimpin hari ini memang tak sedar diri. Lepas pilihan raya hilang entah ke mana. Setahun lagi pilihan raya, mereka pun datang kepada rakyat dengan pelbagai janji yg muluk-muluk. Pembaikan sana sini, projek sini sana. Tak cukup tangan kontraktor-kontraktor kroni. Kontraktor bukan kroni melopong. Pengundi pula diberikan rasuah kononnya utk tambang. Inilah rupa pemimpin hari ini. Rasuah dan malas. Rembat harta negara, rajin pula.